Lelaki vs Perempuan Bila Bersembang...

Kredit imej: Facebook


Semalam dalam perjalanan balik ke KL, untuk menghilangkan rasa mengantuk dan bosan, aku dan Suami Terchenta berborak tentang topik perbualan masa di rumah besan Kak R.

Aku: Apa yang abang borak dengan suami arwah A tadi?

Suami Terchenta: S tadi cerita dia tolong gali kubur, letak papan, letak batu penanda...

Aku: Oh ye ke. S kerja apa bang?

Suami Terchenta: Tak tau. Tak tanya.

Aku: S cerita tak wife dia meninggal macamana?

Suami Terchenta: Tak. Tak tanya jugak.

Aku (musykil): Abis tu, sembang lama-lama tadi tanya apa je?

Suami Terchenta: Borak pasal kubur. Awak tadi, sembang apa?

Aku: Kak R citer anak dia sakit apa. Anak nombor berapa. Dieorang kawen bila. Kenal masa bila. Kawen umur berapa. Ada anak ke tak. Pastu saya sembang dengan adik Kak R pulak. Dia kerja sama company dengan abang tau, tapi dia department ABC. Ofis dia level xx. Dia selalu deal dengan si polan dekat department abang tu sebab si polan tu buat sistem XYZ. Anak-anak dia yang ikut tadi tu anak sulung dengan nombor tiga. Ada lagi 2 orang tinggal kat KL tak ikut. Yang makcik dua orang tadi tu mak mertua adik Kak R dengan mak dia jugak. Blablabla...

Suami Terchenta (terkejut): Awak ni bersembang ke bukak kertas siasatan?

Aku (tergelak): Mana ada. Macam ni la orang perempuan bila bersembang. Memang semua tab kita bukak bang.


Kesimpulannya, lelaki bila bersembang sesama dieorang, straight to the point. Takde kona-kona. Jarang melibatkan / menyentuh emosi. Facts vs feelings. Maklumat yang dieorang tanya ialah untuk pengetahun dan kegunaan masa depan. Cara nak menguruskan kubur bila berlaku kematian contohnya.

Perempuan pulak bila bersembang, cuba mewujudkan hubungan emosi. Soalan-soalan yang ditanya nampak peribadi tapi sebenarnya sebab nak memahami kehidupan seseorang untuk lebih berempati. Kita bukan sesaja nak menyibuk tau, tapi kita nak kenal siapa orang yang kita jumpa supaya kita boleh ada hubungan emosi dengan orang tu. 

Bukanlah nak bandingkan style sembang mana yang lebih bagus tapi nak menunjukkan perbezaan yang ketara bila lelaki dan perempuan bersembang.

Patutlah orang kata men are from Mars, women are from Venus hihi.

Post a Comment

15 Comments

  1. Ha haaa ye betul tu
    Ye perempuan selalu tanya itu ini
    Lelaki
    Berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kadang2 tanya satu dua benda je tapi info yg dpt tu boleh penuh satu muka surat 🤭

      Delete
  2. Hehe terperinci Carneyz tanya. Saya macam tidak berani tanya secara mendalam kecuali orang itu yang luahkan. Lepas itu boleh tanya selanjutnya sebab dia dah buka jalan 😊.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tak tanya banyak mana pun, cuma bila org tu jawab keluar la maklumat2 lain jugak hehe. Contohnya saya tanya dekat adik Kak R - 2 orang ni anak akak ke? Lepas tu dia jawab la, ye anak sulung dgn anak no. 3. 2 orang lagi taknak ikut tinggal kat rumah dengan maid. Haa, so kita pun tau anak dia sebenarnya 4 orang hihi. Dah namanya bersembang kan. Janji tak mengumpat atau mengata orang lain 😅

      Delete
  3. agreed sgt apa yg u tulis ni!! anyway man and woman fitrah berbeza--dari planet lain2 kannnn men are from mars women are from venus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila orang bercerita, saya selalunya cuba nak relate betul2 dgn org tu, dlm erti kata lain nak cari jugak titik persamaan antara saya dgn org yg saya sembang dengan tu. Lepas tu orang perempuan ni tak payah nak prompt sgt bila bercerita, dia sendiri akan cuba nak bagi gambaran penuh supaya org lain faham apa yg dia ceritakan. Kalau org lelaki lain. Tanya A akan dapat jawapan A je la, huraian tu sikit je atau takde langsung 🤭

      Delete
  4. Lelaki kalau sembang memang serba ringkas, kita wanita sampai ke susur galur diceritakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye SR, boleh buat short form je hihi. Kitanya boleh buat perenggan terus 🤭

      Delete
  5. Kihkihkih…lelaki sembang punya lama tapi macam tak ada apa disembangkan, perempuan sembang kejap je dah tau macam-macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu soalan je boleh dapat 3-4 fakta terus kan kak hihi

      Delete
  6. Ya Allah betul sangat! Macam ni la kami suami isteri pun hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang rata-rata macam ni sis hihi.

      Delete
  7. Betul sangat! Men are from Mars, women are from Venus. Cara fikir & gaya komunikasi memang jauh beza tapi itulah yang buat hubungan pasangan jadi lengkap & menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SA, kalau dua2 jenis menyembang ah sudahhhh... tak berasap la dapur, tak kerja la si suami tu hihi

      Delete
  8. hah perempuan bila sembang mcm2 soklan nk tanya

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .