Playdate Khadeeja dan Kawan-kawan di Rumah

Khadeeja dah banyak kali request nak buat playdate  dengan BFFs dia masa kat sekolah rendah dulu kat rumah kiteorang. Tapi aku letak syarat dulu - kena do well in her exams dan takde subjek yang gagal. Alhamdulillah, dia lulus dalam peperiksaan dan sebagai menunaikan janji, aku pun arrange playdate untuk dia dan kawan-kawan. Nampak senang je kan nak buat playdate tapi renyah jugak tau lagi-lagi bila duduk kondo sebab kena register visitors yang datang 😅. Lepas tu kena check availability setiap seorang, kadang-kadang ada yang tak dapat datang sebab ada hal lain minggu tu. Antara dieorang semua, Khadeeja yang duduk paling jauh dari rumah BFFs dia. Sebab tu aku agak keberatan nak buat playdate selalu sebab taknak menyusahkan parents BFFs dia nak hantar dan ambik dieorang pulang.

Sabtu lepas, she finally got her wish. Alhamdulillah weekend lepas semua BFFs dia datang buat reunion kat rumah kiteorang hihi. Bila dah berjumpa tu tau-tau je la, gamat la rumah dengan gelak ketawa dan eh, budak-budak zaman sekarang kalau bercakap memang menjerit-jerit ye? 😆. 

Dalam group, aku dah mention aku akan pesan pizza untuk makanan tengahari dan donut untuk minum petang jadi budak-budak tu tinggal datang je tak payah bawak apa-apa. Ia ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri ye hihi. Sebab masing-masing bawak KFC, ayam Four Fingers dan brownies 😅. Sudahnya berlaku la lambakan makanan sampai aku tak payah memasak tengahari tu.


pizza
Disebabkan makanan banyak dan budak-budak tu pulak tak makan sangat, maka aku pun letak dalam bekas container plastik makanan yang lebih untuk dieorang bawak balik.

Aktiviti dieorang cuma melepak sambil melukis dalam bilik Khadeeja. Cuma petang tu sebelum dieorang pulang, aku tanya nak pergi games room ke tak? Masing-masing laju je cakap nakkkk! Dah bosan melukis la tu hihi.

Kondo kiteorang ni ada kemudahan mesra keluarga, salah satunya ada bilik permainan. Dalam bilik ni ada meja snooker, dart, permainan arked dan foosball. Boleh je sebenarnya aku bawak dieorang dari pagi kat sini tapi aku malas sebab nak masuk sini kena ada orang dewasa yang supervise sepanjang masa. Kalau ada bola snooker / foosball / dart yang hilang, nanti tak pasal-pasal aku pulak kena ganti. Jadi bawak dieorang petang-petang sikit sambil tengok dieorang bermain.


playdate
Main kungfu fighter dekat permainan arked

playdate
Dah lenguh-lenguh tangan menekan butang permainan arked, dieorang beralih pulak ke permainan foosball. Yang ni syok sebab ada 2 lawan 2. Dieorang main sampai 4 round sebelum pulang.

Sehari suntuk dihabiskan oleh Khadeeja dan BFFs bermain di rumah ni sebelum parents masing-masing call cakap on the way nak ambik dieorang. Anyway, seronok tengok Khadeeja happy dengan BFFs dia. Aku tau dia rindu sangat dengan dieorang sebab semua dah bawa haluan masing-masing (2 orang BFFs dia bersekolah di sekolah antarabangsa, seorang lagi homeschooled dan Khadeeja pulak di sekolah menengah kebangsaan). Semoga persahabatan dieorang kekal akrab sampai ni sampai dieorang dewasa kelak, Insha Allah.

Post a Comment

31 Comments

  1. yg penting, khadeeja happy!! best tu dpt spent masa @playdate. dulu2 zharfan selalu jugak bwk his frens dtg rumah...zmn2 dia sek rendah dan lower secondary school...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala boleh la layan request dia nak playdate. Tunggu dah besar sikit dah boleh outing dgn kawan2 kat luar tak payah temankan 🤭

      Delete
  2. Satu bentuk aktiviti yang baik dan dapat mengeratkan silaturahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la bila dah ada anak remaja, Shai hihi

      Delete
  3. Replies
    1. Yang penting tertunai janji dengan Khadeeja hehe

      Delete
  4. Bila BFF ada yg dh tk sama sekolah.. Bila dpt berjumpa seronok la... Meriah mcm2 menu ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, riuh-rendah suara dieorg dlm bilik tu walaupun pintu bilik bertutup hehe. Masa ni la bila suruh Khadeeja kemas bilik, dia tak byk songeh kemas sendiri sblm kawan2 dia datang hehehe

      Delete
  5. Hah! Tuuudia! Bila kawan2 datang memang penuh la jadual!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gamat rumah bila kawan2 dtg lepak kat rumah hehe

      Delete
  6. bila kami boleh playdate dengan parent khadeja lak.. ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh bapak Khadeeja tu busy mengalahkan PM masalahnya 🤣

      Delete
  7. Ek biar betul budak-budak ini tak makan banyak? Bukan ke waktu ini dorang tengah membesar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dara tak makan banyak sis NA.. kalau anak bujang, kejap² makan . Hahaha

      Delete
    2. Setuju dgn Linda! Anak2 perempuan ni tak banyak makan. Lebih suka berborak dari makan hihi

      Delete
  8. Rindunya zaman anak kecik gini.. dulu kakak laaa yang rajin bawa kengkawan dia dtg rumah, sampai sekarang juga kalau balik Jb.. dah macam anak sendiri kengkawan dia.. moga anak-anak membesar dengan mencipta pershabatan dan memori indah bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Sislin. Ni geng keras Khadeeja la semuanya hehe. Dieorg suka je dtg lepak rumah ni tapi tu la, kiteorg ni duduk jauh sikit jenuh pulak mak ayah dieorg nak hantar dieorg ke sini sbb tu jarang2 ajak dieorg ke rumah.

      Delete
  9. Seronok anak2 happy dengan kawan2 main di rumah. Rumah kami selalu jadi port, memang suka pun semua depan mata. Ni sampai kolej pun kawan2 sleepover di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sbb dieorg takde kawan2 yg rapat mcm ni kat sekolah skrg. Jadi bila dapat berkumpul dgn BFF sekolah rendah mmg gamat la. Ada jugak dieorg request nak buat sleepover tapi susah sikit sbb rumah kiteorg ni kecik je hehe.

      Delete
  10. Seronok Khadeeja dapat jumpa BFF.. bukan kaleng² juga BFF Khadeeja ni.. moga persahabatan kekal terjalin sampai bila².. aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 dah 4 tahun berkawan dari 2022. Semoga kekal la begitu sampai besar.

      Delete
  11. lepas ni macam selalu je budak2 ni datang kumpul kat rumah awak...ada games room gila tak seronok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, tak dapat jugak nak ajak selalu sbb dieorg duduk jauh Ammi. Kesian mak pak dieorg nak drive jauh2 hantar ke rumah kiteorg melainkan budak2 tu dah pandai naik LRT sendiri.

      Delete
  12. dah tercapai hajat khadeeja....Pia pun asyik sebut2 nak jmp kawan sekolah rendah,kawan-kawan lain dah on dia sorang pula yang tak free

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Afzan, dia pulun study sblm exam tu sbb nak lulus semua subjek. Tu syarat nak buat playdate kat rumah hihi.

      Delete
  13. Ini pasti orangtua mereka yg kuatir merepotkan tuan rumah, jadi masing2 tetap disuruh bawa makanan 🤣🤣🤣. Tapi memang kalau anak remaja perempuan, mereka tuh sedang susah nak makan banyak. Samaaa macam fylly.

    Dah berpikir diet pula. Jangan harap kalau depan saya dan Raka. Tetap saya suruh makan banyak 🤣.

    Kalau anak lelaki, baruuuu makannya banyaaak.

    Yg penting, happy lah mereka yaaa. Bisa reuni kecil pula 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, happy mereka Fann, kerana tak sering berjumpa. Kali terakhir jumpa bulan Disember tahun lepas sempena birthday Khadeeja.

      Delete
  14. bila dah seronok berkumpul kadang perut pun terasa kenyang je... hehehe...
    seronok laa khadeeja dpt spend time dgn kawan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dia sebab dah lama tak lepak dgn BFF

      Delete
  15. mesti khadeeja rindu dengan bestie dia! best gak duduk rumah kondo ada sediakan kemudahan playroom. bab makanan tu, mesti parents diorang taknak biarkan anak2 bertangan kosong. melimpah-limpah makanan alhasilnya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Mazni, mmg dia rindu sgt2 sbb masa sekolah rendah dulu, dieorg ni mcm isi dgn kuku hehe. Macam tu la, masing2 bawak makanan walaupun akak dah larang hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .