Ahad lepas kiteorang jalan-jalan ke Mid Valley, tapi kiteorang letak kereta di basement parking The Gardens. Dah alang-alang kat situ, kiteorang singgah makan tengahari di Rich Kopitiam.
Jom tengok menu yang kiteorang pesan:
![]() |
| Aku pesan char kuey teow. Sedap, ada rasa wok hey (smoky). Kalau ada cili potong / cili jeruk mesti lebih sedap. |
![]() |
| Khadeeja pesan sate ayam. Sate ni rasa macam isi ayam goreng berempah dengan rasa serai yang agak kuat. Rasa lengkuas agak kuat dalam kuah sate tu. Sate yang sampai tak serupa dalam gambar menu. Hmm. |
![]() |
| Suami Terchenta dengan Khayla pulak pesan nasi ayam Hainan. Rasa halia dalam nasi ayam tu agak kuat, tapi rasanya nasi ayam Hainan di Oriental Kopi lebih kuat rasa halianya. |
![]() |
| Longan cincau (kiri) dan cendol (kanan) |
Sebenarnya aku pesan air longan cincau tapi Suami Terchenta tersalah catat nombor minuman jadi yang sampai ialah bandung cincau. Khadeeja pulak pesan minuman cendol. Bandung cincau tu rasanya agak pelik. Tak tau dieorg letak susu ke santan dalam air bandung tu.
Overall bagi aku so-so je la makanan kat sini. Takde yang wow sangat pun. Mungkin kena cuba makanan signature kat sini iaitu nasi lemak dan kopi ais. Aku bagi rating 6/10. Servis agak cepat walaupun pelanggan ramai dan full house masa kiteorang makan kat situ.





31 Comments
Kalau saya suka rasa kuat halia.
ReplyDeleteHehe kalau saya tidak datang lagi kalau rasa tidak ikut tekak.
Saya tak minat klu terlampau kuat aroma halia tu. Kalau datang lagi mungkin akan pesan hidangan lain pulak.
DeleteOoo sama owner.. biasa kopitiam ni susah nak dapat sedap Karni.. Sis dan Suami kan rajin hunting kopitiam.. so far yang kami suka Tea Garden aja hehehehe
ReplyDeleteYa owner yg sama Sislin. Tea Garden ok sedap nasi ayam hainan dia.
DeleteTea Garden pun belum pernah masuk makan lagi.
DeleteBelum pernah jumpa Kopitiam ni.
ReplyDeleteKalau yg terdekat dgn tempat akak rasanya ada satu cawangan di Cyberjaya.
Deleteptt nama nya iras paparich..3 layer ngan kuehtiaw tu menarik
ReplyDeleteTakde pappa, tinggal rich je hehe. kuey teow tu sedap jugak la di tekak saya, ada rasa smoky.
DeleteUish! Minum dalam jug terus! hehehehe
ReplyDeleteComel je kan gelas bentuk jug hehe
DeleteUnik betul sate ayamnya disajikan berdiri macam tu, hihihi.
ReplyDeleteMinumannya segarrr betul. Sayang ratingnya kecil ya, mungkin tampak biasa je overall.
Iya kan, saya baru perasan jugak hehe. Bagi saya makanan di sini biasa-biasa aja. Minumannya juga so-so. Jadi rating nya sesuai menurut tekak saya hehe
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteTerima kasih Wak.
Deleteoo i baru tahu, rich kopitiam ni asalnya paparich yer...kat prima gombak tu ada paparich, tp dh lama jugak kami tak singgah mkn2 kat situ
ReplyDeleteAah, owner dia pengasas Papparich tapi lepas tu dia jual share Papparich bukak restoran sendiri nama Rich Kopitiam.
DeleteTersilap pula tulis nombor . Nasib baik cincau ada juga.. hihi .. kuat sangat rasa halia, mau asyik buang angin je nanti . Hihihi
ReplyDeleteIya, merajuk sekejap sbb rasa sirap bandung tu tak sedap haha. Last2 dia tukar minuman dengan saya terus tak jadi merajuk hihi.
Deletepappa dan rich dah tak sehaluan... comel je
ReplyDeleteBila bukak bisnes dengan kawan2 lepas tu tak sehaluan. Dia bawak keluar nama Rich je hihi
DeleteTernyata paparich ada di JKT. Tp tak pernah coba lah. Kalau pecahannya si Rich Kopitiam, blm masuk Indonesia.
ReplyDeleteCuma kaan, saya jarang ketemu Kopitiam yg masakannya banyak sedap. Biasanya menu berat B aja. Yg semacam roti, kopi, baru enak. Yg betul2 banyak menu sedap di Jakarta sendiri cuma Laoban Kopitiam.
Ini bagi saya banyak menunya sedap.
Tp Kopitiam lain yg udh saya coba, memang so so lah. Makanya saya agak malas makan di Kopitiam, kecuali dah tau rasanya enak2.
Iya, saya juga rasanya belum ketemu kopitiam yang betul2 sedap di tekak saya. Baik Oriental Kopi, Papparich, Rich, Tea Garden semuanya biasa2 aja. Tapi Tea Garden itu bagi saya ranking paling atas sekali setakat ni 😄
DeleteSubahanallah, nampak sedap lazat..
ReplyDeleteBiasa2 je cikgu. CKT tu je yg sedap bagi saya.
DeleteRindu Paparich...Selalu elpak makan kat situ..paparich dah xde kat Malaysia kan? ke masih ada certain outlet yang buka?
ReplyDeleteAda lagi SA tapi tak cawangan dia tak sebanyak sblm Covid dulu.
Deletepernah nampak kedai ni tapi sy macam ragu2 nak singgah
ReplyDeletebukan sebab halal atau tak
tp sbb sedap ke tak hehehe
Jawapannya... tepuk dada tanya selera hehe. Kalau dulu suka Papparich mungkin akan suka Rich Kopitiam ni jugak.
Deleteoohh kira macam adik beradik paparich la ye. belum pernah makan sini lagi.
ReplyDeletemesti menu2 dia pun hampir sama dgn paparich
Kiranya dieorang bercerai pastu bukak cawangan baru hehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .