Hantar Pisau Untuk Diasah

Salam Jumaat kawan-kawan,

Korang pernah tak mengalami pisau tumpul walaupun dah asah banyak kali guna batu pengasah? Tu la yang aku alami sejak kebelakangan ni. Sampai naik fed up aku, dah macam-macam pengasah pisau dari batu pengasah ke alat pengasah pisau yang aku beli kat Shopee yang aku guna untuk asah pisau dapur tapi tetap la tak tajam jugak.

Jadi semalam aku pun decide nak hantar pisau-pisau kat dapur ni ke kedai asah pisau professional. Bila aku Google, ada satu tempat ni tak jauh dari rumah iaitu di PPR Batu Muda. Apa lagi terus aku contact nombor kedai tu dan pergi hantar pisau-pisau aku ke sana.


asah pisau dapur
Pisau sebelum dihantar - memang nampak nau tumpul dan dull

Disebabkan kedainya dalam kawasan PPR yang memang sedia maklum susah nak parking, jadi aku pun naik motor je ke sana. Boleh je sebenarnya pesan Lalamove hantarkan pisau ke sana tapi aku saja nak tengok kedainya macamana. Jadi lepas hantar Khadeeja ke sekolah, terus merempit ke PPR Batu Muda.


DK One Pro Sharpening Services
Inilah kedainya. Tapi masa aku sampai tu, owner kedai tengah hantar anak ke sekolah jadi dia suruh aku drop off pisau di kedai runcit hujung

Petang tu dia mesej dah siap jadi aku pun pergi ambik pisau-pisau yang dah diasah ni. Sampai di kedai, owner tu siap demo lagi pisau potong kertas. Memang tajam ye hasilnya. Puas hati aku!

Harga sangat berpatutan sebab sebelum ni aku pernah tanya dekat satu IG ni which is sebilah pisau tu dia letak harga RM35 untuk pisau bawah 12 inci. Untuk pemotong daging lain pulak harganya. 

Kedai yang aku pergi ni dia caj RM2 seinci untuk pisau bawah 6 inci dan RM3 seinci untuk pisau lebih dari 6 inci. Untuk pemotong daging pulak dia caj RM4 seinci. Jumlah aku bayar untuk 2 bilah pisau pemotong daging dan 2 bilah pisau dapur ialah RM76 je.

Owner tu siap kongsi tips penjagaan pisau untuk memastikan pisau tak cepat tumpul:

  1. Jangan simpan pisau berlonggok dalam laci sebab bila besi bertemu besi nanti cepat tumpul. Simpan di tempat khas / berasingan atau lapikkan dengan kain.
  2. Guna batang pengasah setiap kali sebelum guna pisau. Asah 4-5x je dah cukup. Amalan ni akan memastikan pisau kekal tajam.
  3. Pastikan batu pengasah rata bila nak asah pisau. Batu pengasah yang dah berlekuk tak sesuai untuk mengasah pisau.
Ni la 3 tips yang dia kongsi kat aku. Alhamdulillah sekarang pisau-pisau aku dah tajam jadi memudahkan kerja-kerja di dapur selepas ni Insha Allah.


asah pisau professional
Berkilat pisau-pisau aku lepas diasah! Pisau-pisau ni dia balut dengan clingwrap sebab taknak berlaga besi dengan besi sebelum dibungkus dalam surat khabar.


Kalau korang mencari servis mengasah pisau, aku recommend korang pergi kedai dia:


DK ONE PRO SHARPENING
Alamat: A-00-10 Kedai PPR Batu Muda, Jalan 1/2, Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 10 pagi - 5 petang (telefon dulu sebelum datang)
Nombor telefon: 012-623 4567 (Encik Is)

P/S: Boleh guna perkhidmatan Lalamove untuk menghantar dan mengambil pisau-pisau di sini sebab bayaran boleh dibuat melalui QR atau bank transfer. Selain pisau, boleh hantar gunting dan jugak mata pengisar / food processor ke sini.

Post a Comment

3 Comments

  1. Best juak ada servis gia sinun... apa jak boleh polah duit, bkn susah pun.. tp tok nang level pro dah.. best ada... mun sitok antar umh mak jak kali, ahahaha... sbb bapak kmk nang suka ngasah pisok, pisok umh mak nang nipis jak ne ndak tiap kali nk makei nya mesti ngasah dolok... ne ndak mak ngerepak mun bermasak umh kmk pisok x setajam umhnya.. umah nya ada bapak ngasah bah, mun nya dikpun xda juak nk ngasah.. haha

    ReplyDelete
  2. 1st time tau ada tmpt utk asah pisau...tula bila rasa tumpul pisau beli baru

    ReplyDelete
  3. Very informative, tq sis. Selama ni tak pernah tahu ada service ni. Tak jauh juga dari SG, nanti nak pegi hantar jugaklah. Parang kebun kitorg tumpul yakmat 😅

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .