Bila Suami Terchenta Belanja Kasut Baru...

Baru-baru ni Suami Terchenta beli kasut baru sebab kasut sneakers yang dia selalu pakai tu dah berlubang tapaknya (dah pakai lebih dari 5 tahun kot!). Kiteorang ni jenis jarang-jarang membeli kasut baru memang akan pakai sampai lunyai baru ganti. Tu pun selagi boleh repair, akan repair dulu. Tapi dalam kes Suami Terchenta ni, memang tapaknya dah haus betul dan dia pun selalu mengadu cepat sakit kaki kalau banyak berjalan. Sebab tu la dia decide beli yang baru je.

Bulan lepas, masa kiteorang singgah makan di Nu Sentral, dia ternampak kedai kasut ANTA jadi dia pun masuk kedai tu nak tengok kasut. Sebelum tu, aku pernah bercerita kat dia kasut ANTA ni tengah viral kat Threads sebab ramai orang kata selesa untuk berjalan jauh. Buat yang belum mengenali jenama ANTA, jenama ni berasal dari China tapi kualitinya setanding kasut-kasut jenama dari Barat macam ASICS. Sekarang ni, barangan sukan ANTA mencatat hasil (revenue) ketiga tertinggi selepas Nike dan Adidas. Kalau kasut Skechers popular sebab selesa dipakai untuk harian dan light walking, kasut ANTA pulak popular antara travelers sebab lebih selesa dipakai untuk berjalan jauh dan lama (10-20 ribu langkah sehari). Yang review kasut ANTA kat Threads tu semua kaki travel la, sebab kasut ni bukan setakat selesa tapi dalam kategori mid-range / tak terlalu mahal.

So back to the story.

Selepas dia mencuba beberapa pasang, akhirnya dia berkenan dengan model ANTA PG7. Selesa giler katanya, macam ada spring dalam kasut hihi. Lepas tolak diskaun kedai dan diskaun buat membership dapat la dalam RM200+ dari harga asal RM339.

Agaknya dia suka sangat kasut tu, ditambah pulak dengan kasut aku dah nak tercabut tapaknya, jadi dia pun offer nak belikan kasut ANTA jugak untuk aku. Sebenarnya aku plan nak hantar ke tukang kasut untuk repair je kasut tu sebab masih selesa dipakai. Tapi dalam hati aku - hanya orang gila je yang menolak rezeki. So aku pun laju-laju cakap OK! 🤣

Kali ni kiteorang pergi ke flagship store ANTA di Pavilion Bukit Bintang. Luas jugak kedainya. Semua jenis model kasut ANTA dipamerkan di sini, tak macam di Nu Sentral yang hanya ada selected models. Selain dari kasut, ada jugak barangan sukan lain contohnya pakaian sukan, beg dan barangan sukan lain.


Anta Flagship Store
Suasana dalam ANTA flagship store di Pavilion Bukit Bintang. Ada treadmill untuk test berlari guna kasut ANTA

ANTA Malaysia
Ni semua model kasut ANTA yang tengah viral tu

Aku cuba beberapa model kasut sambil berjalan / berlari atas treadmill. Ada model yang selesa untuk berlari sebab menyerap hentakan dan ada model yang sesuai untuk jalan-jalan sebab bak kata Suami Terchenta, macam ada spring dalam kasut 😜.

Akhirnya aku decide nak ambik model yang sama dengan Suami Terchenta punya iaitu ANTA PG7. Kali ni aku ambik warna all white sebab kasut lama warna hitam. Kasut tu aku hantar repair dan masih pakai lagi, jadi kalau bosan pakai kasut hitam, ada la pilihan kasut putih pulak hihi. 

Masa nak bayar tu, jurujual tu tanya nak letak charms tak? Dapat free sepasang katanya. Eh, barang free mestilah aku nak 🤪. Bak kata aku sebelum ni - hanya orang gila je yang menolak rezeki!


ANTA Malaysia
Terlupa pulak ambik gambar macam-macam charms clip-on untuk letak kat tali kasut. Aku pilih bunga warna pink ni, comel kan?

ANTA Malaysia
Masa nak bayar aku register jadi member ANTA, dapat la diskaun RM50 on the spot.

Alhamdulillah, so far dah beberapa kali pakai kasut ni memang sangat-sangat selesa untuk berjalan jauh. Terima kasih buat Suami Terchenta yang dah belikan kasut best ni untuk Wife Terchenta dia ni 🥰. Semoga murah rezeki dapat beli hadiah untuk wife selalu! 🤭


ANTA Malaysia
Matchy-matchy dengan Suami Terchenta

Post a Comment

48 Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih Kak Amie. Semoga bertambah rezeki Suami Terchenta lepas ni 🤲🏻 😁

      Delete
  2. Betul tu..orang gila je tak nak hadiah.. hahaha..
    Comel la, kasut pun ada charm juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari hihi

      Delete
  3. Weyyy nape lawa plakk ada charm gitu ekkkk … ni pun tengah nak gosok Laki beli kasut baru, ngidam kasut skechers putih plak hahahahaha *ngidam ekk (alasan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata Sislin cuba kasut Ijmal. Style slip-on macam Skechers jugak. Dekat Bandar Baru UDA ada satu kedai dia.

      Ni link kasut tu, lawa betul: https://ijmal.my/products/leila

      Delete
  4. cantik warna putih..ada charm tambah menarik...first time dgr jenama nih..kasut selesa, boleh lasak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time dgr jenama ni masa scrolling dekat Threads. Baca review travelers yg dah beli kasut ANTA PG7 ni semua cakap puas hati beli sebab selesa jalan lebih 20k sehari pun tak penat. Tu yg teracun jugak nak beli hihi

      Delete
  5. Akak pun baru je tau pasal jenama kasut Anta ni tapi belum pernah belek depan mata. Kasut yang selesa memang penting untuk kesihatan kaki, takpe mahal pun kira pelaburan kesihatan.

    Agaknya akak kira orang gila pasal selalu tolak bila suami nak belikan apa-apa 😅. Sebabnya akak tak suka ada barang banyak. Sudahnya suami selalu belikan diam-diam, jadi terpaksa terima sebab dah beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Ujie, maklumlah dah 40an tulang dah mula rapuh, jalan sikit je dah sakit tumit la, sakit lutut la macam2 masalah hehe.

      Ahaks. Yang ni takpe ada alasan brg byk sgt taktau nak simpan kat mana nanti 🤭 Saya sejenis yg orang bagi hadiah saya terima je, lepas tu baru tgk sesuai / boleh pakai ke tak. Klu tak sesuai, saya re-gift kat orang lain. Org yg mula2 beri hadiah dapat pahala, mudah-mudahan saya pun dapat pahala jugak bila hadiahkan dekat org lain pulak hehe.

      Delete
  6. Wahhh dah ada kasut baru... kasut memang penting sangat... belum pernah lgi shopping kat ANTA nie... nti bolehlah tgok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki merasa kasut baru yang unexpected betul hehe.

      Delete
  7. Rezeki jgn ditolak kan.. 1st time dgr nama kasut ANTA... bila Travel kasut yg sesuai mmg penting supaya tak sakit kaki

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah..rezeki..tapi klu ada store di Pavi, kira kategori flagship ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul tu Kak Fzy, yg kiteorg pergi ni flagship store ANTA di Malaysia.

      Delete
  9. Kebetulan sgt ni sis.Sy mmg ada add to cart kasut anta ni tp masih brkira2 nk amik yang brand ini atau brand lain. Bila baca entry ni mcm nk angkat kasut anta ni je...Hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata sis pergi cuba dulu baru buat perbandingan? Saya tak reti beli kasut online, mmg kena try kat kaki sendiri dulu baru beli. Macam kasut ANTA ni, walaupun saya biasa pakai saiz 5.5 tapi end up kena ambik saiz 6 sebab bukaan dia agak sempit (walaupun muat je ruang untuk tapak kaki dalam tu) dan kaki saya pulak jenis lebar.

      Delete
  10. Murah rezeki
    Cik suami belanja isteri kan
    Kasut selesa ni penting kan utk kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya memang macam tu, kan Cik Nur. Dah makin meningkat usia, tapak kaki ni makin manja kena pakai yg tapak lembut dan tebal barulah tak cepat sakit kaki berjalan hihi

      Delete
  11. untungla ada suami belanja kasut baharu., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga murah rezeki encik suami 🤲🏻 🤭

      Delete
  12. Cie hari tu pun husb belanja kasut Anta. Memang best kasut ni lembut je. Macam tak rasa lantai. Orang kata macam berjalan atas awan. Macam pernah rasa agaknya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan Cie? Nak kata macam berjalan atas awan tapi tak pernah rasa pulak pijak awan hehe. Jadi kita cakap la macam ada spring bawah tapak kaki hehe

      Delete
  13. Kasut pun ada charm ya. Comel. Kalau kasut Crocs tu charm tu masukkan dalam lubang kasut. Anta ni ada kat IOI City Mall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time tau kasut ada charm jugak sis Ezna. Pernah temankan kawan cari charms utk crocs anak dia kat IOI Mall dulu.

      Delete
  14. Comeyyyy siap ada charm bunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada macam2 charms tapi saya pilih yg simple je sis hehe

      Delete
  15. Replies
    1. Alhamdulillah semoga murah rezeki Jun, Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  16. Hehe saya pakai crocs je.
    Mana tahu ada rezeki saya cuba ANTA. Amin.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah tumpang seronok. Moga murah rezeki nya.

    ReplyDelete
  18. pertama kali tengok brand ANTA haritu,terlintas jenama apa la ni,ingatkan cikai2 rupanya branded juga ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, mula2 igtkan brand OEM China je, tapi rupa2nya brand ni naik setanding dgn brand kasut dari negara Barat.

      Delete
  19. waa lawanya kasut u!! memang viral jugak brand ni kat thread sbb sgt selesa dan comfy. i berkenan la charm kat kasut u!! utk brand anta jer ker aad charm? my sneakers brand adidas dan skechers ajer so far

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg ni terjebak dari Threads la beli kasut ANTA ni hehe. Lepas tu I gi racun pulak my sister beli jugak 🤣 my sister pun cakap selesa giler kasut ni, dah plan nak bawak my mom ke kedai kasut ANTA belikan kasut ni jugak for her.

      Tak sure la brand lain ada ke tak. Mesti ada kan? Ni pun kebetulan tau sbb sales person tu yg tanya nak letak charms ke tak sbb dapat free bila beli kasut kat sini 🤭

      Delete
  20. ammi memang ketinggalan zaman agaknya ye...baru ni ammi tau ada jenama ini. Tq to you Carneyz sbb at least ammi tak tertinggal keretapi lama sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rajin scroll Threads sbb ramai org share review pasal product atau tempat makan kat Threads. Kebetulan terjumpa pasal kasut ANTA ni tu yg tau pasal kasut ni. Bila try, eh betul la selesa kasut ni hehe

      Delete
  21. Karniiiiii tengkiuuuu dah review. Anta di JKT ada juga, tp masih ragu nak beliii. Rasanya saya jadi tertarik.

    Kalau sampai beli juga, berarti ada 2 brand China yg jadi fav saya.

    Sebelum kenal anta saya tuh dah jatuh cinta duluuu dengan VIVAIA. BEleuuuugh cantik2 dan memang selesa super duper saat dipakai 😍😍😍.

    Vivaia di KL katanya dijual di TRX Mall. Model sepatunya sneakers , ballet shoes, boots dan winter shoes. Saya dah beli sepatu winternya tp belum coba.

    Awalnya saya nak beli sneakers vivaia, tp setelah terbaca Anta, saya switch dulu ke ANTA lah. Sebab vivaia juga lebih mahal. Kalau anta sama nyamannya, pastilah saya pilih yg lebih murah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus dicuba kasut ANTA di kedainya Fann. Kakak saya pun dah teracun beli kasut ni sepasang, model PG7 sama dgn kasut saya dan suami 🤭 Dia pun kata selesa bangat kasut ANTA 👍🏻

      Delete
  22. Tahniah ya, di kira suami bagi nafkah tu ..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, betul jgk tu Cikgu termasuk kategori pakaian kan hehe

      Delete
  23. nak try juga laa
    kot2 nanati pakai pergi hiking dah smpi puncak terasa di awan-awangan hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer la pergi flagship store ANTA kat Pavilion KL try kasut dieorg. Best kasut ni, rasa mcm ada spring bawah tapak kaki hehe

      Delete
  24. cutenya, siap ada bunga kecik! alhamdulillah dpt kasut baruu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .