Me Time Kali Ketiga

Agaknya ada tak orang yang macam aku ni ye? Bila dah kerap berhu-ha (berjimba) dengan kawan-kawan, mesti nak recharge energy ber 'me time' sorang-sorang 😜. Iye, seketul Gemini yang setengah personalitinya suka bersosial dan setengah personaliti lagi suka menyendiri. Yihh. Kekadang tak faham diri-sendiri tapi dah lepas 40an ni, malas nak faham dah hahaha! Terimalah diri-sendiri seadanya 🤪.

Minggu lepas aku terasa nak ber 'me time' lagi. Macam biasa, tempat 'me time' aku tak jauh dari rumah i.e. di Sunway Putra Mall (SPM). Kali terakhir keluar 'me time' bulan April. Eh, dah jadi setiap 2 bulan aku keluar 'me time' rupa-rupanya 🤔.

Selepas hantar Khadeeja ke sekolah, aku terus drive ke SPM. Ada appointment buat detox hair treatment dekat Le Classic Hair Studio.

Syok jugak buat treatment ni, rasa ringan dan sejuk je kepala lepas tu. Normal price RM148 tapi dapat free sempena birthday month ✌🏻.


Le Classic Hair Studio
Melangkah keluar dengan confident selepas buat treatment percuma 🤭

Lepas tu aku masuk Uniqlo pulak. Nak cari blouse untuk diri-sendiri dan pakaian dalam untuk anak-anak. Tertarik dengan linen shirt dan rayon shirt ni. Jadi try la dua-dua. Anywayyyy, Fanny thank youuuu suka sangat dengan seluar jeans yang dia beli kat Jakarta dan hadiahkan ni 😍. Actually aku silap pilih saiz masa dia tanya, longgar sikit jadi kena pakai tali pinggang tapi kain jeans ni terletak elok je. Walaupun baggy, tapi ada slimming effect gitu 😜. Lurveeee sangat! 🫶🏻.


Uniqlo
Jujurnya, kain linen lebih structured dan cutting cantik dari rayon tapi rayon lebih sejuk dan nyaman dipakai dalam cuaca kat Malaysia yang panas sekarang ni. Jadi akhirnya aku pilih rayon shirt tapi ambik warna hitam sebab senang nak matching dengan jeans/seluar/skirt yang ada.

Uniqlo
Alhamdulillah ada birthday voucher jugak, jadi marilah kita guna 🤭

Dah setel shopping baju, singgah di Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) makan tengahari dan lepak sambil minum kopi dan blogging. Since aku baru je register jadi member di apps CBTL ni, ada welcome drink buy 1 free 1. Aku dah siap-siap bawa tumbler dari rumah jadi aku mintak staff CBTL isi minuman free tu dalam tumbler untuk diminum di rumah.


myCBTL
Memandangkan aku mengopi sorang-sorang je jadi minuman yang free tu aku bawak balik minum kat rumah je

The Ultimate Mocha Ice Blended
Kali ni aku pesan chicken lasagna dan minuman pulak aku pilih The Ultimate Mocha Ice Blended


blogging
Lepas makan, bukak blog reply komen lepas tu buat draft entry baru

Dah setel satu blog entry, moh ler balik. Sesekali keluar 'me time' ni seronok jugak. Dapat jumpa orang tapi tak payah bersembang. Tengok je kihkih.

Korang suka tak 'me time'? Apa aktiviti 'me time' yang korang suka?

Post a Comment

32 Comments

  1. me time memang lah sgt best!! u siap bwk lappy lah yer bila kuar me-time tu!! bestnya dpt foc hair treatment tu!!! i uniqlo ada bday voucher yer..i tak tahu pun hahahaha kena tunggu bday thn dpn la plakkkk kena mark awal2 bday voucher apa yg worth it to redeem ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg plan nak blogging sbb tu bawak lappy hehe. Aah, benefit jadi member dekat Le Classic Hair Studio ni dapat free hair treatment on birthday month. Actually ni first time dapat bday voucher dari Uniqlo. Rasanya tahun lepas takde 😄

      Delete
  2. berkenan juga tengok seluar jeans tu Carneyz..memang best pakai jenis baggy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya saya tak berkenan sangat baggy jeans sebab nampak pendek bila pakai. Tapi yg ni cantik je cutting dia. Lurveee sangat!

      Delete
  3. rajinnya bawak laptop utk blogging walaupun tgh me time kat luar :D
    saya suka kain linen sebab dia antara organic material. tpi kelemahan linen ni sebab jarang jela dan kain dia kedut seribu even after gosok hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sebab dah plan nak blogging kat luar mencari inspirasi la kononnya 😜

      Kann... linen lawa, structured look tapi kain dia kurang sedap dan paling annoying cepat berkedut seribu hehe

      Delete
  4. ada masa memang nk keluar sorang2, sebab nk tengok orang, tapi tak nak cakap dengan orang.. hahaha...
    tapi, linda rasanya memang suka keluar sorang2 kot, sebab ikut sukahati je nak pergi mana, buat apa...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Linda, tulah tujuan keluar sorang2 tu haha. Saya pun suka keluar sorang2 dari ramai2 melainkan mmg dah plan nak jumpa seseorang atau masa bercuti dgn orang lain.

      Delete
  5. Wow, free ye. Ingatkan just dapat discount. Terbaiklah saloon tu..
    The jeans tu lawa sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Free sis, i loike hehe!

      Kan? Saya berkenan betul bila nampak kat IG. Tapi masa kat Jakarta cari tak jumpa kedainya. Kena order online. Tu yg mintak tolong Fanny belikan nanti nak bayar tapi dia kata nak bagi hadiah birthday pulak 😅

      Delete
  6. syok tu dpt free treatment rambut semepna birthday...mmg best me time tp tkde la bawa laptop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, seronok lagi2 sbb free hihi. Ni me-time merangkap nak update blog tapi nak buat kerja kat kafe hehe.

      Delete
  7. bestnya buat hair treatment...lega rasanya...birthday treat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ringan rasa kepala lepas treatment. Part paling best FOC tu hehe

      Delete
  8. Wah best free hair treatment. Memang kena me time ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, best dapat free hair treatment sempena birthday hihi

      Delete
  9. Hahaha kita dah lama x me time... rindu gak nak sosial sengsorang... tp tiap kali pun ada je mende nak buat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi ada Uyum takde can la Nina nak me-time 🤣

      Delete
  10. Cantik la seluar tu. Besnya me time waktu office hour tak ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah terus berkenan bila nampak kat IG 😄.

      Best, parking senang, nak jalan2 pun mall lengang je hihi

      Delete
  11. Aiiiih best sangaaat dapat free hair treatment. Kalau di sini rata2 hanya diskount saat birthday 😅😅.

    Jaditbertarik pula beli Jenas itu 😄. Dah lamaaaa saya tak pakai jeans sebenarnya. Lebih karena berat hahahaha. Tapi kalau cuttingnya jatuh saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya pun tak sangka free treatment. Selalunya dapat birthday diskaun 😅

      Tak menyesal pilih jeans ni memang cantik sangat cutting nya sesuai dengan bentuk badan saya 😊 terima kasih Fanny hadiahkan kepada saya 🥰

      Delete
  12. Me time nih saya pun seriiiiing. Tp memang me time saya cendrung harus berkumpul dengan teman2. Ntah traveling dengan travelmate , yg begitu2 lah.

    Kalau sendiri, biasanya cukup nonton Drakor di kamar, tutup pintu, hidupkan AC, bilang anak2 jangan ganggu mami sampe jam berapa 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya me-time mmg mau sendirian aja. Kalau keluar dengan teman2 juga suka cuma itu saya lebih anggap sebagai masa sosial bukan me-time 😅 Waktu me-time saya ialah waktu saya recharge social energy saya kerana saya lebih cenderung personaliti introvert dari extrovert sebenarnya 🤭

      Delete
  13. Sis harini nak me time.. nak buat kuku, syampoo rambut dan nak makan steak hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjoy! Macam nak buat kuku jugak tapi lately ni kuku asyik patah je sbb tak cukup zat kot huhu

      Delete
  14. Hahaha seketul Gemini memang macam tu ye, Carneyz! Ada masa suka berhu-ha, tapi bila sampai masa nak 'recharge energy', memang nak menyendiri betul. Betul sangat tu, dah umur 40-an ni tak payah pening nak faham diri sendiri sangat, terima je seadanya. Yang penting me time jalan...kita enjoy!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kan dual personaliti hihi. Tapi bukan bipolar ye 🤣 Betul tu SA, yang penting me time jalan dan enjoy cara kita 🥰

      Delete
  15. detox hair treatment tu dia ada scan kulit kepala sekali x sebelum buat?

    me time sy dpt mkn kek sepotong dan teh tarik secawan pun dah rasa bahagia da hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pun. Sebenarnya cuci rambut je hihi. Tapi lepas tu kulit kepala rasa sejuk dan ringan je ☺️

      Ye, me time suka pamper diri-sendiri, makan dan shopping (kalau ada duit lebih hihi)

      Delete
  16. Bestnya manjakan diri dengan masa anda Me Time..so don't disturb mybe ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me time mmg masa terluang untuk diri-sendiri tanpa ada orang lain di sisi hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .