Mencuba Aiskrim Beryl's

Kisah terpengaruh lagi 🤭. Kali ni terpengaruh dengan blogger Anies pulak. Dia post entry pasal beli aiskrim Beryl's di KLCC. Kebetulan minggu lepas kiteorang pergi menonton wayang di TGV KLCC, jadi lepas tengok movie dan sebelum balik, aku pun gigih beratur nak beli aiskrim ni jugak:


KLCC
Beryl's tengah buat promo dekat concourse KLCC. Peminat Beryl's, sila serbu!

Aku tak masuk tengok coklat pun, sebab tujuan aku nak beli aiskrim je. Jadi aku beratur dekat dessert bar ni untuk beli aiskrim. 


Beryl's Ice Cream Milk Crunch
Ada 3 perisa aiskrim yang baru diperkenalkan - Milk Crunch, Velvet Almond Crunch dengan Indulgence Milk

Ada satu kejadian masa beratur tu, tiba-tiba couple belakang aku ni sembang, "Tengok la tourist In**a tu, nak potong barisan la tu..." Auto dengan aku pun sekali tengok couple yang tengah cuba nasib nak potong barisan. Agaknya dieorang tak berani la nak potong aku dengan muka aku yang tak mesra alam ni, jadi nak potong couple belakang aku. Si boyfriend dia terus cakap, "Sorry, this is our place." Lepas tu dieorang cuba potong lagi a few rows behind, tapi minah yang dieorang potong tu pandang dieorang atas bawah atas bawah banyak-banyak kali sebelum bagi isyarat suruh ke belakang. Silap besar la dieorang ni nak potong queue kat Malaysia 🤭. Orang Malaysia ni baik orang-orangnya, tapi bab potong queue memang pantang ye. Kita kan berpegang pada prinsip dalam rukun negara "Kesopanan dan kesusilaan". Jaga adab bila berada di negara Malaysia. No cutting queues.

Aku hairan dengan mentaliti orang-orang macam ni kan. Dah nampak ada barisan teratur masih buat-buat tak faham. Mungkin culture negara dieorang ni jenis cuba dulu, kalau orang tak marah teruskan potong. Kalau orang marah baru nak buat benda yang betul. 

OK done with selingan cerita masa beratur hihi. Aku beli perisa milk crunch sebab nampak menarik.


Beryl's Ice Cream Milk Crunch
Aiskrim Beryl's Milk Crunch dengan harga pengenalan RM5 je

Balik rumah, simpan dalam peti sejuk. Esoknya baru makan. My verdict, sedap dan setanding dengan aiskrim Magnum. Rasanya tak manis sangat, sedang-sedang je di tekak aku. Ada rasa lemak berkrim. Anak-anak suka la, sebab dieorang peminat aiskrim Magnum tapi kiteorang dah lama boikot (Magnum tu bawah jenama Unilever yang beli pastu tendang pemilik Ben & Jerry's keluar dari syarikat dieorang sendiri sebab sokong Palestin). Harap-harap cepat la Beryl's jual aiskrim ni pasaraya dengan harga pengenalan tu atau kalau lagi murah lagi bagus hehe.


Beryl's Ice Cream Milk Crunch
Sedapnya aiskrim Beryl's yang baru ni dengan rasa crunchy sikit dan rasa coklat yang padu di luar dan susu berkrim di dalam

Post a Comment

14 Comments

  1. tgk juga kt blog anies aritu...Cantik color packaging nampak premium

    ReplyDelete
  2. hari tu i ada singgah KLCC dan nampak lah roadshow promo berryl tu tapi tak perasan ada jual aiskrim jugak hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau eskrim dari brand coklat begini tak masuk ke Indonesia. Makanya saya kalau nak coba, pasti tiap ke Malaysia 😄. Belum coba kalau yg berryls. Nantilah Desember nak cari 😄.

    ReplyDelete
  4. Ada baca juga kat blog Anies. Kita tunggu keluar dalam pasaran dulu nanti baru cuba. Tak manis sangat tu yang sedap di makan.

    ReplyDelete
  5. Masuk dalam sasaran. Nak cuba juga bila jumpa nanti. Harap harganya tak lah naik banyak dari harga pengenalan ni.

    ReplyDelete
  6. What an interesting story.. 😀..and that ice cream might be over tasty 😋

    ReplyDelete
  7. beryls ni bukan yg jual cokelat harga mahal tu.. hehe
    pergi klcc tak pm me pown.. 😬😬

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak tunggu keluar kat pasaran. Nampak sedap & premium

    ReplyDelete
  9. Uishhh nampak sedapnya.. suka kalau ada kacang camtu.. nantilah nak try cari.. tapi tekak teringin eskren Giodiva tu hehehehe

    ReplyDelete
  10. Terus rasa macam nak makan aiskrim pulak ni. Eh suka hati je nak potong q ek. Boleh bawak gaduh kalau potong q.

    ReplyDelete
  11. Sorry..SA scroll laju2 sebab risau nanti teringin sebab SA senang terjebak

    ReplyDelete
  12. sy tidak bersalah kalau sesiapa terpengaruh
    hahahahahha

    sedap kannnn sedap kannnn

    kalau yg potong q tu ada dpn sy mmg sah2 laa kena marah! sy pantang org potong q...
    byk cantik muka haku ko nak potong2

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak makan ais krim. Nanti nak sesatkan diri kat Beryl's kat Seri Kembangan kot2 ada jual ice cream ini.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .