Korang mesti selalu beli barang lepas tu dapat beg kertas kan? Macam aku, kat rumah ni dah bertimbun beg kertas dalam kabinet. Tahun lepas masa mengemas kabinet, aku asingkan beg kertas yang lawa dengan beg kertas warna coklat yang kosong tu je. Yang lawa tu aku simpan buat letak hadiah kat orang ke, atau bekas nak hantar makanan kat jiran ke. Silapnya beg kertas warna coklat kosong tu aku buang sebab dah takde ruang nak simpan kat dalam kabinet huhu...
Sepatutnya beg kertas tu aku hantar ke klinik kesihatan untuk didermakan. Sebab kat KK tak bagi beg kertas macam kat hospital swasta, jadi beg kertas ni boleh la digunakan untuk bawak pulang ubat-ubatan pesakit yang lupa bawak beg kertas / beg guna semula.
![]() |
| Aku takde gambar dekat KK, jadi aku tunjuk gambar paperbag derma luar kedai alatulis di The Campus Ampang yang aku ambik tempoh hari |
Ni senarai tempat sekitar KL / Selangor yang korang boleh hantar beg kertas yang tak digunakan lagi untuk dikitar semula:
Stesen ReBag, Pavilion KL
![]() |
| Boleh tinggalkan beg kertas terpakai atau ambil beg di ReBag Station yang terletak di Aras 1 (berhadapan Food Merchant) (Kredit imej: Pavilion KL) |
Klinik Kesihatan Kerajaan (bahagian farmasi)
Boleh terus ke bahagian farmasi untuk menyerahkan beg kertas bersih yang tidak renyuk sebagai pengganti plastik ubat:
Terletak di PV 128, Danau Kota, pusat ini beroperasi sebagai komuniti derma dan pertukaran barang terpakai (Dibuka Sabtu hingga Rabu).
Kempen Bag It Forward
Kalau berdekatan kawasan Petaling Jaya, boleh letakkan beg di rak khas di 1RECYCLING CENTRE di 1Utama Shopping Centre:


26 Comments
Tq² for the info. Mmg simpan je selama ni for re-use bagi yg masih elok. Yg dah renyuk sll hantar ke recycling center dgn kertas²
ReplyDeleteSaya pun simpan jugak tapi bila dah banyak tak tau nak buat apa selama ni jadi mana yg plain je saya buang padahal masih elok lagi. Lepas ni dah boleh la derma dekat KK, sambil memberi sambil beramal
Deleteoh ada tmpt utk derma ye...yela bila kemas2 mmg byk paperbag kt umah..simpan dlm kotak tp bila dh byk semak plak haha
ReplyDeletebetul tu Kak Amy. Saya ni lagi la dok kondo mmg takde byk ruang nak simpan beg2 tak dipakai. Ada inisiatif macam ni bagus dapat jaga alam sekitar dan beramal pada masa yg sama
Deletebagus juga macm ni, linda sellau kumpul kalau jumpa dekat bilik doktor yang dah keluar, kadang2 elok lagi.. bawa la dalam pejabat.. boleh juga buat guna2.. hihihi
ReplyDeleteYa Linda, mmg bagus ada inisiatif ni sbb nak buang sayang masih elok lagi tapi tak dipakai sbb byk sgt dah terkumpul dlm kabinet ni
DeleteBagus juga inisiatif macam ni. Boleh clear kan juga paper bag kat rumah ni.
ReplyDeleteBetul Sis Ezna. Kak Retna ada sebut kat Cyberjaya ada tempat reuse paper bag ni. Boleh la tinggalkan kat situ
DeleteOo bagusni.. kat JB ni tak silap ada di Toppen.. tak tau laa masih ada atau takde dah.. nanti check balik, sebab banyak juga paper bag kat rumah ni haa, tapi semua yang lawa-lawa jerr laa tapi ...
ReplyDeleteSepatutnya semua shopping mall buat benda ni. Kadang2 kita pergi mall lupa nak bawak reusable bag, ada jugak beg yg kita boleh guna bawak balik barang2.
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeleteSama2.
Deletememang sgt byk laa bila dh kumpul2...tp some bags memang sayang sgt wpun tak tau bila nak reuse sendiri
ReplyDeleteBeg yg lawa2 tu i simpan je kat rumah, utk re-gift kat orang atau koleksi sendiri hihi.
DeleteMasa g cyberjaya aritu pun ada juga tmpt paper bag use ni...
ReplyDeleteTu la dl mmg slalu buang je sbb semak 😅😅 so pasni bole dermakan ye
Aah hantar je ke KK bahagian farmasi Kak Ret. Sambil clear kan almari sambil beramal kekdahnya
DeleteTeringin nak jejak kaki di Pavilion..semoga dapat ke sana pula
ReplyDeleteHari tu dah sampai Bukit Bintang tak ke Pavilion ke Cikgu?
DeleteThanks for sharing Carneyz. Banyak di rumah ni
ReplyDeleteBoleh Google rasanya kat Putrajaya / Cyberjaya mesti ada jugak tempat derma beg kertas ni Kak Mulan
Deleteooo ada juga ya program mcm ni
ReplyDeleteso far sy cuma tau fsl pengumpul beg kertas je ;-)
Haha, saya tau sbb gi The Campus Ampang nampak paperbag kat luar kedai alatulis kat sini. Bila Google rupa2nya banyak je tempat yg accept beg kertas terpakai ni terutama di KK
DeleteBaru tau ada program macamni. Memang berlambak beg kertas kt rumah sy. Hari tu masa kemas-kemas barang, dh buang separuh..Kalau tau ni boleh la letak kt situ. Tq for info.. lepas ni boleh drop kt situ.
ReplyDeleteSamalah, tahun lepas saya clear kan beg kertas yg plain tu semua saya buang. Kalau tau saya hantar ke KK utk org bawak balik ubat.
DeleteBaguuuuuus kalau ada yg begini. Saya blm lihat lagi di JKT ada klinik atau mall yg menyediakan tempat utk donasi paperbag tak terpakai. Nanti coba cari dulu.
ReplyDeleteAda tempat2 utk recycle, tp hrs dikirim ke tempat mereka yg mana jauuuh dari rumah saya. Trus pernah tanya kalau dijemput bisa tak? Nanti saya bayar ongkos transport nya tak apa. Trus jawaban dia, bisa saja dijemput oleh mereka, tp minimal berat 500kg.
Maksud nyaaaaaa????! 🤣🤣🤣🤣🤣🤣.
Dah jadi tempat pembuangan sampah rumah saya kalau ada 500kg hahahahahah
500kg? 😅 Ini seumur hidup pun belum tentu dapat kumpul kertas sebanyak itu 🤣
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .