Makan Tengahari di Rich Kopitiam

Ahad lepas kiteorang jalan-jalan ke Mid Valley, tapi kiteorang letak kereta di basement parking The Gardens. Dah alang-alang kat situ, kiteorang singgah makan tengahari di Rich Kopitiam.


The Gardens
Pemilik Rich Kopitiam ialah pengasas bersama restoran Papparich dengan beberapa rakan kongsi yang lain. Disebabkan dieorang berbeza visi perniagaan, dia pun jual share dia dalam Papparich dan membuka Rich Kopitiam pada tahun 2023

Jom tengok menu yang kiteorang pesan:


Rich Kopitiam
Aku pesan char kuey teow. Sedap, ada rasa wok hey (smoky). Kalau ada cili potong / cili jeruk mesti lebih sedap.

Rich Kopitiam
Khadeeja pesan sate ayam. Sate ni rasa macam isi ayam goreng berempah dengan rasa serai yang agak kuat. Rasa lengkuas agak kuat dalam kuah sate tu. Sate yang sampai tak serupa dalam gambar menu. Hmm.

Rich Kopitiam
Suami Terchenta dengan Khayla pulak pesan nasi ayam Hainan. Rasa halia dalam nasi ayam tu agak kuat, tapi rasanya nasi ayam Hainan di Oriental Kopi lebih kuat rasa halianya.


Rich Kopitiam
Longan cincau (kiri) dan cendol (kanan)

Sebenarnya aku pesan air longan cincau tapi Suami Terchenta tersalah catat nombor minuman jadi yang sampai ialah bandung cincau. Khadeeja pulak pesan minuman cendol. Bandung cincau tu rasanya agak pelik. Tak tau dieorg letak susu ke santan dalam air bandung tu.

Overall bagi aku so-so je la makanan kat sini. Takde yang wow sangat pun. Mungkin kena cuba makanan signature kat sini iaitu nasi lemak dan kopi ais. Aku bagi rating 6/10. Servis agak cepat walaupun pelanggan ramai dan full house masa kiteorang makan kat situ.

Post a Comment

31 Comments

  1. Kalau saya suka rasa kuat halia.
    Hehe kalau saya tidak datang lagi kalau rasa tidak ikut tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak minat klu terlampau kuat aroma halia tu. Kalau datang lagi mungkin akan pesan hidangan lain pulak.

      Delete
  2. Ooo sama owner.. biasa kopitiam ni susah nak dapat sedap Karni.. Sis dan Suami kan rajin hunting kopitiam.. so far yang kami suka Tea Garden aja hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya owner yg sama Sislin. Tea Garden ok sedap nasi ayam hainan dia.

      Delete
    2. Tea Garden pun belum pernah masuk makan lagi.

      Delete
  3. Belum pernah jumpa Kopitiam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg terdekat dgn tempat akak rasanya ada satu cawangan di Cyberjaya.

      Delete
  4. ptt nama nya iras paparich..3 layer ngan kuehtiaw tu menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde pappa, tinggal rich je hehe. kuey teow tu sedap jugak la di tekak saya, ada rasa smoky.

      Delete
  5. Uish! Minum dalam jug terus! hehehehe

    ReplyDelete
  6. Unik betul sate ayamnya disajikan berdiri macam tu, hihihi.

    Minumannya segarrr betul. Sayang ratingnya kecil ya, mungkin tampak biasa je overall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kan, saya baru perasan jugak hehe. Bagi saya makanan di sini biasa-biasa aja. Minumannya juga so-so. Jadi rating nya sesuai menurut tekak saya hehe

      Delete
  7. oo i baru tahu, rich kopitiam ni asalnya paparich yer...kat prima gombak tu ada paparich, tp dh lama jugak kami tak singgah mkn2 kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, owner dia pengasas Papparich tapi lepas tu dia jual share Papparich bukak restoran sendiri nama Rich Kopitiam.

      Delete
  8. Tersilap pula tulis nombor . Nasib baik cincau ada juga.. hihi .. kuat sangat rasa halia, mau asyik buang angin je nanti . Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, merajuk sekejap sbb rasa sirap bandung tu tak sedap haha. Last2 dia tukar minuman dengan saya terus tak jadi merajuk hihi.

      Delete
  9. pappa dan rich dah tak sehaluan... comel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bukak bisnes dengan kawan2 lepas tu tak sehaluan. Dia bawak keluar nama Rich je hihi

      Delete
  10. Ternyata paparich ada di JKT. Tp tak pernah coba lah. Kalau pecahannya si Rich Kopitiam, blm masuk Indonesia.

    Cuma kaan, saya jarang ketemu Kopitiam yg masakannya banyak sedap. Biasanya menu berat B aja. Yg semacam roti, kopi, baru enak. Yg betul2 banyak menu sedap di Jakarta sendiri cuma Laoban Kopitiam.

    Ini bagi saya banyak menunya sedap.

    Tp Kopitiam lain yg udh saya coba, memang so so lah. Makanya saya agak malas makan di Kopitiam, kecuali dah tau rasanya enak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, saya juga rasanya belum ketemu kopitiam yang betul2 sedap di tekak saya. Baik Oriental Kopi, Papparich, Rich, Tea Garden semuanya biasa2 aja. Tapi Tea Garden itu bagi saya ranking paling atas sekali setakat ni 😄

      Delete
  11. Subahanallah, nampak sedap lazat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa2 je cikgu. CKT tu je yg sedap bagi saya.

      Delete
  12. Rindu Paparich...Selalu elpak makan kat situ..paparich dah xde kat Malaysia kan? ke masih ada certain outlet yang buka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi SA tapi tak cawangan dia tak sebanyak sblm Covid dulu.

      Delete
  13. pernah nampak kedai ni tapi sy macam ragu2 nak singgah
    bukan sebab halal atau tak
    tp sbb sedap ke tak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya... tepuk dada tanya selera hehe. Kalau dulu suka Papparich mungkin akan suka Rich Kopitiam ni jugak.

      Delete
  14. oohh kira macam adik beradik paparich la ye. belum pernah makan sini lagi.
    mesti menu2 dia pun hampir sama dgn paparich

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya dieorang bercerai pastu bukak cawangan baru hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .