Salam Khamis semua,
Semalam aku ajak someone keluar dating waktu lunch. Siapakah? Jeng... jeng... jeng!
.
..
....
It's Dr. Suzi @ Mama Zharfan! 😃
Alhamdulillah, ni kali ketiga jumpa dengan MZ. Aku ajak keluar lunch sesama sebab aku nak bagi hadiah top commentator dekat dia. Kiteorang berjanji nak jumpa pukul 1 tengahari di Cafe Chef Wan @ KL East Mall lepas aku hantar Khadeeja ke sekolah.
Bila aku sampai 5 minit sebelum pukul 1 tengahari, rupa-rupanya MZ dah tunggu di luar restoran. Dia datang seorang je sebab Zharfan ada kelas katanya.
![]() |
| Posing depan logo Chef Wan. Ye, ye aku tau nampak gemuk dah sekarang 😜 Ni semua salah Bandung! Eh, Jakarta! Eh! (salah diri-sendiri tak jaga makan huhu). |
Lepas duduk je, teruslah aku hulur hadiah kat dia. Tapi... tapi.... tapi kannnn......
Gais, ni yang buat aku lemahhhh tau dengan kawan-kawan blogger sekalian, sebab rata-rata yang aku jumpa semuanya pemurah dan baik-baik belaka. Niat aku ajak jumpa nak bagi hadiah top commentator dekat MZ, sekali MZ pun bawak hadiah jugak untuk aku! 🤣 Pastu hadiah dah la sama dengan apa yang aku beri kat dia hahaha! Adeh, ni siapa top commentator sebenarnya? 😅 Terima kasih banyak-banyak MZ, semoga dimurahkan rezeki MZ sekeluarga, Ameen YRA 🤲🏻.
Dah bertukar hadiah tu, kiteorang pun terus order makanan. Untuk starter, kiteorang kongsi cucur udang yang famous tu. MZ recommend aku cuba mee rebus Cik Ani. Dia pulak pesan laksa Johor. Untuk minuman, aku pilih blue lychee dream dan MZ pulak pilih asam boi pineapple.
Ni la makanan yang kiteorang pilih tadi:
Main course kami. Portion nya besar ok. Terbeliak mata tengok mangkuk mee rebus ni sama besar dengan muka aku! 🤣 Nasib baik aku tengah lapar sebab breakfast awal pagi (hari ni breakfast kat rumah je so macam biasa, buat telur separuh masak 2 biji dengan roti sapu mentega).
![]() |
| Laksa Johor - aku cuma boleh komen presentation je la. Nampak menarik sebab garnishing semua cukup lengkap. |
Aku pernah makan laksa Johor Chef Wan di KLIA dan di IOI Putrajaya, bagi aku dua-dua kuahnya agak cair. Tapi MZ kata kuah laksa Johor kat sini tak cair. Jadi mungkin lain kali boleh cuba laksa Johor di cawangan KL East Mall pulak.
![]() |
| Tak sah kalau berjumpa dan tak ambik gambar bersama kan? 😅 |
TQ MZ, sudi meluangkan masa dating dengan I hari ni. Seronok berborak sambil makan dengan MZ, macam-macam topik yang keluar especially topik family dan travel. Tau-tau dah pukul 2.30 petang dan dia kena rush ambik Arif (anak no. 2) di sekolah. Aku saja la pilih outfit pinkish hari ni sebab MZ ni peminat pink.
Anyway, ni la hadiah yang MZ bagi kat aku (dah terbalik kan, aku pulak yang dapat hadiah 😜). Lurveee pewangi dari Lovely Lace (MZ ni macam BFF dia Sis Ezna, suka bauan Lovely Lace!) dan this cute wooden tulip warna purple, my favourite colour 😍. Jauh datang dari Keukenhoff tu, dengan paperbag lagi. And of course, thank you for hadiah telekung travel in purple jugak hihi. Hopefully MZ pun suka hadiah yang aku bagi kat dia 🫶🏻.
![]() |
| Lovely gifts dari MZ 🥰 |
![]() |
| Letak dalam kabinet display di bilik study |
Nota kaki: Alhamdulillah atas rezeki sahabat-sahabat yang baik 🥰.








4 Comments
merai top komentar..sama2 plak dpt adiah ye telekung tea....suka laksa johor kt chefwan...cucur tu pn sedap tp mkn berdua aritu tk abis juga sbb menu utama portion besar
ReplyDeletei semlm tak bukak lappy, so pagi ni bangun awal terus publish entry hahah semangat gitu. tq tau for all the gifts, love them so much!! i dh guna shower gel rituals tu pg ni...made in netherlands tuuu...patutlah botolnya corak mcm sama dgn my tumbler yg i beli kat amsterdam (themed biru putih)
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSeronok tgk ikatan ukhwah yg terjalin rakan2 blogger ni
Murah rezeki hendaknya semua
Syukur alhamdulillah, Bila memberi dapat pulak rezeki dari penerima. Sama2 berkongsi rezeki.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .