Ni kisah Jumaat lepas. Bosan takde apa-apa nak buat kat rumah. Anak-anak kat sekolah - Khadeeja sekolah sesi petang dan Khayla pulak ada latihan untuk IYC's Got Talent. Jadi mommy dieorang pun ambik kesempatan pergi ke pesta jajan viral di SOGO KL.

Macam biasa, kalau ada pesta dan jualan di SOGO KL, mesti la di bahagian exhibition di tingkat 7. Agak tersorok sikit sebab kat depan tu ada jualan barangan sukan.


SOGO KL
Nampak poster ni terpampang di pintu masuk

Nasib la pergi hari bekerja jadi tak ramai sangat orang. Tapi tak ramai pun tetap la bersesak-sesak jugak dalam tu sebab ruang antara longgokan makanan tu agak sempit.


Pesta Jajan Viral
Ruangan yang sempit dan orang ramai membuatkan aku rasa nak cepat-cepat cari jajan dan keluar 

Oleh sebab ramai sangat orang jadi aku snap gambar mana sempat je. Nak kata murah sangat barang-barang kat sini, bila aku compare dengan harga kat Shopee, takde la jauh beza pun. Yang murah tu ialah jenama yang aku pun tak familiar sangat. Kalau jenama import, harga tak jauh sangat beza dengan harga biasa.


Pesta Jajan Viral
Ni antara jenama yang aku tak biasa jumpa dan tak pernah beli

Pesta Jajan Viral
Aku sambar 2 bungkus coklat Biscolata dari Turkiye sebab murah

Pesta Jajan Viral
Tak tau la ni murah ke mahal tapi aku bukan penggemar ramen Korea so tak beli

Pesta Jajan Viral
Popcorn ni dijual dalam botol jumbo. Tak beli sebab bukan peminat popcorn jugak

Pesta Jajan Viral
Coklat jenama mahal banyak yang dah habis sebab banyak diborong oleh personal shopper


Pesta Jajan Viral
Ritter Sport ni agak murah jugak la tapi majoriti dark chocolate

Ni la hasil memborong di pesta jajan viral. Whittaker's milk chocolate kegemaran aku tu aku ambik sekotak terus sebab murah 😂. Kalau kat tempat lain harganya dekat RM8 tapi kat sini harganya RM5.90. Buat stok untuk hari-hari PMS yang tetiba craving nak makan coklat 🤭. Choki Choki tu aku belikan untuk anak-anak (sekotak besar tu ada 60 sticks dan harganya RM10, jadi harga satu stick tu kurang dari 20 sen. Murah kan?). Yang lain-lain biskut dan seaweed roll untuk Suami Terchenta dan anak-anak. Seaweed roll tu menyesal pulak beli sekotak je 😅. 


Pesta Jajan Viral
Hasil memborong di pesta jajan viral

Ada satu kejadian masa aku tengah beratur nak bayar. Ada seorang akak ni, tak tau la dia ada bisnes ke atau dia personal shopper tapi dia ambik sampai 4 kotak Ovomaltine spread (dalam satu kotak tu ada 12 botol kalau tak silap). Kotak-kotak ni dia letak dekat tepi meja cashier sebab dia nak cari lagi barang-barang lain kot. Lepas tu datang seorang pelanggan lain, agaknya dia cari Ovomaltine spread ni tapi dah habis. Bila dia nampak kotak yang bersusun dekat meja cashier tu dia pun nak bukak kotak tu nak ambik sebotol. Yang akak ni nampak, dia terus halang pelanggan kedua ni ambik sebab kata tu dia punya. Sudahnya dieorang hampir-hampir bertekak kat situ sebab pelanggan kedua ni tak puas hati la akak ni borong Ovomaltine spread tu, padahal ramai lagi orang nak beli bendalah tu.

Akak cashier tu pulak membebel-bebel la kat pekerja yang jaga stok cakap jangan jual lagi dalam kotak macam tu sebab ramai lagi orang nak beli. Dalam hal ni aku tak tau la siapa yang bersalah - salah akak tu sebab borong tak ingat orang belakang ke, salah pelanggan kedua tu sebab datang lambat ke, atau salah pengurusan pesta jajan ni sebab jual stok secara pukal? Tapi aku rasa akak tu tak salah sebab takde pulak peraturan limit kan kuantiti barang yang seorang pelanggan boleh beli. Pelanggan nombor 2 tu pun tak salah jugak sebab dia pun ada hak membeli dah penat-penat datang dari jauh kan. Kesimpulannya, pengurusan pesta ni yang perlu tetapkan peraturan kalau tak nak berlaku insiden macam ni. 

Nasib baik takde orang nak gaduh dengan aku sebab ambik sekotak Whittaker's milk chocolate tu terus 😜. Kalau ada yang nak, aku bagi je la dia ambik kot. Tak elok bergaduh depan makanan hihi.