Salam Rabu kawan-kawan,
Masih lagi dengan kisah cuti-cuti Indonesia hujung bulan Ogos lepas. Kali ni aku nak cerita pengalaman menginap di hotel yang popular di kalangan orang Malaysia yang melancong ke Jakarta iaitu Ascott Jakarta. Hotel ni adik aku yang suggest untuk kiteorang stay semalam sebelum pulang ke Malaysia esoknya.
![]() |
| Ascott Jakarta |
Sebab utama Ascott Jakarta ni popular ialah lokasinya yang sangat dekat dengan beberapa buah pusat membeli-belah kesukaan orang Malaysia iaitu Grand Indonesia, Plaza Indonesia dan Thamrin City. Hotel ni berkonsepkan serviced apartment jadi memang sesuai untuk keluarga. Harganya pun tak terlalu mahal (aku tempah di laman web rasmi Ascott dengan harga RM700+ semalam, tapi lepas tu stress sebab beberapa hari lepas tu di Agoda harganya turun jadi RM500++!).
![]() |
| Lobi Ascott Jakarta |
Kalau korang nak buat tempahan, korang jangan pulak confuse Ascott Jakarta dan Ascott Sudirman Jakarta ye, sebab hotel lain-lain tapi dua-dua bawah jenama Ascott. Kena pilih Ascott Jakarta, baru betul.
Bila aku tengok gambar di Agoda / laman web Ascott, hotel ni nampak mewah dan eksklusif.
![]() |
| Lobi hotel ni sangat luas, dan ada beberapa ruang tempat duduk yang selesa |
![]() |
| Kiri: koridor menuju ke bilik (kalau sorang-sorang dan malam-malam seram la jugak nak lalu koridor ni untuk sampai ke bilik!) Kanan: Dalam lif yang tampak mewah |
Tanggapan aku bila tengok rupa dalam hotel ni, tahap perkhidmatan di hotel ni mestilah setanding dengan hotel-hotel mewah yang kiteorang pernah menginap sebelum ni. Tapi selepas menginap di hotel ni, ternyata ada beberapa kelemahan pada tahap perkhidmatan di Ascott Jakarta.
Dua hari sebelum kiteorang check-in di hotel ni, aku dapat email dari hotel ni untuk isi borang pre-check in online. Kononnya lepas isi borang ni akan menjimatkan masa check-in bila kiteorang sampai di hotel. Nampaknya indah khabar dari sebenarnya. Proses check-in aku sama je dengan kakak aku yang tak isi pun borang ni. Aku punya expectation bila dah isi pre-check form ni ialah by the time kiteorang sampai hotel untuk check-in, tinggal staff verify passport je pastu dah terus dapat kunci bilik. Tapi tidak ye puan-puan. Masih la jugak staff tu kena isi maklumat passport etc. dalam sistem check-in. Jadi bagi aku pre-check in form tu tak berfaedah. Tak isi pun tak apa.
Sepatutnya masa kiteorang sampai dalam pukul 3 petang, bilik dah ready tapi staff bagitau bilik masih tak ready lagi. Which is bagi aku not acceptable sebab polisi hotel kata check-in time pukul 3 petang jadi hotel ni tak meet the SLA (service level agreement) yang dieorang sendiri tetapkan.
Tapi since ni bukanlah trip staycation, jadi aku pun malas nak argue dengan staff hotel. Kiteorang pun decide nak pergi ke Grand Indonesia di seberang jalan untuk makan dulu sementara tunggu bilik ready. By the time kiteorang habis makan (dalam pukul 5 lebih), baru dapat notification bilik dah ready. Kiteorang pulang semula ke hotel untuk ambik kunci bilik.
![]() |
| Kunci bilik Ascott Jakarta ni design kayu |
Ingatkan dah masuk bilik, luggage kiteorang dah dihantar ke bilik. Tapi takde. Sekali lagi perkhidmatannya agak mengecewakan. Dah la bilik siap lambat, luggage pun kena request bawak naik baru dieorang hantarkan.
Tapi rasa kecewa tu terubat sikit bila tengok keadaan serviced apartment ni. Apartment kiteorang ni luasss giler dan cantik! Kalau ada lebih dari 4 orang tetamu pun muat lagi, seorang boleh tidur atas sofa di ruang tamu ni.
![]() |
| Ruang makan. Kalau malas keluar hotel boleh pesan makanan di Grab. Pinggan mangkuk dan sudu garpu semua ada disediakan dalam kabinet di bahagian dapur |
![]() |
| Bahagian dapur ada sinki, kabinet dapur, mesin basuh lengkap dengan fungsi pengering baju, water dispenser dan kelengkapan bancuh minuman teh / kopi. |
Kiteorang ambik apartment 2 bilik - bilik untuk anak-anak ada 2 buah katil single dan bilik aku dan Suami Terchenta (master bedroom) pulak dilengkapi dengan sebuah katil king-sized. Kedua-dua bilik tidur ada bilik air yang luas dengan bathtub, ruang shower, sinki dan tandas.
![]() |
| Bilik master dengan katil king-sized |
![]() |
| Atas: Bilik air di bilik tidur anak-anak Bawah: Bilik air di bilik master bedroom |
![]() |
| Ruang shower dilengkapi dengan mandian panas/sejuk dan kelengkapan mandi dari jenama Appelles skincare |
Sebenarnya apartment ni ada 4 atau 5 bilik air tau 😅 Aku pun tak tau kenapa banyak nau bilik air dalam apartment ni. Seram pun ada jugak, kot-kot la ada hantu menyorok dalam bilik air kan ðŸ¤.
![]() |
| Tak suka tandas duduk, tandas cangkung pun ada 🤠|
Tapi mungkin aku banyak sangat baca benda mengarut dekat Threads haha. Ada orang kata kena kacau malam-malam, ada kak ponti berdiri sebelah masa tidur la, eh macam-macam la! Alhamdulillah masa kiteorang stay kat sini takde kena kacau pun. Cuma aku je la rasa seriau sebab biliknya terlalu besar dan sunyi! Masa mandi aku bukak sikit pintu bilik air (pintu bilik tidur je tutup) dan malam tu aku tidur sambil peluk lengan Suami Terchenta takut kena kacau 👻. Over tau imaginasi aku ni! 🤣
Kiteorang sempat basuh dan keringkan baju guna washer/dryer di apartment ni. Sabun basuh baju pun ada disediakan. Kemudahan mesin basuh dengan pengering ni sangat la convenient bagi travellers macam kiteorang yang tak suka bawak banyak sangat baju bila travel.
On the other side, kalau korang nak menginap di sini, pastikan korang check betul-betul tuala yang disediakan sebab kiteorang dapat tuala yang kurang bersih. Jadi kena call housekeeping mintak gantikan dengan tuala yang baru.
![]() |
| Ada kesan tompok merah atas tuala ni, jadi kiteorang request tuala baru |
Berdasarkan pengalaman pertama menginap di hotel ni, adakah aku akan repeat Ascott Jakarta lagi? Kemungkinan besar, ya, walaupun dari pemerhatian aku, banyak kelemahan dari segi tahap perkhidmatan di hotel ni. Aku buat perbandingan tahap perkhidmatan hotel ni dengan hotel-hotel Marriott Bonvoy. Bagi aku, banyak lagi ruang untuk diperbaiki dari segi perkhidmatan dan layanan tetamu di Ascott Jakarta.
Sebab aku mungkin akan repeat stay di Ascott Jakarta ialah lokasinya yang strategik di tengah-tengah kawasan membeli-belah popular, apartment yang luas, selesa dan lengkap dengan kemudahan mesin basuh/pengering baju, ada ruang makan, dapur dsb. dan paling penting, harga yang berpatutan.
Secara kesimpulannya, walaupun Ascott Jakarta ada kelemahan dari segi tahap perkhidmatan dan kualiti layanan, tapi kelebihannya dari segi lokasi yang strategik, harga bilik dan keadaan bilik yang selesa jauh mengatasi kelemahan hotel ni. Jadi kalau ada kesempatan untuk bercuti-cuti ke Jakarta lagi, Insha Allah aku mungkin akan pilih untuk menginap di hotel ni lagi.














8 Comments
1st time nampak hotel provide tandas cangkung.
ReplyDeleteItulah. Tandas ni tersorok sikit dalam bahagian dapur.
DeleteAscott Jakarta mmg femes la..opismate kalo ek jakarta mmg suka stay sini..dh mcm gaya blk kampung je die sbb kerap ke Jakarta bercuti....mmg rare ada tandas cangkung tu...ada bathtub syok la
ReplyDeleteRata2 tetamu Ascott Jakarta hari tu mmg Malaysians pun. Rasa macam kat KL je bukan kat Jakarta hehe.
DeleteFirst time rasanya tengok tandas hotel style cangkung ni.
ReplyDeleteApapun best sbb lengkap segala fasilitinya.
Aah, paling best ada mesin basuh dgn dryer sekali tu. Senang mendobi klu tak cukup bawak baju.
DeleteTahun depan plan Family Trip Sis anak-anak nak ke Bandung aja.. so ingat nak kaji selidik tempat lain yang boleh pergi selain yang kita dah pergi.. Hotel pun tengah survey ni, yang mesra kanak-kanak jer nanti
ReplyDeleteNanti dah pergi jgn lupa update blog Sislin! 🤣 Boleh la refer lain kali bila nak bawak anak2 ke Bandung sekali lagi sbb dieorg request nak naik keranjang Sultan
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .