Dapat Surprise Gift dari BFF Lagi! 💝

Salam Isnin kawan-kawan,

Jumaat lepas masa aku tengah brisk walk di Taman Tasik Titiwangsa, tetiba dapat wassap dari BFF Nurul bagitau dia ada order something untuk aku dan parcel tu dah sampai ke rumah aku. Eh, eh... takde angin, takde ribut tetiba je dapat hadiah lagi 🤩. Aku pun cakap ok nanti aku singgah ambik hadiah tu di bilik parcel.

Lepas hantar Khadeeja ke sekolah, aku singgah ambik parcel dari Nurul dan terus naik ke atas. Nurul mintak aku check hadiah tu sampai elok ke tak sebelum dia release payment ke seller. Jadi tanpa berlengah lagi, aku pun bukak bungkusan plastik hitam tu.

Dalamnya ada kotak Lovera Collections yang comel ni:


Lovera Collections
Hadiah mangkuk lawa. Kalau kotak pun dah lawa mesti mangkuknya lawa kan? Kata aku dalam hati hihi.

Marilah kita unboxing kotak ni bersama-sama:


Lovera Collections
Penutup mangkuk ni ada dial untuk memudahkan kita check bila makanan tu disimpan

Alhamdulillah, selamat mendarat semuanya, takde yang pecah. Betullah firasat aku, mangkuk ni memang gorgeous giler! Suka betul tengok corak botanic floral lunar blooms kat tepi mangkuk tu 😍:


Lovera Collections
Pandai ko pilih corak ni Nurul! 

Alhamdulillah, terima kasih buat sahabat baik aku Nurul atas pemberian mangkuk yang lawa ni. Semoga dimurahkan rezeki lepas ni, Ameen YRA! 🤲🏻

Nota kaki: Alhamdulillah atas rezeki teman-teman yang baik semuanya 🥰

Post a Comment

11 Comments

  1. cute sgt mangkuk2 tu!!murah rezeki u :)

    ReplyDelete
  2. The Bowl looks beautiful. Congratulations and thank you for sharing. Happy Monday!

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat mangkuk cantik. Cie pernah dapat dari kak SA mangkuk camni.

    ReplyDelete
  4. Comelnya mangkuk.. linda kalau cantik² cmni, syg rasanya nk guna.. hihihi

    ReplyDelete
  5. Wah...cantiknyaaaa...SA pun ada bowl macam ni tapi sampai skrg x tau siapa yang bagi..mana ntah SA letak bowl ni...hahahaha

    ReplyDelete
  6. Motif bunga2 nya memang cantiiiik. Sweeet sangat ❤️. Macam semangat nak prepare hidangan kalau piring cantik 😄

    ReplyDelete
  7. Sangat sweet BFF Karni.. suka kalau part dapat hadiah ni hehehehe

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat hadiah lagi. Dapat hadiah mangkuk lawa dengan penutup sekali tu siap ada dial. Alhamdulillah rezeki dapat hadiah dan rezeki dapat kawan-kawan yang baik hati pemurah pulak tu.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki. Cantik bowl tu, wah best ada function tersendiri.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .