Salam Jumaat kawan-kawan,
Aku nak cerita tentang sesuatu. Konsep percaya rezeki Allah.
Pernah baca tak tentang seorang lelaki tua yang hidup di zaman Nabi Musa A.S.? Lelaki tua ni sibuk berzikir kepada Allah SWT tapi fikirannya sentiasa tak tenang mengenangkan rezekinya cuma sebuku roti setiap hari.
Jadi dia menemui Nabi Musa A.S. memohon baginda untuk bertanyakan kepada Allah tentang rezekinya. Selepas Nabi Musa A.S. bertanya kepada Allah, ternyata jawapan yang diterima ialah Allah telah menetapkan bahawa rezeki lelaki tua ni ialah sebuku roti setiap hari sepanjang hayatnya.
Lelaki ni pun berasa gembira sebab dia dah tak perlu bimbang tentang rezekinya akan terputus. Jadi bolehlah dia fokus kepada ibadahnya. Disebabkan tu jugak, dia dah tak fokus kepada makan dan minum, sampaikan sebuku roti pun dia tak dapat nak habiskan. Roti yang tak dapat dihabiskan tu diletakkan di sebuah padang dan menjadi makanan haiwan gembalaan.
Selepas beberapa tahun, Nabi Musa A.S. melalui kawasan lelaki tua tu lagi dan mendapati kawasan tu telah menjadi sebuah taman yang subur dengan tanam-tanaman dan haiwan ternakan. Nabi Musa A.S. kemudian mendapat tahu semuanya milik lelaki tua tersebut. Baginda terkejut sebab yang diketahuinya ialah rezeki lelaki tua tersebut ialah sebuah buku roti sehari, tapi lelaki tua tersebut mampu memiliki lebih banyak dari sebuku roti yang tertulis untuknya.
Dekat sinilah pengajarannya ialah apa yang dimiliki lelaki tua tersebut ialah asbab kepercayaan penuhnya dengan rezeki Allah. Dia percaya Allah akan memberi rezeki kepadanya setiap hari, sehingga tumpuannya beralih dari kebimbangan sama ada rezekinya akan mencukupi kepada mensyukuri nikmat rezeki yang diterimanya setiap hari. Kerana rasa syukur dan kemurahan hatinya berkongsi rezekinya, maka Allah telah memberikan barakah dalam rezekinya sehingga dia memiliki lebih dari sebuah buku roti setiap hari.
Suatu masa dulu aku pernah berada di tempat orang tua tu. Maksudnya aku sentiasa risau rezeki aku ni cukup ke nak bayarkan hutang, nak tampung kehidupan seharian dan sebagainya lagi-lagi masa tu Suami Terchenta baru je lepas operate jantung dan tak dapat bekerja. Setahun lebih jugak la aku jadi sole breadwinner untuk keluarga sementara Suami Terchenta pulih.
Masa tu gaji aku baru masuk dan lepas bayar loan rumah, loan kereta dan bil-bil segala bagai, aku tenung baki gaji aku tu sambil berfikir cukup ke sampai hujung bulan ni? Tapi lepas tu aku terus berkata dalam hati - takpe Carneyz, kalau tak cukup kita mintak dengan Allah. Tup-tup bulan tu company bagi bonus untuk safety performance (unexpected), kakak belanja makan dan tau-tau dah hujung bulan dan duit aku masih lagi berbaki dalam akaun bank. Eh, tak sempat nak mintak Allah top-up kan 🤭. Asbab bersangka baik andai tak cukup, Allah akan cukupkan. Dia Maha Mendengar dan Dia bagi la rezeki yang tak tersangka masa tu. Alhamdulillah.
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim: 7)

28 Comments
Subahanallah..hebatnya Dia yakni Allah, Allah sebenarnya perlihatkan Zatnya di hadapan kita, walhal burung datang tiap pagi ke laman Etuza itu isyarat burung nak kongsi rezeki..Segar bugar jiwa membaca entri ni tau..terima kasih sentuhan jiwa..rohani terisi dengan satu tazkirah..
ReplyDeleteBetul Cikgu. Bila kita yakin dgn rezeki Allah kita takkan lokek berkongsi rezeki dgn makhlukNya dan rezeki kita pun akan sentiasa bertambah Insha Allah.
DeleteInspiring la post ni Carneyz. Ya kadang kita tertanya-tanya cukup ke rezeki yang kita dapat? Padahal cukup je dan kita kena bersyukur.
ReplyDeleteAlhamdulillah kita rakyat Malaysia lagi la dah terlebih dari cukup sebenarnya rezeki kita setiap hari. Bangun pagi dengan rasa aman pun satu rezeki yg ramai yg terlepas pandang ☺️
DeleteYaa benar.. kalau kita sentiasa bnersangka baik dengan Allah, pasti ada rezekinya.. bila kita meyakini setiap ketentuanNya, pasti ada hikmah dan keadilan..
ReplyDeleteKena sentiasa percaya kan. Masalahnya kita ni cepat lupaaaa 🤭
DeleteBetul pernah ada situasi.. dlm bank mmg tgl rm10 je... dok termenung gak bole ke nakntgu smp next gaji kan... tp tu la tau² masih survive ke next gaji ye... dan gitu la kehidupan seterusnya
ReplyDeleteNampak macam tak cukup tapi alhamdulillah cukup. Selagi masih ada umur kita, selagi tu la rezeki kita takkan terputus. Pernah baca bila rezeki kita terputus maknanya umur kita setakat tu je.
DeleteAllah akan sentiasa memberikan rezeki kpd hambaNya. Usah la gusar...
ReplyDeleteSelagi kita yakin dan bersangka baik dengan rezeki Allah, kita tak perlu khuatir sebab rezeki tu akan datang dari sumber yang tak disangka pada waktu kita memerlukannya, Insha Allah.
DeleteAllah sentiasa bagi rezeki yang mencukupi ikut keperluan dan usaha kita ikut masa yang sesuai waktunya. teringat juga masa anak first baru lahir, tetiba dapat surat minta bayaran ptptn. dengan tak kerja masa tu. alhamdulillah mampu lunaskan semua sebelum usia 30 . cabang rezeki Allah tu luas insyaAllah
ReplyDeleteBetul tu Lydia. Bila kita yakin dengan rezeki Allah, Allah akan mengikut sangkaan hamba-Nya, Insha Allah.
Deletesaya la tu kadang2 ada juga terlintas perasaan takut tak cukup..padahal bila akhir bulan ada je rezeki tak disangka-sangka..Allahuakbar
ReplyDeleteBukan Afzan seorang, kadang2 saya pun macam tu jugak. Biasalah kita manusia iman ni naik turun. Semoga diampunkan dosa kita semua, Ameen YRA
DeleteSangat menyentuh sekali ceritanya mbak Carneyz.
ReplyDeleteSaya rasa relate betul, sebab in this economy.. rasanya untuk mendapatkan uang, rasanya sulit betul. Antara pemasukan dan pengeluaran, kejar-kejaran. Alhasil, kadang kita jadi berburuk sangka pada sang pencipta.
Terima kasih yaa sudah diingatkan.
Peringatan ini juga buat saya sendiri. Kerana pernah berada di situasi ini, rasa khuatir wang gaji tak cukup untuk keluarga. Tapi langsung bila diserahkan dan yakin pertolongan Allah, terus Dia memberikan rezeki dari sumber yang tak disangka2 sehingga akhir bulan masih lagi berbaki wang gaji yang awalnya disangka tak cukup, Subhanallah!
Deletethanks for sharing 💐
ReplyDeleteSama2, peringatan buat kita semua supaya jangan khuatir dan bimbang rezeki Allah.
DeleteThanks for sharing.good reminder sgt2 ni..human being kan..mesti ada masa2nya kita rasa risau spl duit cukup ker tak etc
ReplyDeleteSebagai manusia mmg akan timbul rasa risau bila tengok baki duit dalam akaun bank padahal sebenarnya tak pernah tak cukup pun 😊
DeleteLinda la tu..lepas bayar itu ini, tenung duit balance dalam bank.. hahaha..tapi, takpe la..apa ada nya...yang penting, segala hutang² selesai..tiket nak balik Tronoh beli siap²..
ReplyDeleteBetul tu Linda, apa2 pun hutang kena selesaikan dulu sebab tu tanggungjawab kita untuk selesaikan. Selebihnya kita serahkan dan tawakal dengan Allah SWT, Insha Allah cukup je sampai hujung bulan.
Deletepenah ms zaman study dulu duit tggl RM40 je gara2 kena scam. sy pun pergi rumah mak cik (niat nak berjimat dpt mkn or minum utk sehari dua). tapi lain yg jadi. mak cik bekalkan duit belanja sebelum sy balik pd hal sy x penah cerita pun psl kena scam tu. alhamdulillah dpt laa 'bernafas' smpi sebulan ;-)
ReplyDeleteAllahuakbar. Doa orang yang teraniaya ni takde hijab. Mesti masa tu anies ada doa dalam hati dicukupkan duit sampai hujung bulan dan Allah bagi duit tu melalui makcik. Alhamdulillah.
Deleteinspiring nya cerita ni. sesungguhnya siapa yg bersyukur dan percaya dgn rezeki Allah, nescaya dipermudahkan segala urusannya :)
ReplyDeleteSemakin kita bersyukur dan rasa cukup dengan rezeki Allah, semakin banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk kita, Insha Allah.
DeleteSukaaaa baca tulisan ini 😍😍❤️. Dulu pun saya suka ragu dengan konsep rezeki. Bagi saya duluuu, 1+1 ya 2. Tp matematika Allah beda kan. 1+1 bisa jadi 11 nantinya 😄.
ReplyDeleteTrus ditambah papa yg selalu ingetin saya. Sedekah tiap hari, walau cuma sedikit, tp usahain tiap hari. Rezeki akan datang dari berbagai jalan tanpa terduga.
Ga harus rezeki berupa harga, tp mungkin rezeki anak sehat, keluarga selalu hangat, suami sabar, itupun rezeki juga kan.
Jadi saya coba lakukan, walaupun sedekah blm bisa setiap hari. Dan Alhamdulillah kayaknya di tengah ekonomi Indonesia yg amburadul kacau balau, setidaknya keluarga saya masih stabil. Saya anggab semuanya rezeki dari Atas.
Zaman susah tok selalu kmk lalui dan untuk atasinya embak ingat Allah banyak-banyak...jadi fikiran jadi cool dan hati jadi tenang...lama-lama masalah akan terjumpa solusinya
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .