Salam Khamis kawan-kawan,
Mula-mula sekali, aku nak ucapkan alhamdulillah dan tahniah kepada kawan-kawan blogger yang semalamnya kecoh bila blog kena removed secara tiba-tiba, dah pun dapat balik blog masing-masing. Dapat aku bayangkan perasan kawan-kawan yang terkena tu sebab aku pun risau jugak sepanjang hari blog aku kena removed jugak. Tapi syukur la tak kena tempias. Semoga insiden ni tak berulang lagi huhu.
OK la, sambung cerita tajuk entry kali ni.
Semalam aku ada temujanji di KK Sentul. Ni first time aku pergi ke KK Sentul, sebelum ni aku pergi ke KK KL tapi doktor kat sana suruh aku buat next check up dekat KK Sentul sebab lebih dekat dengan rumah katanya.
Dekat kad klinik tulis pukul 10.30 pagi tapi aku datang awal sejam lepas drop off Khadeeja di sekolah. Sampai je kat KK, kena check in kat MySejahtera dulu, lepas tu baru ke kaunter pendaftaran serahkan IC dan buku appointment.
![]() |
| Nombor giliran aku pagi semalam |
Part ni aku surprise sikit sebab aku rasa aku dah bagi details alamat rumah dan sebagainya masa mendaftar di KK KL tapi maklumat tu tak link pulak dengan sistem KK Sentul. Jadi aku kena tulis sekali lagi alamat rumah dan nombor telefon untuk dimasukkan dalam sistem. Setel mendaftar, macam biasa kena bayar RM1 untuk rawatan di klinik kerajaan.
Mujur aku datang awal sebab masa menunggu agak lama, lebih kurang sejam baru la aku dipanggil masuk ke bilik untuk ambik berat badan, bacaan gula dalam darah dan bacaan tekanan darah. Semasa menunggu tu, aku tengah berbalas mesej dengan beberapa kawan-kawan blogger sebab semalam ada kejadian menggemparkan berlaku bila ada sesetengah blog tetiba kena removed dan tak boleh masuk. Dengan aku sekali la rasa nervous dan stress bila dengar berita ni, tak campur lagi nervous yang memang sedia ada setiap kali pergi buat medical check up 😅. Sudahnya tekanan darah aku tinggi beb, terpaksa nurse suruh aku bertenang dan tarik nafas dalam-dalam dulu baru dia repeat ambik bacaan BP. Kali kedua baru senonoh sikit bacaan tekanan darah aku 😮💨.
Alhamdulillah bacaan gula normal. Lepas dah ambik berat badan dan ukuran pinggang, aku pergi ke makmal pulak untuk serahkan sampel air kencing. Lepas tu pergi check kaki pulak (sebab aku buat check up bawah unit pengurusan diabetes). Alhamdulillah semua OK - urat saraf kaki masih berfungsi dengan baik, kaki takde simptom bengkak air dan masih boleh pusing pergelangan kaki.
Selesai check kaki, aku pergi ke bilik sebelah pulak untuk ambik darah. Seriau part ni takut kejadian yang sama berlaku macam di KK KL sampai kena cucuk dua-dua lengan sebab tak jumpa urat. Tapi syukurlah sekali cucuk je dah keluar darah. Pandai betul adik tu ambik darah sebab lengan aku tak lebam lepas kena cucuk.
Next, tunggu giliran jumpa doktor pulak. Part ni tak lama sangat, sebab result darah dan air kencing belum keluar lagi. Temujanji seterusnya mungkin lama la kot sebab kena discuss result tu. Doktor bagi aku tarikh temujanji bulan Januari tahun depan. Alhamdulillah.
Akhir sekali sebelum balik, kena ambik stok ubat darah tinggi dan kolesterol di farmasi. Ubat diabetes aku pilih teruskan ubat yang doktor kat KPJ prescribed dulu sebab nampak lebih berkesan dari ambik metformin.
Lebih kurang 3 jam lebih jugak la aku habiskan masa di klinik. Sebenarnya kalau pergi hospital swasta pun sama jugak kena tunggu lama. Cumanya, kat hospital swasta result darah dengan air kencing boleh terus dapat hari yang sama. Kalau ke KK kena tunggu next follow up baru tau result kita tu.
Satu je pemerhatian aku berdasarkan pengalaman aku ke KK KL dan KK Sentul - walaupun kedua-duanya klinik kerajaan tapi prosedur agak berlainan sikit - kalau ke KK KL, kena buat appointment ambik darah dan air kencing dulu, then 2 minggu kemudian baru buat ujian yang lain-lain dan berjumpa doktor. Di KK Sentul pulak, semua ujian buat hari yang sama tapi keputusan bacaan darah dan air kencing tu cuma akan tau masa temujanji seterusnya (dalam kes aku, 4 bulan akan datang). Satu lagi, aku dimaklumkan pemeriksaan mata tak dibuat setiap hari dan by appointment tak macam di KK KL. Masa aku ke KK KL dulu, pemeriksaan mata dan kaki dibuat dalam bilik yang sama dan waktu yang sama.
Apapun semoga bacaan darah dan air kencing aku ok 🤲🏻. Buat masa sekarang cuma teruskan dengan healthy habits dan konsisten ambik ubat mengikut saranan doktor.
Overall aku berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan mesra petugas kesihatan di KK Sentul. Dari segi fasiliti, walaupun tak semoden di KK KL, tapi kebanyakannya dalam keadaan baik. Cuma ada la bila aku tanya kenapa tak buat pemeriksaan mata sekali, dan jawapan yang diterima ialah kadang-kadang mesin check mata tu rosak. Alahai. Harapnya kalau rosak dieorang hantar la pesakit ke KK terdekat untuk buat jugak pemeriksaan mata daripada menunggu mesin tu dibaikpulih atau mesin baru sampai.
Disebabkan dari pagi tak makan lagi, aku singgah di gerai makanan kat tingkat bawah KK ni untuk makan tengahari dulu sebelum balik (Khayla balik lambat semalam sebab ada aktiviti di sekolah). Aku pilih set sup urat keting dengan telur dadar. Berjaya menahan nafsu dari pesan minuman manis dan minum air kosong yang aku bawak dari rumah je ✌🏻.
![]() |
| Nikmatnya makan sup urat keting, nasi putih dengan telur dadar! |


23 Comments
Alhamdulilah Carneyz. Dah boleh komen kat blog Carneyz ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Cepat pulak setel isunya hari ni hehe
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteAmeen YRA. Aku pun dah join Sislin geng check up kat KK hehe
Deletealhamdulillah...semga result nanti baik2 saja... debar betul tunggu result.. std lah tu ke klinik 2, 3 jam.. tapi kalau sampai 4-5 jam.. tu jammed.. hahaha
ReplyDeleteAmeen YRA. Tapi rasanya hba1c tu confirm la naik hihi. Sebab lepas birthday asyik minum air manis je huhu.
Delete3 jam tu kira cepat jugak la. Kalau ke KPJ biasanya saya pergi pukul 8 pagi ambik darah & sampel urine sblm org start ramai. Lepas tu tunggu smp pukul 2 petang baru jumpa doktor (result makmal biasanya keluar tengahari). Pukul 3 baru setel semua. Sehari suntuk kat KPJ aje tapi result darah & urine tau hari tu jugak la.
alhamdulillah, dh ok blog u :) sedapnya sup keting tu..always my fav!
ReplyDeleteAlhamdulillah 🤲🏻 sedap sup keting kat sini, lagi2 time dah lapar sbb kena puasa sblm ambik darah 😅
DeleteMemang tak keruan semalam, wpun blog tak kena. Sedih utk kawan² lain and at the same time risau takut blog kita pun kena.
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya okay. Harap result darah & urine pun elok.
KK pun dah bagus skrg kan. Banyak urusan dah dipermudahkan dan diitambah baik.
Alhamdulillah, dapat appointment 4 bulan lagi, Insha Allah semuanya ok. Kalau tak ok mesti doktor nak pantau lebih kerap (pada pendapat saya la hehe). Sebab dah pergi dua2 swasta dgn kerajaan, saya rasa KK ni tak jauh beza pun dgn swasta malah lebih teliti pantau tahap kesihatan kita. Masa beratur tunggu giliran pun lebih kurang je mcm kat swasta.
DeleteSemoga semua hasilnya bagus yaaa 🤗. Dah lamaaa pula saya tak MCU. Yg dikuatirkan skr tekanan darah. Ntah kenapa akhir2 ini ke dokter kalau berobat, cek darah pasti agak tinggi. Padahal tiap cek di rumah normal. Macam2 laah. Raka yg selalu tinggi. Dan plan nak konsul dengan dokter nya apa perlu minum obat. Tak sempat2 krn msh sibuk.
ReplyDeleteSup keting tuh menggoda yaaa 😄😍😍. Makan dengan telur dadar memang makin enak. 😍
Oh, ini faktor usia agaknya 😅 atau tak cukup rehat barangkali ya Fann? Semoga Fanny sama Raka baik2 aja.
DeleteSup keting tu enak, sedikit asin di lidah saya tapi kerana saya udah lapar bangat puasa dari paginya makanya rasa asin tu tolak tepi tambah lagi ada telur dadar 😋
Blog kamek kenak juak kes removed ya. Nasib dapat balit. Sama di KK tempat kamek orang next temujanji baruk dapat result. Semoga result ya kelak ok² jak. Nyaman na upa sup keting ya 🫢
ReplyDeleteYalah, di KK KL jak lain sikit kali. Kenak datang 2x sekali ambik darah dgn urine, lepas 2 minggu datang agik baru polah check up lain (check mata, kaki, berat badan & jumpa doktor). Cuma sigek jak, kmk sik dpt tanggar result makmal ya. Mun di swasta, sidak berik sigek salinan sebab dah bayar mahal tek nak 🤭
DeleteTiba2 berdebar gara2 blog kwn2 kena remove trus tekanan darah naik ye... Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan Check up.. Kena tgu next follow untuk result plak
ReplyDeleteIye kak, kita pun seriau takut blog sendiri kena jugak smp naik bp masa check tu hihi.
DeleteAlhamdulillah, dipermudahkan urusan check up semalam. Tang darah tinggi tu memang relatable sangat, bila kita tengah stress atau nervous terus bacaan mencanak naik! Semoga keputusan ujian darah dan air kencing bulan Januari nanti semuanya cantik dan baik-baik sahaja. Teruskan healthy lifestyle!
ReplyDeleteAmeen YRA. Kena disiplin makan ubat dan ambik supplement. Tang berat badan je tak boleh nak buat apa sbb kitonyo ada PCOS huhu
DeleteAlhamdulillah. Semoga Carneyz sentiasa sihat.
ReplyDeleteAmeen YRA. Terima kasih Kak Amie.
Deletenasib baik semuanya tak lama blog hilang...
ReplyDeletemalasnya nak gi KK ni bab menunggu je
Itulah sekejap je hilang. Risau hilang 3 bulan terus dgn mood blogging tu hilang jugak!
DeleteSaya dah merasa pergi hospital swasta dgn KK. Rasanya dua2 sama je bab menunggu ni hehe. Sepatutnya saya pergi bulan 5 hari tu tapi ngelat sbb risau result darah / urine. Tapi nak tak nak kena pergi jugak sbb ubat dah nak habis hehe
Sampai naik darah ye fikirkan blog. Memang tak tenang. Cie pun jenis susah nak jumpa urat. Tiap kali ambil darah mesti lebam.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .