Kredit imej: Facebook


Semalam dalam perjalanan balik ke KL, untuk menghilangkan rasa mengantuk dan bosan, aku dan Suami Terchenta berborak tentang topik perbualan masa di rumah besan Kak R.

Aku: Apa yang abang borak dengan suami arwah A tadi?

Suami Terchenta: S tadi cerita dia tolong gali kubur, letak papan, letak batu penanda...

Aku: Oh ye ke. S kerja apa bang?

Suami Terchenta: Tak tau. Tak tanya.

Aku: S cerita tak wife dia meninggal macamana?

Suami Terchenta: Tak. Tak tanya jugak.

Aku (musykil): Abis tu, sembang lama-lama tadi tanya apa je?

Suami Terchenta: Borak pasal kubur. Awak tadi, sembang apa?

Aku: Kak R citer anak dia sakit apa. Anak nombor berapa. Dieorang kawen bila. Kenal masa bila. Kawen umur berapa. Ada anak ke tak. Pastu saya sembang dengan adik Kak R pulak. Dia kerja sama company dengan abang tau, tapi dia department ABC. Ofis dia level xx. Dia selalu deal dengan si polan dekat department abang tu sebab si polan tu buat sistem XYZ. Anak-anak dia yang ikut tadi tu anak sulung dengan nombor tiga. Ada lagi 2 orang tinggal kat KL tak ikut. Yang makcik dua orang tadi tu mak mertua adik Kak R dengan mak dia jugak. Blablabla...

Suami Terchenta (terkejut): Awak ni bersembang ke bukak kertas siasatan?

Aku (tergelak): Mana ada. Macam ni la orang perempuan bila bersembang. Memang semua tab kita bukak bang.


Kesimpulannya, lelaki bila bersembang sesama dieorang, straight to the point. Takde kona-kona. Jarang melibatkan / menyentuh emosi. Facts vs feelings. Maklumat yang dieorang tanya ialah untuk pengetahun dan kegunaan masa depan. Cara nak menguruskan kubur bila berlaku kematian contohnya.

Perempuan pulak bila bersembang, cuba mewujudkan hubungan emosi. Soalan-soalan yang ditanya nampak peribadi tapi sebenarnya sebab nak memahami kehidupan seseorang untuk lebih berempati. Kita bukan sesaja nak menyibuk tau, tapi kita nak kenal siapa orang yang kita jumpa supaya kita boleh ada hubungan emosi dengan orang tu. 

Bukanlah nak bandingkan style sembang mana yang lebih bagus tapi nak menunjukkan perbezaan yang ketara bila lelaki dan perempuan bersembang.

Patutlah orang kata men are from Mars, women are from Venus hihi.