Throwback kisah minggu lepas.
Gara-gara terbaca entry Puan Hazel (Teringin Makan Laksa) minggu lepas, jadi hari Jumaat Maghrib aku mengajak Suami Terchenta ke pasar malam mencari laksa. Itulah masalahnya jadi orang cepat terpengaruh hihi. Tengok orang post pasal laksa, kita pun sibuk teringin jugak! 🤣
Takpelah kan, laksa ni kira makanan sihat sebab kuahnya direneh tanpa minyak. Jumlah kalori untuk 250g laksa ni pun baru 240kcal (sumber: KKM).
Suami Terchenta pulak macam biasa nak makan soto ayam. Teringat la dulu-dulu masa kiteorang tinggal di pangsapuri di Pinggiran Batu Caves, setiap hari Khamis balik kerja kiteorang mesti singgah pasar malam beli soto ayam dengan seorang pakcik ni. Soto ayam dia legit sangat sedap! Kuahnya pekat berasa, rasa rempah dalam supnya tak kuat sangat dan bergedil ayamnya mantops. Tak tau la pakcik tu masih meniaga lagi ke tak. Tapi sampai ke hari ni Suami Terchenta suka soto ayam, kalau ke pasar malam itu je la dibelinya.
Anak-anak tak ikut sebab dieorang ada tuisyen tapi sibuk pesan beli itu-ini. Khayla pesan nak mac and cheese dengan churros dan Khadeeja nak jagung bakar dan mantou goreng dengan butter chilli clams. Dua-dua nak air vanilla latte dengan coconut milkshake. Lepas tu dua-dua nak makan sate ayam jugak. Mau tak licin dahi bapak dieorang anak-anak dara kemain besar selera masing-masing! 😆
Makanan anak-anak tak sempat nak snap gambar sebab masing-masing dah kebulur lepas mengikuti online tuition. Ambik gambar makanan aku dan Suami Terchenta je lah.
![]() |
| Laksa utara - kuahnya cair dan masam sangat. Aku suka satu je - banyak daun kesum. Kecewa sebab kurang memenuhi selera aku yang prefer kuah pekat dan berasa ikannya dalam kuah tu |
![]() |
| Soto ayam Suami Terchenta. Dia kata sedap. Aku tak rasa pulak sebab makan laksa pun dah kenyang |
Nampaknya kalau teringin lagi kena cari gerai lain pulak sebab kuah laksanya terlalu cair. Mungkin isi ikan tu kurang sangat dieorang letak dalam kuahnya. Harga sepeket aku beli tu kalau tak silap RM5. Tambah bergedil daging RM1 atau RM1.50 kot. Tak ingat pulak.


24 Comments
selalu gak kecewa bab laksa. kadang dapat cair bair..takda rasa ikan. kadang rasa hanyir. huhu
ReplyDeleteItulah. Belum jumpa lagi gerai jual laksa utara yang betul2 menepati citarasa saya di pasar malam tempat saya ni
DeleteAnak -anak saya dah faham kalau makan luar make sure ayah amik gmbr dulu baru boleh makan hihiii.. baik si kecik tu pun faham.. kdg sampai kita kena perli dgn dia hahaha
ReplyDeleteKalau stay hotel anak2 dah faham. Kena tunggu smp mak dieorg ambik gambar baru masuk bilik & letak barang2 hehe. Klu makan kat luar, bergantung tahap kelaparan dieorg hihi
Deletekena tukar barter laksa kepada ajak PH rewang laksa sarawak la carneyz..cepat sikit siap hihi
ReplyDeleteAduh... ni yg susah hehe. Byk bahan2 nak kena beli. Susah jugak tu.
DeleteSaya pun jadi teringin hendak makan laksa juha... ahaks! Seronoknya kalau dapat jalan-jalan ke pasar malam. Macam-macam ada.Lain tempat, lain jualannya. Meriah kan Carneyz.
ReplyDeleteBetul Kak Amie. Klu dah takde idea nak masak apa, seronok jalan2 cari makan kat pasar malam.
DeleteSama la selera anak2 dara Cie tu pun kemain order macam2. Tengah nak membesar kan. Lagi2 sekarang macam2 menu viral ada.
ReplyDeleteDieorg tgh lapar jugak masa tu Cie. Tu yg kemain besar lagi selera order macam2 hihi
Deletelama tk mkn laksa tp kalo kuah cair tk best
ReplyDeleteHaah rasa kureng je bila kuah cair.
Deletei memang fussy bab2 mkn laksa ie kuah kena pekat ngam rasa ikan dan tak extra masam :) ooooo u masak laksa sarawak utk raya ajer rupanya..kira special dish lah tu...dan memang renyah nak buat pun!
ReplyDeleteSama MZ. Klu laksa tu tak sedap, boleh potong mood dibuatnya. Laksa Sarawak i buat time raya je sbb renyah hehe.
DeleteTeringat saya dulu makan laksa Penang pertama kali, dan tak suka 😅😅😅. Sebab amiiiiis kuah nya. Ikan dia kuat sangat. Saya langsung tak nak makan lagi.
ReplyDeleteTp teman saya sabar membujuk, coba lagi, kali ini saya dibawa ke mall , dia bilang yg ini sedap laksa penangnya 😅.
Saya cobalah, dan betuuuuul sedaaap ternyata 😍😍😍. Berarti laksa pertama tuh memang tak pandai yg buat 🤣.
Jadi suka laksa Penang selepas tuh. Tp setelah coba laksa Melaka, beralih lah ke laksa Melaka. Trus tau2 ada pula laksa Sarawak 🤣. Jadi sukaaa yg itu. Eh muncul laksa Johor 😍🤣. Kali ini galau, nak suka yg mana 😄.
Laksam tuh laksa juga kan? Itupun sukaaaa ❤️. Memang saya nih mudah suka dengan kuliner 😄
First time makan dapat yg tak sedap, nasib baik ada kawan yg bawak ke tempat yg sedap ye hehe. Saya pun sama tapi dgn laksa Johor. Mula2 saya tak minat kerana first time makan tak menepati selera tapi bila jumpa yg sedap terus jadi suka.
DeleteKalau kuah cair macam ni saya pun kurang suka juga. Suka jenis pekat-pekat tu baru sedap kan. Tak mencapai KPI selera kena cari kedai lain lah lepas ni. Suka juga soto tapi soto nasi impitlah.
ReplyDeleteKan, yg pekat dan penuh rasa ikan tu baru sedap!
DeleteKalau laksa kat pasar malam ni kena cari betul2 yang jual laksa..selalu jumpa dah siap bungkus ready nak amik lepas bayar je..jenis yang dia bungkus time2 orang order tu macam susah jumpa la
ReplyDeleteBetul SA, rata2 gerai jual laksa kat pasar malam ni dah siap bungkus kuah laksa.
Deletebetul nampak cair sangat tu kuahnya
ReplyDeletekalau pekat sikit mungkin sedap laa juga agaknyaaa
kiranya sy belum bertuah laa ya sbb tak dpt mkn lg laksa sarawak air tangan puan blog ni? heheh hahaha
Aah, tapi agak masam jugak la kuahnya tu. Saya suka sbb daun kesum byk tu je hehe.
DeleteHaha, kalau ada rezeki buat open house raya lagi boleh la anies merasa laksa sarawak saya buat 🤭
Alhamdulillah dapat juga makan laksa kat kedai artis masa balik kg di aloq setaq sebelum cuti merdeka tempoh hari.
ReplyDeleteSedap tak? Kadang2 kedai popular sbb nama artis je tapi rasa tak semenggah.
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .