Selamat Hari Sarawak!

Pada 22 Julai setiap tahun, rakyat Sarawak memperingati detik bersejarah iaitu apabila Sarawak mencapai kebebasan dari pemerintahan British untuk menubuhkan kerajaan sendiri pada tahun 1963.  Gabenor British pada masa itu, Sir Alexander Waddell, secara rasmi menyerahkan pentadbiran negeri kepada rakyat tempatan. Pelantikan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri pertama menandakan bermulanya era pemerintahan sendiri di Sarawak.

Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Sarawak bukanlah perjalanan yang mudah. Sewaktu rajah terakhir Sarawak iaitu Rajah Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British, rakyat Sarawak telah menentang hebat dan memberontak keputusan yang dirasakan tidak adil kepada masyarakat tempatan. Pejuang kebebasan seperti tokoh Rosli Dhobi dilabel sebagai pengganas dan dikenakan hukuman gantung oleh kerajaan British walaupun baru berusia 17 tahun. Selepas Sarawak mencapai kemerdekaan, Rosli Dhobi akhirnya diiktiraf sebagai pejuang pembebasan dan diberikan penghormatan sewajarnya. Kuburnya dipindahkan dari kompleks Penjara Kuching ke kampung halamannya di Sibu, Sarawak dan diberikan status sebagai makam pahlawan.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang sejarah Rosli Dhobi, korang boleh tonton drama 'Warkah Terakhir' di Youtube dibintangi barisan pelakon mantap seperti Beto Kusyairi, Sherie Merlis, Sazzy Falak, Tony Eusoff, Azhan Rani, Amerul Affendi dan ramai lagi.

Sebagai anak Sarawak, aku bangga dengan pencapaian wilayah Sarawak baik dari segi pembangunan fizikal mahupun ekonomi yang semakin pesat. Terbaru, Sarawak telah menubuhkan syarikat penerbangan sendiri iaitu Air Borneo untuk menghubungkan kawasan-kawasan pedalaman Sarawak dengan bandar-bandar besar dan antara Sarawak dengan Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Antara bidang yang menjadi fokus Sarawak ialah Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) & Teknologi Hijau, Semikonduktor & Teknologi AI, Aerospace dan Ekonomi Digital, Projek Mega Pembangunan Infrastruktur Sarawak (pembinaan lapangan terbang Kuching baru yang lebih besar dan pelabuhan laut dalam (deep seaport) serta pembangunan modal insan (human capital development) dan pendidikan percuma (khusus untuk anak-anak Sarawak yang menyambung pelajaran di universiti milik kerajaan Sarawak dalam bidang STEM, perubatan dan undang-undang).

Semoga Sarawak terus maju, berwawasan dan aman-damai dengan masyarakat berbilang kaum dan etnik. Fly high, Ibu Pertiwiku!


Selamat Hari Sarawak
Agi Idup, Agi Ngelaban (Selagi Hidup, Selagi Itu Berjuang!)

Post a Comment

29 Comments

  1. Selamat Hari Sarawak. Jom naik Air Borneo!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Shai. Skrg tgh promo return KL-Kch 375 one-way sekali check in luggage dgn makanan dalam flight.

      Delete
  2. selamat hari sarawak! so far saya baru 2x jejak kaki kat bumi sarawak tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ MZ. Bila kali terakhir sampai ke Sarawak? 😄

      Delete
  3. Selamat hari Sarawak! Happy sekali membacanya, Kak Carneyz.
    Kalau dengar 'Sarawak' saya langsung ingat penyanyi senior Anita Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya. Anita Sarawak itu tiada kaitan dgn Sarawak, kebetulan namanya aja hehe.

      Delete
  4. Selamat Hari Sarawak!
    Suka tengok pembangunan negeri Sarawak.

    Malam tadi tengok movie Anak Sarawak, kata Shai bersempena Hari Sarawak. Betullah agaknya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH. Kalau ada rezeki jemput la jalan2 ke Sarawak, banyak pembangunan di sana sekarang 😄

      Betul la kot, sebab ditayangkan malam sebelum Hari Sarawak kan.

      Delete
  5. Eh harinsarawak ni mcm x pasan kewujudan nya... b4 ni mcm xde pun public holiday utk ni... terperasan semlm ada dpt email dr kuching branch inform cuti hari sarawak.. slalu hari gawai mmg tau cuti... tup² muncul hari sarawak cuti umum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama Kak Ret, dah 10 tahun Hari Sarawak diwartakan oleh arwah Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak masa tu 😄

      Delete
  6. Saya menghayati perjuangan Rosli Dobi. Sedih pengakhiran hidupnya. Moga Sarawak terys makmur dan rakyat Sarawak terus menyanjungi pejuang negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang sedih. Ahli kumpulan dia tersilap buat percaturan, igtkan sebab umur dia masih muda (17 tahun) dia takkan dihukum gantung. Sebab tu dia ditugaskan menikam Gabenor British masa tu. Babak akhir drama Warkah Terakhir tu, masa ahli keluarga dan orang kampung berkumpul di rumah menunggu hukuman gantung selesai dijalankan, saya pun menangis masa ayah Rosli bagitau ibu Rosli masa hukuman dah berlalu bermakna Rosli Dhobi dah dihukum gantung 😭

      Delete
  7. Selamat Hari Sarawak buat orang Sarawak!.

    ReplyDelete
  8. Selamat hari Sarawak ! Uncle pernah ke Sarawak sekali je.. Itu pun urusan kerja... Tak sempat santai2... Bila la nak repeat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle pergi mana kat Sarawak masa tu? Lain kali boleh ajak Aunty ke Kuching, jalan2 cari makan dan cari kek lapis Sarawak hehe

      Delete
  9. Selamat hari Sarawak..bersama gembira di Bumi merdeka..

    ReplyDelete
  10. Saya ramai kawan Sabah & Sarawak masa belajar di kolej. Sayang saya tak travel sana masa ada kenalan huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih contact dieorg ke? Orang Sarawak suka je bawak kawan jalan2 klu datang ke tempat dieorg hehe

      Delete
  11. Selamat Hari Sarawak yaa Karni..
    Lama tak ke sana, pernah sekali ikut rombongan ke sana dulu..
    One day nak ke sana laa bawa Family.. tapi puaslah ikut Tourism dulu berjalan di Sarwak dan Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak ajak Fanny jalan2 kat sana. Jom Sislin hehe

      Delete
  12. oo..pertama kali ni dengar Hari Sarawak...ada di youtube "Warkah Terakhir"...boleh tonton..

    ReplyDelete
  13. Kalau dipikir2, zaman dulu tuh banyak anak muda berjuang demi tanah airnya kan. Tak takut, bahkan usia sangat muda sekali. Beda dengan yg skr. Walaupun dah banyak juga mahasiswa yang mulai aktif bersuara. Mungkin cara berjuangnya dah mulai berbeda.

    Selamat hari Sarawak Karni 🎉🎉🎉🎉. Harap2 tahun depan saya bisa visit Sarawak lah nih

    ReplyDelete
  14. Sudah terlewat untuk ucap Hari Sarawak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .