Dating Dengan Mama Zharfan di Cafe Chef Wan @ KL East Mall

Salam Khamis semua,

Semalam aku ajak someone keluar dating waktu lunch. Siapakah? Jeng... jeng... jeng!

.

..

....

It's Dr. Suzi @ Mama Zharfan! 😃

Alhamdulillah, ni kali ketiga jumpa dengan MZ. Aku ajak keluar lunch sesama sebab aku nak bagi hadiah top commentator dekat dia. Kiteorang berjanji nak jumpa pukul 1 tengahari di Cafe Chef Wan @ KL East Mall lepas aku hantar Khadeeja ke sekolah.

Bila aku sampai 5 minit sebelum pukul 1 tengahari, rupa-rupanya MZ dah tunggu di luar restoran. Dia datang seorang je sebab Zharfan ada kelas katanya.


KL East Mall
Posing depan logo Chef Wan. Ye, ye aku tau nampak gemuk dah sekarang 😜 Ni semua salah Bandung! Eh, Jakarta! Eh! (salah diri-sendiri tak jaga makan huhu).

Lepas duduk je, teruslah aku hulur hadiah kat dia. Tapi... tapi.... tapi kannnn......

Gais, ni yang buat aku lemahhhh tau dengan kawan-kawan blogger sekalian, sebab rata-rata yang aku jumpa semuanya pemurah dan baik-baik belaka. Niat aku ajak jumpa nak bagi hadiah top commentator dekat MZ, sekali MZ pun bawak hadiah jugak untuk aku! 🤣 Pastu hadiah dah la sama dengan apa yang aku beri kat dia hahaha! Adeh, ni siapa top commentator sebenarnya? 😅 Terima kasih banyak-banyak MZ, semoga dimurahkan rezeki MZ sekeluarga, Ameen YRA 🤲🏻.

Dah bertukar hadiah tu, kiteorang pun terus order makanan. Untuk starter, kiteorang kongsi cucur udang yang famous tu. MZ recommend aku cuba mee rebus Cik Ani. Dia pulak pesan laksa Johor. Untuk minuman, aku pilih blue lychee dream dan MZ pulak pilih asam boi pineapple.

Ni la makanan yang kiteorang pilih tadi:


Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Cucur udang Chef Wan - besar jugak udangnya dan paling penting dah siap kopek! Cucurnya rangup di luar tapi lembut di dalam. Makan pulak dengan kuah sate dan sos cili homemade yang padu. OK, memang patut ramai orang suka cucur udang kat sini.

Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Blue lychee dream - blue lagoon syrup dengan lychee fruit mix dicampur dengan air kelapa dan perahan limau. Dalamnya ada jeli lychee dan daun mint. OK la sedap la jugak tapi kalau tambah sparkling water mungkin lebih segar rasanya. Yang sebelahnya tu ialah asam boi pineapple. MZ kata sedap.

Main course kami. Portion nya besar ok. Terbeliak mata tengok mangkuk mee rebus ni sama besar dengan muka aku! 🤣 Nasib baik aku tengah lapar sebab breakfast awal pagi (hari ni breakfast kat rumah je so macam biasa, buat telur separuh masak 2 biji dengan roti sapu mentega).


Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Mee rebus Cik Ani - legit sedap. Kuahnya tak terlalu pekat dan tak terlalu cair, ada rasa manis-manis sikit. Daging rebusnya empuk dan tekstur mee kuning tu pulak kenyal. Overall, menu yang aku boleh repeat lain kali kalau ke sini lagi.


Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Laksa Johor - aku cuma boleh komen presentation je la. Nampak menarik sebab garnishing semua cukup lengkap. 

Aku pernah makan laksa Johor Chef Wan di KLIA dan di IOI Putrajaya, bagi aku dua-dua kuahnya agak cair. Tapi MZ kata kuah laksa Johor kat sini tak cair. Jadi mungkin lain kali boleh cuba laksa Johor di cawangan KL East Mall pulak.


Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Tak sah kalau berjumpa dan tak ambik gambar bersama kan? 😅

TQ MZ, sudi meluangkan masa dating dengan I hari ni. Seronok berborak sambil makan dengan MZ, macam-macam topik yang keluar especially topik family dan travel. Tau-tau dah pukul 2.30 petang dan dia kena rush ambik Arif (anak no. 2) di sekolah. Aku saja la pilih outfit pinkish hari ni sebab MZ ni peminat pink.

Anyway, ni la hadiah yang MZ bagi kat aku (dah terbalik kan, aku pulak yang dapat hadiah 😜). Lurveee pewangi dari Lovely Lace (MZ ni macam BFF dia Sis Ezna, suka bauan Lovely Lace!) dan this cute wooden tulip warna purple, my favourite colour 😍. Jauh datang dari Keukenhoff tu, dengan paperbag lagi. And of course, thank you for hadiah telekung travel in purple jugak hihi. Hopefully MZ pun suka hadiah yang aku bagi kat dia 🫶🏻.


telekungtea
Lovely gifts dari MZ 🥰

keukenhoff
Letak dalam kabinet display di bilik study

Nota kaki: Alhamdulillah atas rezeki sahabat-sahabat yang baik 🥰.

Post a Comment

43 Comments

  1. merai top komentar..sama2 plak dpt adiah ye telekung tea....suka laksa johor kt chefwan...cucur tu pn sedap tp mkn berdua aritu tk abis juga sbb menu utama portion besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak habis kiteorg makan cucur tu sebab portion besar. Nak menghabiskan menu utama pun kena menggagahkan diri sebab portion besar hihi

      Delete
  2. i semlm tak bukak lappy, so pagi ni bangun awal terus publish entry hahah semangat gitu. tq tau for all the gifts, love them so much!! i dh guna shower gel rituals tu pg ni...made in netherlands tuuu...patutlah botolnya corak mcm sama dgn my tumbler yg i beli kat amsterdam (themed biru putih)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, cantik kan botol shower gel tu? Shower gel tu one pump is enough for whole body tau, sebab gel dia rich sangat. Bau pun semerbak dan lasting je.

      Delete
  3. Alhamdulillah
    Seronok tgk ikatan ukhwah yg terjalin rakan2 blogger ni
    Murah rezeki hendaknya semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga murah rezeki kawan2 blogger saya semuanya 🤲🏻 😊

      Delete
  4. Syukur alhamdulillah, Bila memberi dapat pulak rezeki dari penerima. Sama2 berkongsi rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat kawan-kawan blogger yang suka berkongsi rezeki ni 😄

      Delete
  5. Alhamdulillah..masing2 dapat hadiahhh... Seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak sangka kita pun dapat hadiah sekali hihi

      Delete
  6. Rezeki masing² dapat hadiah alhamdulillah, PH tumpang happy 👍🏻
    Cantik la wooden tulip tu, mmg bermakna hadiah tu, all the way from Keukenhoff.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cantik kan tulip tu? Warna purple tu my favourite 😻

      Delete
  7. kuat telepathy berdua...sama pulak hadiahnya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, terkejut tengok MZ pun bagi hadiah yg sama 🤣 Alhamdulillah

      Delete
  8. Comelnya momen tukar-tukar hadiah ni! Seronok tengok persahabatan blogger, makan sedap dan borak rancak. Cucur udang dan mee rebus tu memang nampak menggoda sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki dapat kawan2 blogger yg baik hati semuanya. Makanan kat Cafe Chef Wan ni memang sedap dan portion pun besar 👍🏻

      Delete
  9. Rezeki. Dalam nak bagi orang hadiah, diri sendiri pun dapat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya pun tak sangka MZ bawak hadiah jugak hari tu hihi.

      Delete
  10. Seronok membaca...bab pemurah tu mmg betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, MZ ni memang pemurah orangnya. Untung jadi kawan dia 😄

      Delete
  11. Waaah... duo blogger paling seronok niii :D Akhirnya bersua juga yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sebenarnya sudah kali ketiga berjumpa dengan MZ 😄 Tapi ini baru pertama kali jumpa berdua aja. Sebelum ni ada orang lain jugak.

      Delete
  12. Nih macam mana nak diet, bulan depan dah ke JKT - BDG lagiii 🤣🤣🤣.

    Hahahahahah, sama2 kasih hadiah lah yaa 😅.

    Chef wan yg saya coba baru yg di KLIA. Karena petite JD menu pun terbatas. Tak ada si bakwan udang itu.

    Makanya nanti di KL lah saya nak ke restonya juga, pesan bakwan udang. Penasaran.

    Cantik2 hadiahnyaaa 😍😍. Telekung travel tuh packagingnya maniiiiis sangaaat 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, saya dah give up! 🤣 diet selepas pulang Jakarta-Bandung aja jawabnya hihi.

      Ya, harus ke sini Fann! Makanannya memang sedap2 dan portion pun besar.

      Delete
  13. Tersama pulak hadiah ye. Bestnya dapat borak2 makan2 dengan geng Blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Cie hahaha! Tak sangka sungguh MZ 'pulangkan' hadiah saya 🤣 Alhamdulillah, jarang2 dapat jumpa ambik kesempatan dan alasan nak bagi hadiah top komentator utk ajak dia dating hihi

      Delete
  14. Wah, dua blogger Malaysia bertemu mesra di Restoran Cheff Wan..alhamdulillah, niat telah sempurna dengan acara makan ya blogger Carneyz.Tahniah..dapat sentuhan motivasi selepas baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki dapat berjumpa & makan2 dgn Dr Suzi 😄

      Delete
  15. Ek hadiah betul-betul sama atau daripada jenama yang sama?
    Hehe alhamdulillah rezeki dapat hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna je lain2 hehe. Alhamdulillah, dapat kawan blogger yg pemurah macam MZ 😊

      Delete
  16. Indahnya persahabatan dari alam maya kan...seronok macamni...diraikan dan meraikan...tahun depan insyaallah nak buat cenggini gak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru balik dari jumpa anies kat Nu Sentral. Mula2 igt nak ajak SA sekali tapi serba-salah sbb waktu office hour kan. Insha Allah nanti cari masa kita breakfast sama2 😄

      Delete
  17. Sis pun lom try lagi makan di Chef Wan ni.. nanti laa ke KL nanti
    Nak jugalah try telekung tea camtu.. selalu beli SK aja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak dapat slot Rembayung kita gi Chef Wan ye 😜 dekat Linc KL tu ada restoran Chef Wan jugak.

      Delete
  18. alhamdulillah... jumpa, makan makan borak borak
    kalau tak ada urusan tu kompem boleh lajak 2-3 jam hehehe

    ReplyDelete
  19. ahahaaa suka part hadiah tu. ia macam auto tau. auto nak share bg jadi memori. bestkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh tu la... lenkali kita post je la hadiahnya 😜 segan pulak kita yg nak bagi hadiah tapi kita pulak dapat hadiah sekali hihi

      Delete
  20. Cafe Chef Wan estetik sekali. Saya lihat mie kuah jadi seperti ramen ya? Itu pedas atau tidak, Kak Carneyz?

    Pertama tahu chef Wan dari Upin Ipin dan ternyata sang chef popular sekali yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini mi kuning, tak sama dgn ramen 😅 rasanya gurih dan manis, pedas sikit dari serbuk kari barangkali tapi cuma di hujung2 lidah aja.

      Delete
  21. geng2 blogger memang pemurah, selalu berbagi hadiah. sedapnya tengok cucur udang tu. teringin sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg rata2 blogger yg akak kenal baik2 dan pemurah 🥰 cucur udang tu rangup di luar tapi lembut di dalam. Sedap!

      Delete
  22. Alhamdulillah rezeki berdua, tumpang seronok 🥰🥰🥰
    Belum pun sampai tempat Chef Wan ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .