Breakfast Date dengan Bloggers Gombak

Kalau korang dah pergi blog Kak Retna, Mama Zharfan dan Puan Hazel, mesti korang dah tau siapa bloggers Gombak ni 🤭. Alkisahnya, aku dapat wassap dari MZ ajak join breakfast session di CBTL Sri Gombak. Eh, mestilah aku taknak melepaskan peluang berjumpa dengan rakan-rakan bloggers lagi-lagi la Linda sebab dia bakal berpindah ke negeri asalnya di Perak bulan depan. Ni kiranya baru first time nak jumpa Linda, dan lepas ni tak tau la akan berjumpa lagi ke tak 😅. Insha Allah kalau ada rezeki ke tempat dia di Perak, mungkin ada la kot. Kalau tak, kita teruskan bertegur-sapa di alam maya iaitu di blog masing-masing hihi.

Aku pun ajak Kak Retna jugak sebab aku tau Kak Retna ni rajin bertemu dengan geng bloggers. Actually dulu masa Fanny mula-mula sekali datang ke KL berjumpa kiteorang, Kak Retna yang ajak aku jumpa Fanny dan Farah masa tu. Dari situ la kiteorang mula rapat dengan Fanny sampai setiap kali dia di KL wajib la kiteorang berjumpa. Jadi mana tau lepas sesi pertemuan ni, kalau Kak Retna ke Perak jumpa Abin, mungkin dapat la lepak dengan Linda sekali kan, hehe.

Plan asal nak merempit ke Sri Gombak tapi memandangkan udara berjerebu yang agak teruk, hasrat merempit tu dibatalkan dan aku pun bawak kereta sambil berdoa ada la parking kat area yang susah nak cari parking tu hihi. Alhamdulillah, dapat jugak parking tak jauh dari Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL). Sampai je, terdengar suara Kak Ret panggil aku. Oh, dia pun baru sampai jugak dengan Uyum. Maka kiteorang pun berjalan sama-sama masuk ke CBTL. Dari jauh ternampak PH, MZ dan Linda. Kiteorang terus lambai dan berjalan menuju dieorang. Apa lagi, sesi bersalam-salaman bermula sambil bertanya khabar masing-masing 😄.

Kak Retna dan Uyum tak dapat stay lama memandangkan dieorang kena bergerak ke kampung lepas ambik adik Kak Retna iaitu mama Uyum di pusat dialisis. Jadi marilah kita ambik gambar untuk blog dulu 🤭:


CBTL Sri Gombak
Macam biasa, Kak Retna mintak Uyum tolong ambikkan gambar 😜 (kredit foto: Kak Retna)

Dah ambik gambar, masing-masing pergi order makanan dulu. Aku order chicken & cheese toastie dan Spanish latte dengan milk chocolate créme crown; Linda dan PH order set butter kaya toast dengan teh panas dan MZ pulak order aglio olio spaghetti.


CBTL Sri Gombak
Makanan aku dan Linda - chicken & cheese toastie dan set butter kaya toast dengan scrambled egg (rasanya)

CBTL Sri Gombak
Makanan MZ dan PH - aglio olio dengan butter kaya set dengan telur separuh masak


Sebelum Kak Retna gerak, dia sempat la bagi kiteorang buah tangan seorang satu. Actually, masing-masing bawak buah tangan untuk each other walaupun tak pakat pun 😅. Aku rasa sejak berjumpa Fanny, dah menjadi kebiasaan untuk kiteorang bawak buah tangan setiap kali berjumpa sesama bloggers! 🤣 Sebab setiap kali Fanny datang sini je mesti bawak oleh2 dari Jakarta jadi kiteorang pun akan bawak oleh-oleh untuk dia jugak. Dan kalau Fanny jumpa bloggers beramai-ramai, maka sesi tu bertukar menjadi sesi bertukar-tukar hadiah jugak 🤗. 

Sambil makan, sambil berborak. Walaupun masing-masing dari background yang berbeza (surirumah, lecturer, kakitangan kerajaan), tapi tak kekok nak berborak dengan dieorang ni. Lepas tu ada je topik yang buatkan kiteorang tergelak (kisah jodoh jumpa tepi jalan tu paling kelakar rasanya! 😂). 


Gombak bloggers
Pinjam gambar dari blog PH (kredit foto: Linda)

Tak terasa masa berlalu, tau-tau dah pukul 11.30 dan it's time to make a move sebab aku dah janji nak ke rumah adik di Putrajaya makan tengahari di sana.

Tapi walaupun dah bergerak keluar dari CBTL tu, tak terus balik ye sebab kiteorang semua nak tengok Baby T MZ lagi 🤣. Dah macam salesperson Tesla pulak MZ ni kena menjawab soalan-soalan tentang kereta EV kat tepi Baby T 😜.


Mama Zharfan
Memang gaya seorang lecturer ni! 🤣

End up 11.45 pagi baru la gerak. Seronok rasanya dapat berjumpa dengan kawan-kawan blogger ni, harap-harap lepas ni dapat la keluar lepak sama-sama lagi. Apapun, tahniah Linda berjaya dapat pertukaran tempat bertugas yang lebih dekat dengan suami dan anak-anak. Semoga lepas ni dah tak ber PJJ lagi la. Tapi salute dengan Linda, sebab dari awal-awal lagi dia dah ber PJJ. Aku PJJ 6 tahun pun dah rasa nak meroyan tau! 🤣 

Malam tu lepas balik dari rumah adik aku baru berkesempatan tengok buah tangan yang diberikan oleh geng bloggers Gombak. Macam-macam hadiah yang meriah! Yang pasti semuanya berguna dan sis suka! 😍 Tengkiu korang, semoga murah rezeki masing-masing ye 🤲🏻.


souvenirs
Alhamdulillah, terima kasih Linda, PH, MZ dan Kak Retna atas pemberian yang lumayan ni 🫶🏻

Nota kaki: Tak sabarnya nak jumpa Fanny Jumaat ni! 🤩

Post a Comment

38 Comments

  1. Semua dah up entry ni.. Linda Lambert sikit ye.. hihi..
    Apa pun, thanks juga sudi hadir, seronok dapat jumpa semua... Bunga kawat tu, tampal kat peti sejuk ye.. hihi..
    Ada rezeki, kita jumpa lagi..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bertugas di tempat baru ye Linda. Terima kasih bagi gift yg menarik! Bunga kawat tu dah selamat tampal atas peti sejuk, ralit mata Kiera si anak bulus tu tengok bunga kawat tu hehe

      Delete
  2. Hahaha pasni lena buat gathering besar²an plak la baru gempak 🤣🤣

    Tq karni invite kita join gathering kali ni. Kalau tak jumpa aritu ntah sampai bebila pun ssh nak bertentang mata. Silap² jumpa tepi jalan pun x kenal hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Team Putrajaya dah, team Gombak dah, team Jakarta dah. Team mana lagi kita nak terjah lepas ni ye Kak Ret? 🤭

      Delete
  3. Wahhh.. best eh gather-gather cmtok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, yalah part nok best bila blogging tok, dapat jumpa ramai kawan2 baru 😄

      Delete
  4. seronoknya..alhamdulillah, dpt gather2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kalau dekat boleh ajak MA join sekaki hehe

      Delete
  5. Syok gather2 ngan kwn2 alam maya... Sempat lg belek baby T ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik kesempatan kiteorg ni kak hehe. Alang2 dah kenal dengan owner BabyT kita berkenalan la sekali dengan Baby T tu jugak 🤭

      Delete
  6. Syukur Puan Linda dpt tukar ke Perak... Alhamdulillah bertambah ukhwah sesama geng blogger.. bab bawa buah tgn tu..dah jadi amalan mulia kan hihi.. tpi masa first time jumpa fanny tetiba dpt hadiah terus mcm kaku sbb dtg tgn kosong..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha samalah kita Afif 🤣 kali kedua jumpa dah tau dia jenis bawak buah tangan jadi bawak siap2 jugak buah tangan utk dia hihi

      Delete
  7. Aaa.. seronoknya geng Gombak ni bertemu ya. Ramai jugak tu geng Gombak, mesti riuh CB masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, takde la riuh mana. Tapi meriah la jugak 🤩

      Delete
  8. Seronok tengok geng blogger berkumpul 😃

    Oh, Fanny datang Malaysia esok Jumaat. Wah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dijemput sekali jumpa dgn Linda Kak Ujie. Lepas ni tak tau la bila dapat jumpa dia lagi 😄

      Delete
  9. Bestnya..fanny nak datang pula yer.. pasti lebih meriah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dapat jumpa geng2 blogger sbb bukan selalu dapat jumpa kan 😄

      Delete
  10. Wah! blogger Gombak. Rumah kita pun dalam daerah Gombak walaupun KLCC sepelaung jer...hehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area Taman Melati ke kak? Klu kak Fzy ada kat Gombak boleh la join sekali lain kali kan hehe

      Delete
  11. Meriah betul breakfast date geng bloggers Gombak kat CBTL kali ni. Walaupun sekejap je Retna sempat bertandang, tetap bermakna dapat bersua muka. Semoga ukhuwah korang terus berpanjangan dan selamat berseronok perjumpaan dengan Fanny esok!
    sampaikan salam kat Fanny ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah meriah sbb lama tak berjumpa, SA hehe. Tu la, dah sekali jalan jadi Kak Retna dapat la join sekejap.

      Delete
  12. ramai rupanya geng gombak ye...meriah
    kirim salam Fanny nanti ye Carneyz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dgn Kak Ret jiran geng gombak je, hehe. Sebab dekat dgn Gombak tu yg join sekali 🤭

      Delete
  13. Meriah ekk geng bloggers sana..
    Nanti datang KL, bolehlah kita buat mini gather ekk ramai0-ramai...
    Kimsalam Fanny tau.. rindunya nak travel sama kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... teringat gathering dgn geng bloggers msjbox dulu2 kan. Bila nak datang kl tu? 😜

      Delete
  14. Okay, saya dah baca ketiga-tiga blog tersebut. hihi...Dah boleh dah cop nama group tu. Seronok semua dapat jumpa sebelum Linda berpindah.
    KakRet memang rajin jumpa kawan-kawan blogger. Dah jadi kebiasaan pula bertukar-tukar hadiah tu kan. Happy masing-masing dapat hadiah.

    Wah Dr.sambung mengajar pasal baby T pulak ye. Eh Fanny datang sini lagi? Ke Carneyz ke Jakarta? Selamat bersua kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tengok Kak Ret bagi nickname bloggers Gombak kita pakai je la nama tu hihi.

      Delete
  15. Seronok dpt bersua sembang2 selalu kat blog je kan
    Kita pun daerah Gombak😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Cik Nur? Lain kali boleh la join sekali tu 😄

      Delete
  16. That's great.. it feels good meeting fellow bloggers Init? I haven't yet but hopefully someday 😀.. i have just being on this space consistently for 4 months. Carneyz, I wish you and your friends all the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is, we've been following each other's blogs for quite some time 😃

      Delete
  17. Haha baru teringat cerita jodoh tepi jalan tu :D
    Akk tak pernah PJJ tapi kena tinggal 2-3 minggu sbb husb outstation pun struggle ya amat dah :( Tapi as we said, semuanya diberi ikut kemampuan masing2.
    Yes, gaya lecturer sangat kan... sabar je la layan soalan2 kita. Lurvvv !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berjumpa memang terkeluar la cerita-cerita yg kita pun segan nak cerita kat blog kan hihi. Tapi seronok la jumpa dgn korang. Lain kali buat gathering bloggers Gombak jemput la lagi 🤭

      Delete
  18. Nampaknya pengaruh Fanny ni sangat kuat... dia telah meletakkan tanda aras yang tinggi.... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK la tu Uncle, bukan selalu pun dapat jumpa. Bila berjumpa, kita bertukar2 la buah tangan hihi

      Delete
  19. Replies
    1. Alhamdulillah seronok bila dapat gather2 macam ni 😃

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .