Ni kisah Jumaat lepas. Bosan takde apa-apa nak buat kat rumah. Anak-anak kat sekolah - Khadeeja sekolah sesi petang dan Khayla pulak ada latihan untuk IYC's Got Talent. Jadi mommy dieorang pun ambik kesempatan pergi ke pesta jajan viral di SOGO KL.
Macam biasa, kalau ada pesta dan jualan di SOGO KL, mesti la di bahagian exhibition di tingkat 7. Agak tersorok sikit sebab kat depan tu ada jualan barangan sukan.
 |
| Nampak poster ni terpampang di pintu masuk |
Nasib la pergi hari bekerja jadi tak ramai sangat orang. Tapi tak ramai pun tetap la bersesak-sesak jugak dalam tu sebab ruang antara longgokan makanan tu agak sempit.
 |
| Ruangan yang sempit dan orang ramai membuatkan aku rasa nak cepat-cepat cari jajan dan keluar |
Oleh sebab ramai sangat orang jadi aku snap gambar mana sempat je. Nak kata murah sangat barang-barang kat sini, bila aku compare dengan harga kat Shopee, takde la jauh beza pun. Yang murah tu ialah jenama yang aku pun tak familiar sangat. Kalau jenama import, harga tak jauh sangat beza dengan harga biasa.
 |
| Ni antara jenama yang aku tak biasa jumpa dan tak pernah beli |
 |
| Aku sambar 2 bungkus coklat Biscolata dari Turkiye sebab murah |
 |
| Tak tau la ni murah ke mahal tapi aku bukan penggemar ramen Korea so tak beli |
 |
| Popcorn ni dijual dalam botol jumbo. Tak beli sebab bukan peminat popcorn jugak |
 |
| Coklat jenama mahal banyak yang dah habis sebab banyak diborong oleh personal shopper |
 |
| Ritter Sport ni agak murah jugak la tapi majoriti dark chocolate |
Ni la hasil memborong di pesta jajan viral. Whittaker's milk chocolate kegemaran aku tu aku ambik sekotak terus sebab murah 😂. Kalau kat tempat lain harganya dekat RM8 tapi kat sini harganya RM5.90. Buat stok untuk hari-hari PMS yang tetiba craving nak makan coklat ðŸ¤. Choki Choki tu aku belikan untuk anak-anak (sekotak besar tu ada 60 sticks dan harganya RM10, jadi harga satu stick tu kurang dari 20 sen. Murah kan?). Yang lain-lain biskut dan seaweed roll untuk Suami Terchenta dan anak-anak. Seaweed roll tu menyesal pulak beli sekotak je 😅.
 |
| Hasil memborong di pesta jajan viral |
Ada satu kejadian masa aku tengah beratur nak bayar. Ada seorang akak ni, tak tau la dia ada bisnes ke atau dia personal shopper tapi dia ambik sampai 4 kotak Ovomaltine spread (dalam satu kotak tu ada 12 botol kalau tak silap). Kotak-kotak ni dia letak dekat tepi meja cashier sebab dia nak cari lagi barang-barang lain kot. Lepas tu datang seorang pelanggan lain, agaknya dia cari Ovomaltine spread ni tapi dah habis. Bila dia nampak kotak yang bersusun dekat meja cashier tu dia pun nak bukak kotak tu nak ambik sebotol. Yang akak ni nampak, dia terus halang pelanggan kedua ni ambik sebab kata tu dia punya. Sudahnya dieorang hampir-hampir bertekak kat situ sebab pelanggan kedua ni tak puas hati la akak ni borong Ovomaltine spread tu, padahal ramai lagi orang nak beli bendalah tu.
Akak cashier tu pulak membebel-bebel la kat pekerja yang jaga stok cakap jangan jual lagi dalam kotak macam tu sebab ramai lagi orang nak beli. Dalam hal ni aku tak tau la siapa yang bersalah - salah akak tu sebab borong tak ingat orang belakang ke, salah pelanggan kedua tu sebab datang lambat ke, atau salah pengurusan pesta jajan ni sebab jual stok secara pukal? Tapi aku rasa akak tu tak salah sebab takde pulak peraturan limit kan kuantiti barang yang seorang pelanggan boleh beli. Pelanggan nombor 2 tu pun tak salah jugak sebab dia pun ada hak membeli dah penat-penat datang dari jauh kan. Kesimpulannya, pengurusan pesta ni yang perlu tetapkan peraturan kalau tak nak berlaku insiden macam ni.
Nasib baik takde orang nak gaduh dengan aku sebab ambik sekotak Whittaker's milk chocolate tu terus 😜. Kalau ada yang nak, aku bagi je la dia ambik kot. Tak elok bergaduh depan makanan hihi.
30 Comments
Ehh..ada jugak ya pesta gini. Pesta jajan 😄
ReplyDeleteYang dijual harga murah tu expiry date dia lama lagi tak?
Ada yg jual murah sbb nak habiskan stok sbb dah nak expired Kak Ujie.
DeleteKat tingkat 7 SOGO tu kalau ada sale mmg selalu sesak & agak terpencil sikit ruangnya. Bab harga tu setuju sangat, kadang-kadang tak semua benda betul-betul murah berbanding Shopee. Tapi seronok la jugak 'cuci mata' & rasa vibes memborong jajan tu..nasib xde yang bergaduh berebut...
ReplyDeleteSaya tak suka keadaan sesak sangat. Rimas dibuatnya. Sebab tu masuk tu saya snap2 je gambar, sambar mana yg dekat lepas tu terus pergi bayar. Malas nak belek2 sgt sbb ramai sgt org.
Deletekelakar pula baca ada yang berebut coklat...pernah sekali buat di Kuantan,hampir2 lupa diri juga saya,rambang mata semua nak kutip masuk bakul
ReplyDeleteSbb banyak brand yg saya tak familiar jadi takde la rambang sangat mata nak beli. Mmg aim nak cari coklat Whittaker's sebenarnya. Yang lain2 tu sambar sbb murah hihi
Deletedh sgt lama i tak gi sogo...menggamit memori sungguh lah sogo ni..sbb menara UOB sebelah sogo tu, my 1st workplace..so hampir setiap hari i dtg sogo zmn2 i keje UOB (2001-2004)
ReplyDeleteMy office dulu pun dekat dgn SOGO. Menara Tradewinds. Tapi skrg dah takde, dah dirobohkan.
DeleteHaritu ada juga di UTC Jb ni, pergi dua kali, beli choki-choki dan wihiteakers tu juga.. tapi memang tak dann amik gambar, ramai gilerr.. rimasss kita..pakkall laa dah sampai kann hahahahah
ReplyDeleteIye Sislin. Ramai giler, rimas pulak kita hahaha! Memang snap2 je gambar mana yg sempat lepas tu ambik barang yg nak dicari dan terus pergi bayar.
DeleteBiscolata tu sedap, kami selalu juga beli.
ReplyDeleteSuka coklat dieorg yg macam Kinder Buenos tu. Budak2 kat rumah ni tak makan KB sbb boikot hehe
Deletepeppinez kot yang plastik hijau tu.. anak2 suka lah...
ReplyDeleteOh ye ke. Tak biasa dengan brand Peppinez tu hehe
DeleteDulu suka juga ritter sport sebab kacang meriah
ReplyDeleteJarang-jarang beli Ritters Sport ni, tapi saya suka yang ada cereal dalamnya 😄
Deletearitu dkt mall area umah ada pesta jajan ni..tp tk pegi sbb baca review katanya tkde la murah sgt...eh ada yg bergado tu..nasib la sape cpt dia dpt..
ReplyDeleteAah ada yg bergaduh kak haha. Saya pulak risau sbb dieorg berdua berdiri tepi saya je.
DeleteBanyak jajan boleh dipilih tu tapi choki choki time sekolah dulu famous.
ReplyDeleteTeringat lagi zaman tu kan hihi. Choki2 tu favourite anak2.
DeleteYa allah smp bergaduh² ye tp btul gak, pengurusan patut dh tetapkan bilangan yg bole dibeli oelh setiap org kan...
ReplyDeleteErmm tu la malas bak g beli kt situ time promosi haha
Ye, bertekak berebut ovomaltine spread tu kak Ret. Saya jeling je la tengok drama tu sambil beratur nak bayar hihi
Deleteeh..murah la ritters tu..sini depa jual lebih RM2...
ReplyDeleteAgaknya dah nak expired kot Kak Fzy, sebab tu murah.
DeleteWhittaker's Gold memang tidak cukup makan seketul. ☺
ReplyDeleteSaya skrg ni makan coklat cepat muak. Jadi seketul tu biasanya makan 2-3 hari 😄
DeleteWah, meriahnya Pesta Jajan Viral kat SOGO KL ni! Kalau cuci mata kat sini memang bahaya untuk poket, semua benda nampak menarik dan nak dicuba. Rambang mata dibuatnya!
ReplyDeleteItulah, kena congak2 dalam kepala berapa akan dibayar bila sampai ke kaunter hihi
DeleteTak terfikir jajan pun boleh buat pesta!
ReplyDeleteDurian pun boleh buat pesta, apa lagi jajan Uncle ðŸ¤
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .