Bila Suami Terchenta Belanja Kasut Baru...

Baru-baru ni Suami Terchenta beli kasut baru sebab kasut sneakers yang dia selalu pakai tu dah berlubang tapaknya (dah pakai lebih dari 5 tahun kot!). Kiteorang ni jenis jarang-jarang membeli kasut baru memang akan pakai sampai lunyai baru ganti. Tu pun selagi boleh repair, akan repair dulu. Tapi dalam kes Suami Terchenta ni, memang tapaknya dah haus betul dan dia pun selalu mengadu cepat sakit kaki kalau banyak berjalan. Sebab tu la dia decide beli yang baru je.

Bulan lepas, masa kiteorang singgah makan di Nu Sentral, dia ternampak kedai kasut ANTA jadi dia pun masuk kedai tu nak tengok kasut. Sebelum tu, aku pernah bercerita kat dia kasut ANTA ni tengah viral kat Threads sebab ramai orang kata selesa untuk berjalan jauh. Buat yang belum mengenali jenama ANTA, jenama ni berasal dari China tapi kualitinya setanding kasut-kasut jenama dari Barat macam ASICS. Sekarang ni, barangan sukan ANTA mencatat hasil (revenue) ketiga tertinggi selepas Nike dan Adidas. Kalau kasut Skechers popular sebab selesa dipakai untuk harian dan light walking, kasut ANTA pulak popular antara travelers sebab lebih selesa dipakai untuk berjalan jauh dan lama (10-20 ribu langkah sehari). Yang review kasut ANTA kat Threads tu semua kaki travel la, sebab kasut ni bukan setakat selesa tapi dalam kategori mid-range / tak terlalu mahal.

So back to the story.

Selepas dia mencuba beberapa pasang, akhirnya dia berkenan dengan model ANTA PG7. Selesa giler katanya, macam ada spring dalam kasut hihi. Lepas tolak diskaun kedai dan diskaun buat membership dapat la dalam RM200+ dari harga asal RM339.

Agaknya dia suka sangat kasut tu, ditambah pulak dengan kasut aku dah nak tercabut tapaknya, jadi dia pun offer nak belikan kasut ANTA jugak untuk aku. Sebenarnya aku plan nak hantar ke tukang kasut untuk repair je kasut tu sebab masih selesa dipakai. Tapi dalam hati aku - hanya orang gila je yang menolak rezeki. So aku pun laju-laju cakap OK! 🤣

Kali ni kiteorang pergi ke flagship store ANTA di Pavilion Bukit Bintang. Luas jugak kedainya. Semua jenis model kasut ANTA dipamerkan di sini, tak macam di Nu Sentral yang hanya ada selected models. Selain dari kasut, ada jugak barangan sukan lain contohnya pakaian sukan, beg dan barangan sukan lain.


Anta Flagship Store
Suasana dalam ANTA flagship store di Pavilion Bukit Bintang. Ada treadmill untuk test berlari guna kasut ANTA

ANTA Malaysia
Ni semua model kasut ANTA yang tengah viral tu

Aku cuba beberapa model kasut sambil berjalan / berlari atas treadmill. Ada model yang selesa untuk berlari sebab menyerap hentakan dan ada model yang sesuai untuk jalan-jalan sebab bak kata Suami Terchenta, macam ada spring dalam kasut 😜.

Akhirnya aku decide nak ambik model yang sama dengan Suami Terchenta punya iaitu ANTA PG7. Kali ni aku ambik warna all white sebab kasut lama warna hitam. Kasut tu aku hantar repair dan masih pakai lagi, jadi kalau bosan pakai kasut hitam, ada la pilihan kasut putih pulak hihi. 

Masa nak bayar tu, jurujual tu tanya nak letak charms tak? Dapat free sepasang katanya. Eh, barang free mestilah aku nak 🤪. Bak kata aku sebelum ni - hanya orang gila je yang menolak rezeki!


ANTA Malaysia
Terlupa pulak ambik gambar macam-macam charms clip-on untuk letak kat tali kasut. Aku pilih bunga warna pink ni, comel kan?

ANTA Malaysia
Masa nak bayar aku register jadi member ANTA, dapat la diskaun RM50 on the spot.

Alhamdulillah, so far dah beberapa kali pakai kasut ni memang sangat-sangat selesa untuk berjalan jauh. Terima kasih buat Suami Terchenta yang dah belikan kasut best ni untuk Wife Terchenta dia ni 🥰. Semoga murah rezeki dapat beli hadiah untuk wife selalu! 🤭


ANTA Malaysia
Matchy-matchy dengan Suami Terchenta

Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih Kak Amie. Semoga bertambah rezeki Suami Terchenta lepas ni 🤲🏻 😁

      Delete
  2. Betul tu..orang gila je tak nak hadiah.. hahaha..
    Comel la, kasut pun ada charm juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari hihi

      Delete
  3. Weyyy nape lawa plakk ada charm gitu ekkkk … ni pun tengah nak gosok Laki beli kasut baru, ngidam kasut skechers putih plak hahahahaha *ngidam ekk (alasan)

    ReplyDelete
  4. cantik warna putih..ada charm tambah menarik...first time dgr jenama nih..kasut selesa, boleh lasak2...

    ReplyDelete
  5. Akak pun baru je tau pasal jenama kasut Anta ni tapi belum pernah belek depan mata. Kasut yang selesa memang penting untuk kesihatan kaki, takpe mahal pun kira pelaburan kesihatan.

    Agaknya akak kira orang gila pasal selalu tolak bila suami nak belikan apa-apa 😅. Sebabnya akak tak suka ada barang banyak. Sudahnya suami selalu belikan diam-diam, jadi terpaksa terima sebab dah beli.

    ReplyDelete
  6. Wahhh dah ada kasut baru... kasut memang penting sangat... belum pernah lgi shopping kat ANTA nie... nti bolehlah tgok2

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .