Vending Machine OldTown White Coffee

Salam Isnin kawan-kawan,

Weekend lepas kiteorang pergi ke Felda Serting di Bandar Seri Jempol sebab menziarahi bekas staff aku yang baru kehilangan anakanda tercinta. Kak R ni staff aku masa di Sarawak dulu, tapi arwah anaknya kawen dengan orang nogori dan meninggal di sini sebab tu dikuburkan di kampung suaminya. Tak dapat nak cerita lebih-lebih untuk menjaga privasi staff aku tu. Cuma aku boleh cakap satu benda je la - Kak R tu kuat orangnya sebab dia boleh menerima ketentuan Ilahi dengan redha. Kak R bagitau aku arwah anaknya tak lekang menyebut nama Allah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semoga arwah anak Kak R ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, diampunkan dosa-dosanya, diterima segala amal ibadahnya dan dilapangkan kuburnya. Insha Allah, aku doakan jugak arwah anak Kak R ni dikurniakan pahala mati syahid asbab kematiannya ialah sakit perut.

Otw balik, kiteorang pilih untuk ikut lebuhraya EKVE sebab tak pernah lagi lalu kat sini. Singgah di RnR sebab Khadeeja nak ke tandas. Sementara menunggu Khadeeja, kiteorang ternampak vending machine OldTown White Coffee. Eh eh. Ada diskaun sampai 45% la. Apa lagi, Suami Terchenta yang sedikit mengantuk sebab kena kerja malam tadi terus teringin nak beli minuman dari mesin ni untuk menyegarkan mata.


OldTown White Coffee vending machine
Nak minum kopi tak semestinya kena pergi restoran OldTown sekarang ni dengan adanya vending machine ni


Diskaun yang tertera agak lumayan jugak la - harga minuman bermula dari RM3.99 hingga ke RM7.99. 


OldTown White Coffee vending machine
Harga minuman yang berpatutan tambahan ada diskaun sehingga 45% untuk minuman terpilih

Suami Terchenta bukan penggemar kopi jadi dia pilih minuman teh. Selepas melihat pilihan minuman teh, dia akhirnya memilih iced peach tea sebab tu yang paling murah (RM3.99) 😅.


AI Robotic Barista
Iced peach tea ni ada diskaun 45%

Lepas pilih jenis minuman, paparan seterusnya ialah level manis / gula dalam minuman. Pilihan cuma dua - nak separuh atau penuh. Lepas dah pilih level gula, proceed buat bayaran. Boleh pilih nak bayar guna kod QR, e-wallet atau guna kad (tap to pay). Pembayaran tanpa tunai je. Duit kertas tak laku ye.


OldTown White Coffee vending machine
Menunggu mesin ni bancuh minuman

OldTown White Coffee vending machine
Dalam masa tak sampai 5 minit, dah siap minuman yang dipesan. Senang kan?

OldTown White Coffee vending machine ni boleh bancuh minuman sejuk dengan minuman panas. Minuman sejuk tu takde ais la, cuma air dia sejuk je. Jangan pulak korang expect ada ais sekali hihi.

Canggih nau mesin sekarang ni. Boleh jadi barista kopi jugak ye. Cer bayangkan kalau ada vending machine boleh buat nasi goreng sekali. Tak pun roti canai siap dengan kuah dhal / kari. Boleh lingkup agaknya kedai makan lepas tu 😅.

Post a Comment

12 Comments

  1. Hahhaha kita dl nak bisnes vendig machine tp bila tau starting harga bole tahan keras gak

    .kita kuburkan dl niat ye... tp pk² blk menyesal plak x start 10 thn dl.kan.. kalau x confirm dah kaya raya kita haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah kaya jangan lupa kekawan B40 ni ye.

      Delete
    2. Klu ajak saya JV masa tu, mesti kita dah kaya-raya kan Kak Ret. Hahaha!

      Delete
    3. Shai: Semoga kita semua kaya-raya 🤲🏻🤭

      Delete
    4. Aminnnnn..... doa untuk semua haha

      Delete
  2. eh dah ada kat semua rnr ke... bestnya... kita nantok kalau drive... takut micro sleep..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin RnR terpilih je kot!. Kalau ada kat semua RnR best juga.

      Delete
    2. Sodep: Tak pasti pulak tu Sodep, Ni aku jumpa kat RnR EKVE.
      Shai: Kan. Aku suka kopi hazelnut OldTown.

      Delete
  3. pelbagai jenis vending machine skarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Tunggu ada VM jual nasi goreng panas2 je hehe

      Delete
  4. vending machine utk lauk2 frozen rasanya memang dh ada...cuma utk nak suruh masakkan nasi goreng panas2 tu pyhlah kot hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Manalah tau, teknologi makin canggih skrg ni kan. Kalau barista robot dah ada, tak mustahil ada tukang masak robot tak lama lagi 😅

      Pernah nampak VM jual nasi lemak & nasi berlauk dekat Stesen MRT Titiwangsa. Tapi still kena panaskan dalam microwave.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .