Agaknya ada tak orang yang macam aku ni ye? Bila dah kerap berhu-ha (berjimba) dengan kawan-kawan, mesti nak recharge energy ber 'me time' sorang-sorang 😜. Iye, seketul Gemini yang setengah personalitinya suka bersosial dan setengah personaliti lagi suka menyendiri. Yihh. Kekadang tak faham diri-sendiri tapi dah lepas 40an ni, malas nak faham dah hahaha! Terimalah diri-sendiri seadanya 🤪.
Minggu lepas aku terasa nak ber 'me time' lagi. Macam biasa, tempat 'me time' aku tak jauh dari rumah i.e. di Sunway Putra Mall (SPM). Kali terakhir keluar 'me time' bulan April. Eh, dah jadi setiap 2 bulan aku keluar 'me time' rupa-rupanya 🤔.
Selepas hantar Khadeeja ke sekolah, aku terus drive ke SPM. Ada appointment buat detox hair treatment dekat Le Classic Hair Studio.
Syok jugak buat treatment ni, rasa ringan dan sejuk je kepala lepas tu. Normal price RM148 tapi dapat free sempena birthday month ✌🏻.
![]() |
| Melangkah keluar dengan confident selepas buat treatment percuma 🤭 |
Lepas tu aku masuk Uniqlo pulak. Nak cari blouse untuk diri-sendiri dan pakaian dalam untuk anak-anak. Tertarik dengan linen shirt dan rayon shirt ni. Jadi try la dua-dua. Anywayyyy, Fanny thank youuuu suka sangat dengan seluar jeans yang dia beli kat Jakarta dan hadiahkan ni 😍. Actually aku silap pilih saiz masa dia tanya, longgar sikit jadi kena pakai tali pinggang tapi kain jeans ni terletak elok je. Walaupun baggy, tapi ada slimming effect gitu 😜. Lurveeee sangat! 🫶🏻.
![]() |
| Alhamdulillah ada birthday voucher jugak, jadi marilah kita guna 🤭 |
Dah setel shopping baju, singgah di Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) makan tengahari dan lepak sambil minum kopi dan blogging. Since aku baru je register jadi member di apps CBTL ni, ada welcome drink buy 1 free 1. Aku dah siap-siap bawa tumbler dari rumah jadi aku mintak staff CBTL isi minuman free tu dalam tumbler untuk diminum di rumah.
![]() |
| Memandangkan aku mengopi sorang-sorang je jadi minuman yang free tu aku bawak balik minum kat rumah je |
![]() |
| Kali ni aku pesan chicken lasagna dan minuman pulak aku pilih The Ultimate Mocha Ice Blended |
![]() |
| Lepas makan, bukak blog reply komen lepas tu buat draft entry baru |
Dah setel satu blog entry, moh ler balik. Sesekali keluar 'me time' ni seronok jugak. Dapat jumpa orang tapi tak payah bersembang. Tengok je kihkih.
Korang suka tak 'me time'? Apa aktiviti 'me time' yang korang suka?






32 Comments
me time memang lah sgt best!! u siap bwk lappy lah yer bila kuar me-time tu!! bestnya dpt foc hair treatment tu!!! i uniqlo ada bday voucher yer..i tak tahu pun hahahaha kena tunggu bday thn dpn la plakkkk kena mark awal2 bday voucher apa yg worth it to redeem ;)
ReplyDeleteMmg plan nak blogging sbb tu bawak lappy hehe. Aah, benefit jadi member dekat Le Classic Hair Studio ni dapat free hair treatment on birthday month. Actually ni first time dapat bday voucher dari Uniqlo. Rasanya tahun lepas takde 😄
Deleteberkenan juga tengok seluar jeans tu Carneyz..memang best pakai jenis baggy
ReplyDeleteSelalunya saya tak berkenan sangat baggy jeans sebab nampak pendek bila pakai. Tapi yg ni cantik je cutting dia. Lurveee sangat!
Deleterajinnya bawak laptop utk blogging walaupun tgh me time kat luar :D
ReplyDeletesaya suka kain linen sebab dia antara organic material. tpi kelemahan linen ni sebab jarang jela dan kain dia kedut seribu even after gosok hahaha
Haha sebab dah plan nak blogging kat luar mencari inspirasi la kononnya 😜
DeleteKann... linen lawa, structured look tapi kain dia kurang sedap dan paling annoying cepat berkedut seribu hehe
ada masa memang nk keluar sorang2, sebab nk tengok orang, tapi tak nak cakap dengan orang.. hahaha...
ReplyDeletetapi, linda rasanya memang suka keluar sorang2 kot, sebab ikut sukahati je nak pergi mana, buat apa...hahaha
ye Linda, tulah tujuan keluar sorang2 tu haha. Saya pun suka keluar sorang2 dari ramai2 melainkan mmg dah plan nak jumpa seseorang atau masa bercuti dgn orang lain.
DeleteWow, free ye. Ingatkan just dapat discount. Terbaiklah saloon tu..
ReplyDeleteThe jeans tu lawa sis
Free sis, i loike hehe!
DeleteKan? Saya berkenan betul bila nampak kat IG. Tapi masa kat Jakarta cari tak jumpa kedainya. Kena order online. Tu yg mintak tolong Fanny belikan nanti nak bayar tapi dia kata nak bagi hadiah birthday pulak 😅
syok tu dpt free treatment rambut semepna birthday...mmg best me time tp tkde la bawa laptop
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok lagi2 sbb free hihi. Ni me-time merangkap nak update blog tapi nak buat kerja kat kafe hehe.
Deletebestnya buat hair treatment...lega rasanya...birthday treat!
ReplyDeleteAlhamdulillah ringan rasa kepala lepas treatment. Part paling best FOC tu hehe
DeleteWah best free hair treatment. Memang kena me time ni kan.
ReplyDeleteItulah, best dapat free hair treatment sempena birthday hihi
DeleteHahaha kita dah lama x me time... rindu gak nak sosial sengsorang... tp tiap kali pun ada je mende nak buat haha
ReplyDeleteSelagi ada Uyum takde can la Nina nak me-time 🤣
DeleteCantik la seluar tu. Besnya me time waktu office hour tak ramai orang.
ReplyDeleteItulah terus berkenan bila nampak kat IG 😄.
DeleteBest, parking senang, nak jalan2 pun mall lengang je hihi
Aiiiih best sangaaat dapat free hair treatment. Kalau di sini rata2 hanya diskount saat birthday 😅😅.
ReplyDeleteJaditbertarik pula beli Jenas itu 😄. Dah lamaaaa saya tak pakai jeans sebenarnya. Lebih karena berat hahahaha. Tapi kalau cuttingnya jatuh saya suka.
Itulah saya pun tak sangka free treatment. Selalunya dapat birthday diskaun 😅
DeleteTak menyesal pilih jeans ni memang cantik sangat cutting nya sesuai dengan bentuk badan saya 😊 terima kasih Fanny hadiahkan kepada saya 🥰
Me time nih saya pun seriiiiing. Tp memang me time saya cendrung harus berkumpul dengan teman2. Ntah traveling dengan travelmate , yg begitu2 lah.
ReplyDeleteKalau sendiri, biasanya cukup nonton Drakor di kamar, tutup pintu, hidupkan AC, bilang anak2 jangan ganggu mami sampe jam berapa 😄.
Saya me-time mmg mau sendirian aja. Kalau keluar dengan teman2 juga suka cuma itu saya lebih anggap sebagai masa sosial bukan me-time 😅 Waktu me-time saya ialah waktu saya recharge social energy saya kerana saya lebih cenderung personaliti introvert dari extrovert sebenarnya 🤭
DeleteSis harini nak me time.. nak buat kuku, syampoo rambut dan nak makan steak hahahahaha
ReplyDeleteEnjoy! Macam nak buat kuku jugak tapi lately ni kuku asyik patah je sbb tak cukup zat kot huhu
DeleteHahaha seketul Gemini memang macam tu ye, Carneyz! Ada masa suka berhu-ha, tapi bila sampai masa nak 'recharge energy', memang nak menyendiri betul. Betul sangat tu, dah umur 40-an ni tak payah pening nak faham diri sendiri sangat, terima je seadanya. Yang penting me time jalan...kita enjoy!!!
ReplyDeleteKita kan dual personaliti hihi. Tapi bukan bipolar ye 🤣 Betul tu SA, yang penting me time jalan dan enjoy cara kita 🥰
Deletedetox hair treatment tu dia ada scan kulit kepala sekali x sebelum buat?
ReplyDeleteme time sy dpt mkn kek sepotong dan teh tarik secawan pun dah rasa bahagia da hehehe
Tak pun. Sebenarnya cuci rambut je hihi. Tapi lepas tu kulit kepala rasa sejuk dan ringan je ☺️
DeleteYe, me time suka pamper diri-sendiri, makan dan shopping (kalau ada duit lebih hihi)
Bestnya manjakan diri dengan masa anda Me Time..so don't disturb mybe ..hehe
ReplyDeleteMe time mmg masa terluang untuk diri-sendiri tanpa ada orang lain di sisi hehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .