Pada 22 Julai setiap tahun, rakyat Sarawak memperingati detik bersejarah iaitu apabila Sarawak mencapai kebebasan dari pemerintahan British untuk menubuhkan kerajaan sendiri pada tahun 1963. Gabenor British pada masa itu, Sir Alexander Waddell, secara rasmi menyerahkan pentadbiran negeri kepada rakyat tempatan. Pelantikan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri pertama menandakan bermulanya era pemerintahan sendiri di Sarawak.
Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Sarawak bukanlah perjalanan yang mudah. Sewaktu rajah terakhir Sarawak iaitu Rajah Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British, rakyat Sarawak telah menentang hebat dan memberontak keputusan yang dirasakan tidak adil kepada masyarakat tempatan. Pejuang kebebasan seperti tokoh Rosli Dhobi dilabel sebagai pengganas dan dikenakan hukuman gantung oleh kerajaan British walaupun baru berusia 17 tahun. Selepas Sarawak mencapai kemerdekaan, Rosli Dhobi akhirnya diiktiraf sebagai pejuang pembebasan dan diberikan penghormatan sewajarnya. Kuburnya dipindahkan dari kompleks Penjara Kuching ke kampung halamannya di Sibu, Sarawak dan diberikan status sebagai makam pahlawan.
Kalau nak tau lebih lanjut tentang sejarah Rosli Dhobi, korang boleh tonton drama 'Warkah Terakhir' di Youtube dibintangi barisan pelakon mantap seperti Beto Kusyairi, Sherie Merlis, Sazzy Falak, Tony Eusoff, Azhan Rani, Amerul Affendi dan ramai lagi.
Sebagai anak Sarawak, aku bangga dengan pencapaian wilayah Sarawak baik dari segi pembangunan fizikal mahupun ekonomi yang semakin pesat. Terbaru, Sarawak telah menubuhkan syarikat penerbangan sendiri iaitu Air Borneo untuk menghubungkan kawasan-kawasan pedalaman Sarawak dengan bandar-bandar besar dan antara Sarawak dengan Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Antara bidang yang menjadi fokus Sarawak ialah Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) & Teknologi Hijau, Semikonduktor & Teknologi AI, Aerospace dan Ekonomi Digital, Projek Mega Pembangunan Infrastruktur Sarawak (pembinaan lapangan terbang Kuching baru yang lebih besar dan pelabuhan laut dalam (deep seaport) serta pembangunan modal insan (human capital development) dan pendidikan percuma (khusus untuk anak-anak Sarawak yang menyambung pelajaran di universiti milik kerajaan Sarawak dalam bidang STEM, perubatan dan undang-undang).
Semoga Sarawak terus maju, berwawasan dan aman-damai dengan masyarakat berbilang kaum dan etnik. Fly high, Ibu Pertiwiku!
![]() |
| Agi Idup, Agi Ngelaban (Selagi Hidup, Selagi Itu Berjuang!) |

5 Comments
Selamat Hari Sarawak. Jom naik Air Borneo!!!
ReplyDeleteselamat hari sarawak! so far saya baru 2x jejak kaki kat bumi sarawak tu ;)
ReplyDeleteSelamat hari Sarawak! Happy sekali membacanya, Kak Carneyz.
ReplyDeleteKalau dengar 'Sarawak' saya langsung ingat penyanyi senior Anita Sarawak.
Selamat Hari Sarawak!
ReplyDeleteSuka tengok pembangunan negeri Sarawak.
Malam tadi tengok movie Anak Sarawak, kata Shai bersempena Hari Sarawak. Betullah agaknya kan
Selamat Hari Sarawak.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .