Salam Jumaat semua,
Throwback 2 minggu lepas. Kami keluar dengan kakak aku. Asalnya nak ke Pasar Seni, tapi singgah makan dulu di Restoran Minang di sebelah Pustaka Mukmin, tak jauh dari SOGO KL sebab masing-masing dah lapar.
![]() |
| Restoran Budi Minang |
Dalam restoran selesa dan berpenghawa dingin. Restorannya memanjang ke belakang dengan susun atur meja dengan jarak yang selesa dan tak sempit.
![]() |
| Suasana dalam restoran Budi Minang |
Dari segi pilihan lauk pulak, agak minimum dan tak sebanyak lauk-pauk di restoran lain. Di dinding bukan main lagi ada banyak pilihan set makanan tapi bila aku tanya, rata-rata tak ada. Yang ada cuma apa yang dihidang di kaunter lauk-pauk ni.
![]() |
| Tak banyak lauk-pauk yang ada di sini |
![]() |
| Yang penting ada gulai tunjang ni |
![]() |
| Tak pasti kenapa lauk sayur-sayuran ni dihidang berasingan. Ada sambal terung balado dengan tempe goreng |
Kami pilih beberapa lauk untuk dikongsi - ayam goreng (untuk anak-anak), ayam balado, gulai tunjang, daun ubi tumbuk dan gulai sayur kobis. Takde pulak ayam pop kat sini.
![]() |
| Lauk pilihan kami |
Untuk minuman aku pesan es jeruk. Ni semua gara-gara Sislin la perkenalkan minuman ni dekat aku masa kat Jakarta hari tu ðŸ¤. Terus ketagih dibuatnya hihi. Tapi es jeruk kat sini memang sedap! Suami Terchenta pun kata sedap.
Makanan kat sini aku boleh katakan so-so je la. Pilihan lauk pun tak banyak sangat. Nak repeat lagi ke? Mungkin untuk es jeruk dia yang segar tu je laaa...
Korang pernah tak makan kat sini atau makan masakan Minang? Kalau pernah, cuba kongsi restoran mana yang sedap yang korang pernah pergi sebelum ni.






21 Comments
Masuk dalam list ini bila turun jalan2 ke KL lagi selepas ini
ReplyDeleteBiasa2 je la makanan kat sini. Mungkin boleh try Sari Ratu sbb ramai yg rekemen Sari Ratu nampaknya.
DeleteTidak mampu masak banyak lauk agaknya.
ReplyDeleteHehe rindu lama tidak pergi Pustaka Mukmin.
Agaknya kot.
DeleteBaru2 ni terbaca kat Threads Pustaka Mukmin ni dah nak tutup dalam tahun ni. Betul atau sekadar khabar angin, Wallahualam. Sayang kan kalau betul berita ni.
Selalunya kalau restoran minang ni banyak pilihan lauk-pauk. Kalau sedikit...hmmmm....tapi gulai tunjang tu memang akan order juga....
ReplyDeleteYa sis Ezna. Kita ni expect banyak la lauknya tapi sikit je. Nasib baik ada gulai tunjang tu kalau tak cancel niat makan kat sini hihi
DeleteSA suka makan kat area Kg Baru..dan Sari Ratu, lst makan dengan Dania masa arwah Mak masih ada..masa tu ke IJN amik ubat mak...singgah kejap la makan kat Kg Baru..situ banyak pilihan restoran
ReplyDeleteOK next time boleh cuba Sari Ratu since Sislin pun rekemen situ kalau nak makan nasi padang / masakan minang.
DeleteHahaha es jeruk sana sini ekk..
ReplyDeleteNanti try laa nasi padang Sari Ratu Signature pulakk.. dengan lagi satu tu.. alaaa lupa pulak namanya laa.. nanti cr kat blog
Dapppp es jeruk dia hehe.
DeleteTu la lain kali usha Sari Ratu Signature dekat Bukit Damansara tu.
TAk pernah makan kat Restoran ni...tp dulu masa ammi mula kerja ada satu makcik yg buka kedai nasi campur dekat ofis kami panggil "acik minang". Sampai skrg taktau apa nama arwah acik Minang tu.
ReplyDeleteMesti sedap lauk-pauk acik minang tu sampai skrg Ammi masih teringat kat dia.
DeleteKita ni kalau g kedai minang, lauk ayam kaliro ngan dendeng wajib haha...
ReplyDeleteTerus google ayam kaliro tu apa sbb tak familiar dgn masakan minang hihi
Deleteooo masakan minang yer gini...hahaha kat sri gombak ada kedai kecik/mcm ala2 gerai yg jual nasi campur lauk2 gini..i main hentam jer ckp ni kedai sumatera/acheh hahaah sbb tak tau nama betul..so minanglah yer term yg betul
ReplyDeleteAah MZ. Kedai nasi padang tu semua masakan minang. Padang tu merujuk kepada tempat tapi masakannya resipi suku Minangkabau jadi masakan minang jugak (based on pemahaman saya la hehe)
DeleteTak pernah makan menu masakan minang.
ReplyDeleteSedap masakan minang ni Cie. Saya paling suka gulai tunjang dgn masakan balado.
DeleteMemang port 'padu' untuk makan tengah hari! Masakan Minang ni unik sebab rasa rempah dan pedas dia tu ada kick tersendiri. Kalau dapat pekena dengan teh o ais limau atau air kelapa muda time cuaca panas, perrgh memang lengkap selera. Selamat menjamu selera!
ReplyDeletetk byk menu ye..nasibaik ada gulai tunjang...akak pn suka gulai tunjang..ada 1 kedai kt area melawati jual sedap juga lauk2nya ...nama tmptnya A.J.A.I Restoran & Catering
ReplyDeletedah lama x makan masakan Minang. Kali terakhir sy mkn semasa gi ke Padang Panjang pd thn 1993 yg lampau.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .