Makan Tengahari di Rich Kopitiam

Ahad lepas kiteorang jalan-jalan ke Mid Valley, tapi kiteorang letak kereta di basement parking The Gardens. Dah alang-alang kat situ, kiteorang singgah makan tengahari di Rich Kopitiam.


The Gardens
Pemilik Rich Kopitiam ialah pengasas bersama restoran Papparich dengan beberapa rakan kongsi yang lain. Disebabkan dieorang berbeza visi perniagaan, dia pun jual share dia dalam Papparich dan membuka Rich Kopitiam pada tahun 2023

Jom tengok menu yang kiteorang pesan:


Rich Kopitiam
Aku pesan char kuey teow. Sedap, ada rasa wok hey (smoky). Kalau ada cili potong / cili jeruk mesti lebih sedap.

Rich Kopitiam
Khadeeja pesan sate ayam. Sate ni rasa macam isi ayam goreng berempah dengan rasa serai yang agak kuat. Rasa lengkuas agak kuat dalam kuah sate tu. Sate yang sampai tak serupa dalam gambar menu. Hmm.

Rich Kopitiam
Suami Terchenta dengan Khayla pulak pesan nasi ayam Hainan. Rasa halia dalam nasi ayam tu agak kuat, tapi rasanya nasi ayam Hainan di Oriental Kopi lebih kuat rasa halianya.


Rich Kopitiam
Longan cincau (kiri) dan cendol (kanan)

Sebenarnya aku pesan air longan cincau tapi Suami Terchenta tersalah catat nombor minuman jadi yang sampai ialah bandung cincau. Khadeeja pulak pesan minuman cendol. Bandung cincau tu rasanya agak pelik. Tak tau dieorg letak susu ke santan dalam air bandung tu.

Overall bagi aku so-so je la makanan kat sini. Takde yang wow sangat pun. Mungkin kena cuba makanan signature kat sini iaitu nasi lemak dan kopi ais. Aku bagi rating 6/10. Servis agak cepat walaupun pelanggan ramai dan full house masa kiteorang makan kat situ.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kalau saya suka rasa kuat halia.
    Hehe kalau saya tidak datang lagi kalau rasa tidak ikut tekak.

    ReplyDelete
  2. Ooo sama owner.. biasa kopitiam ni susah nak dapat sedap Karni.. Sis dan Suami kan rajin hunting kopitiam.. so far yang kami suka Tea Garden aja hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .