Sekarang ni nak cari makanan RTE (ready to eat) memang mudah sebab dah ada jual di mana-mana. Nak lauk-pauk ada, nasi siap masak tinggal panaskan pun ada jugak.
Minggu lepas masa jalan-jalan di Mercato TRX Mall, aku terjumpa satu lagi makanan RTE iaitu ubi keledek yang dah siap direbus dan dipek dalam paket kedap udara ni. Ni kalau malas nak rebus sebab lama sangat tapi nak makan sihat, boleh la sambar sepeket.
Ada dua perisa - keledek dengan aroma buah berangan (chestnut) dan keledek dengan aroma madu.
![]() |
| Keledek pun boleh buat jadi snek sihat RTE |
![]() |
| Aku beli yang paket kuning dengan aroma madu ni buat raso-raso |
Nak makan senang je. Keluarkan dari paket luar, koyakkan plastik kat dalam dan panaskan selama 30 saat dalam microwave. Nak makan gitu je tak panaskan pun boleh tapi kalau panas lebih sedap la.
![]() |
| Ni rupa ubi keledek RTE |
Harganya agak keras (RM6+/peket) jadi kalau tanya nak beli lagi tak, jawapannya takpelah. Baik aku buat sendiri je 😅.



30 Comments
dasyat ek zaman sekarang keledek pun di RTE kan. memang mudah kerja kalau tetiba teringin nak makan tu.
ReplyDeleteAah mudah skrg ni tinggal nak tak nak je bayar mahal sikit nak makan ubi keledek dah siap rebus ni hehe
DeleteHehe buat rasa. Kalau seorang makan bolehlah beli.
ReplyDeleteAah, buat raso2. Tapi rasanya lebih baik buat sendiri hehe
DeleteTak silap dejat CU pun ada kan rte keledek ni. Tapi PH tak pernah beli, sbb rasa mahai hihi...
ReplyDeleteKat area saya ni takde CU pulak. Harga di Mercato ni pun boleh tahan mahal la, baik buat sendiri kan sis hehe
DeleteBanyak ubi Rte di jual kat SosMed sekarang mcm Tik Tok, Shopee dan yang sewaktu dengannya.
ReplyDeleteOh ye ke. Aku tak pernah explore pulak dan takde akaun TT hehe
Deletetak pernah jumpa lagi
ReplyDeleteMungkin kat Penang belum ada jual kat kedai2 lagi kot.
Deletememang mudah la nak makan lepas ni..sediakan duit je..
ReplyDeleteBetul tu Linda, tinggal sedia duit je.
DeleteBetul tu, setuju! Mudah nak cari makanan RTE. Macam-macam ada dijual online.
ReplyDeleteWah siap ada perisa lagi tu. Saya suka makan ubi keledek. Mudah kerja dah siap macam ni. Tak perlu nak tunggu rebus lama.
Comel sangat pulak untuk RM6 tu. Tapi nak merasa tu bolehlah kan. Beli kentang manis purple tu pun sedap, cepat masak jugalah kalau beli jenis saiz comel-comel.
Ye sis, harga RM6 tapi comel je saiznya 😅 macam kurang berbaloi pulak hihi. Baik beli yang mentah pastu rebus sendiri. Saya suka bakar dalam air fryer.
DeleteSekarang ni benda macam ni mungkin orang beli sebab sibuk dengan kerja.
ReplyDeleteMungkin la kot, target dia utk org2 yang sibuk bekerja tapi nak makan sihat.
DeleteNak buat sendiri malas tu..rebus/panggang..kurang2 tunggu 20/30 minit..haihhh...
ReplyDeleteAah, nak cepat beli je versi RTE ni kak hehe
DeleteSA pun perasan banyak RTE product kat Sam Groceries NuSentral...x pernah beli lagi..nak try la sekali dan compare dengan buat sendiri
ReplyDeleteSenang ada produk RTE ni time kita tgh sibuk kan.
DeleteHahahahahah inilah harga kepraktisan yaaa 😂. Macam2 menu rte nih. Tp memang sukalah , Krn bisa dibawa saat traveling.
ReplyDeleteBenarrrr ini harga kepraktisan hehe.
DeleteEhh best ni ada keledek RTE senang terus makan
ReplyDeleteIye kak, klu nak cepat boleh la beli ni. Sedia duit dalam dompet je la hehe
Deletekeledek manis ni mmg sedap
ReplyDeleteteringat ms gi jepun dulu
dah tak tahu nak mkn apa, kami mkn keledek je hahahhaa
Keledek makan masa musim sejuk mmg sedap! 👍🏻
DeleteSedap makanan kudapan..
ReplyDeleteSesuai sgt. Saya peminat keledek sejak akhir2 ni 👍🏻
Deleteni sama konsep mcm jagung RTE jugak kan..yg dia pack dlm pek kedap udara tu
ReplyDeleteBetul tu MZ. Macam2 makanan dah boleh dibuat jadi RTE dgn teknologi makanan skrg
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .