Salam Isnin kawan-kawan,
Minggu lepas aku mesej Anies ajak jumpa sebab nak bagi hadiah top commentator dekat dia. Actually, ni first time aku nak jumpa Anies, jadi agak excited jugak la nak kenal orangnya. Anies ni rajin tinggalkan komen kat blog lagi-lagi kalau entry aku tu pasal dua ekor anak bulus kat rumah ni hihi. Dah tau dah kat mana nak tinggalkan Louis The Chonky Cat tu kalau dia nakal sangat - tinggal je kat rumah Anies hahaha! Nak tinggal kat rumah Fanny jauh pulak terpaksa beli tiket flight nak hantar dia ke sana. Lagipun Fanny pun dah ada anak-anak bulus yang nakal kat sana, pening pulak kalau tambah seekor lagi kucing tak berakhlak di rumah dia! 🤣
Anies suggest kiteorang jumpa petang Jumaat di Toast Maker di Nu Sentral. Bila aku sampai, aku pun mesej dia bagitau aku tunggu depan Toast Maker. Tak lama kemudian Anies sampai. Nasib baik dia cam aku sebab aku memang tak pernah tengok muka Anies. Dia seorang blogger yang tak tunjuk muka sendiri di blog. Oleh sebab tu, aku pun tak ambik gambar selfie dengan Anies tapi aku boleh katakan dari muka dia, dia sebijik macam orang yang aku bayangkan bila baca blognya - peramah dan suka buat lawak hehe.
Since kiteorang berdua masih kenyang sebab dah makan tengahari, jadi kiteorang order air je la. Aku pesan strawberry matcha, Anies pulak pesan teh Earl Grey panas. Sedap jugak strawberry matcha kat sini 😋.
![]() |
| Tak dapat ambik gambar Anies, ambik gambar tangan kiteorang je la. Aci la kan? 🤭 |
Sambil lepak dan menghabiskan minuman, kiteorang bercerita tentang travel, harga tiket flight yang dah mencanak-canak sekarang ni, dan aku pun sempat tanya tips travel dari dia sebab Anies ni kaki travel. Tak susah nak masuk dengan Anies sebab dia peramah dan kiteorang pun berkongsi minat yang sama iaitu travel (walaupun aku takde la pro macam Anies bab travel ni sebab Anies pernah travel solo ke luar negara 🤭).
Dan... halah halahhhhh aku dah agak la masa aku hulur hadiah kat Anies tu, dia pun hulur jugak sesuatu kat aku 😅. Cenggini, next time aku hantar hadiah guna pos je la 😆. Niat jumpa pemenang nak lepak, belanja makan dan bagi hadiah sekali aku pun dapat hadiah jugak lahaiiiii. Kan aku dah cakap, orang-orang yang aku kenal melalui blog ni semua baik-baik? Terima kasih Anies, semoga murah rezeki selalu!
![]() |
| Hadiah dari Anies. Kerepek tu sedap la. Hadiah coklat aku simpan dulu, next month PMS lagi aku makan hihi |
Anies hantar aku sampai ke stesen monorel. Sebelum balik, sempat lagi dia kirim salam kat Louis. Aku dah sampaikan tadi, Louis 'buat derk' je. (buat derk = buat tak peduli 🤣).
![]() |
| Belanja gambar Louis kucing tak berakhlak ni untuk tatapan Anies 🤭 |



36 Comments
i tak pernah lg BW kat blog anies...ooo tak de gmbr dia yer kat blog..ala2 blind date dah tu hehehhe
ReplyDeleteNasib baik dia cam muka I hehe.
DeleteNiat yang baik Allah balas dengan kebaikan juga...
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻 kitonyo nak meraikan top komentator blog alih2 dieorg pulak meraikan kita hehe
DeleteBest eh dapat jumpa geng blogger. Kenal di alam Maya terus dapat jumpa di alam nyata.
ReplyDeleteAlhamdulillah, setakat tok dah beberapa kali jumpa blogger yg dekat2 area KL tok 😄
DeleteBestnya dapat bertemu :)
ReplyDeleteItulah, ambik kesempatan nak bagi hadiah utk bertemu. Kalau tak, tak kenal orangnya yg bernama Anies tu hihi
DeleteBestnya dapat jumpa Anies...Louis..meh la duk rumah aunty SA sehari dua..kawan ngan Brown yang poyo tu...
ReplyDeleteAah, ofis dia dekat2 je dgn ofis SA tu. Boleh la ajak dia lunch sesama ke hehe. Louis tu klu dah jumpa geng baru takut dia taknak balik SA 🙂↔️ lagi2 bila jumpa tanah haha!
DeleteWow best nya jumpa kawan blogger... Seronok tu berborak bila minat sama. Menjelir ye si Louis ni 😂
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok bila dapat jumpa f2f sis. Bila nak lepak dgn sis pulak ni? Hehe. Louis tu mmg macam2 pe'el dia. Kadang2 comel, kadang2 buat geram jugak haha!
DeleteAkhirnyaaaa berjumpa juga 😉😉
ReplyDeleteItulah akhirnya hehe.
DeleteKalau dua-dua jenis tak tunjuk muka di blog, agaknya macam mana nak kenal ek?
ReplyDeleteBagitau saya pakai baju warna bla bla…😆
Aah bagitau tunggu kat sekian2 pakai baju dan tudung sekian2 pastu missed call hehe
Deletesaya pun suka baca blog kak anies. penulisan dia bersahaja dan sempoi. kisah2 travel dia pun menarik, konsep asal redah je hahaha
ReplyDeleteMcm tu la orangnya. Bersahaja dan sempoi hehe
DeleteRamai juga yang takde gambar kat blog. Sekadar share penulisan je. Kita ni pulak suka tunjuk muka 😁
ReplyDeleteHaha kita sama la Cie. Blog ni penuh dgn gambar diri-sendiri sbb dah anggap mcm jurnal kan hehe
DeleteSalam singah, baru sebentar tadi klik blog dia..klik blog Carnezy jumpa pula lagi..hehehe
ReplyDeleteDunia blogging ni kecik je sebenarnya Cikgu hehe
Deleteseronok dapat jumpa sis Anies.. betul tu, tak pernah nampak lagi muka sis Anies.. kalau nak tahu, kena ngedate dengan dia ni.. hihihi..
ReplyDeletealhamdulillah, rezeki.. budaya orang melayu kan, tak boleh datang dengan tangan kosong.. hihihi
Tak pernah rasanya tengok dia post gambar diri-sendiri kat blog. Kalau gambar kawan2 pun dari belakang jugak.
DeleteAlhamdulillah bertemu akhirnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah ✨ dah lama nak jumpa Anies ni, baru kesampaian hehe
Deletehahahah kucing tak berakhlak katanya...kenapa kau kejam mama? kenapa?
ReplyDeleteammi ni walaupun ramai blogger yang letak muka silap-silap kalau berlanggar bahu pun ammi tak cam. Semakin bermasalah nak cam muka org skarang ni.
Bukan Ammi sorang je, saya pun ada masalah yg sama, susah nak cam muka orang hehe
DeleteEh masa tak ada foto kak Anies di blog? Seingat saya ada beberapa, tp memang tak jelas sangat 😂😂. Aiiih saya ada posting foto kak Anies waktu itu di blog. Krn saya pikir kak Anies bukan tipe kayak kak Mulan. Yg seperti itu saya memang selalu tutup wajahnya.
ReplyDeleteUntung Anies pernah lihat wajah Karni 😄.
Dah terbayang saya, kalau louis dan kyra ditempatkan di rumah saya, beuuughhhh, tiap hari saya jadi wasit tinju agaknya 🤣🤣🤣. Pasti begadang semua 😂
Ada ya kamu posting gambar dengan Anies? Saya tak perasan pulak Fanny. Tapi saya perasan Anies mmg tak pernah tunjuk muka sendiri di blog, kalau ada pun dari sisi atau belakang aja 😅
DeletePasti begaduh maksudnya , typo pula 🤣
ReplyDeleteLouis tu chillax kucingnya, walaupun badannya gede, tapi dia tu selalu mengalah dgn kucing lain (kecuali Kiera kerana itu teman gaduh 🤣)
DeleteSaya nak juga jadi top komentar blog ini. Kat mana bersembunyinya top komentar itu?
ReplyDeleteHaha! Konsep top komentar ni takde spamming ye utk mengelakkan taktik manipulasi komen 🤭
DeleteHa ha ha, Okay2 roger
Deletehahahahhaahhaa
ReplyDeletekalau dah hantar tu sy tak de jaminan utk pulangkan balik
abes arrrr hahahahha
terima kasih juga kerana sudi jumpa
sbnr nya kan... ada 2 brg tertinggal nk msk kan dlm paperbag tu
kan sy baru smpi dr kg hari tu
dlm kepala sblm tu ingat tp ntah kenapa ms singgah rumah lupa langsung nak capai padahal dpn mata je adehhh...
tak pe naa nnt kite jumpa lg sy serahkan sekali....
insya allah...
terima kasih byk2
muahhhhhh louis the chonk hahahahaha
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .