Sebelum Apple Expired...

Minggu lepas aku beli epal dari New Zealand di Mercato, Sunway Putra Mall. Malangnya epal ni kurang mendapat sambutan dari anak-anak sebab dieorang lebih suka Washington apple. Jadi sebelum epal-epal ni kecut, marilah kita membuat apple crumble untuk sarapan pagi ni.

Cara nak buat apple crumble ni tak susah mana pun. Part paling renyah ialah potong epal tu kecik-kecik je hihi. Tapi thanks to pisau yang baru diasah, kerja-kerja memotong epal menjadi cepat dan mudah. Lepas tu gaul dengan gula kastor satu sudu kecil (epal merah memang dah sedia manis, jadi tak payah letak banyak sangat) dan sesudu jus lemon. Ketepikan. Untuk lapisan crumble, satukan oat, tepung gandum, gula perang, serbuk kayu manis dan gaulkan dengan mentega yang dah dipotong kiub kecik-kecik. Bila dah sebati, letakkan epal tadi dalam acuan lepas tu taburkan crumble atasnya. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180℃ selama 35 minit. Siap.


Buat dalam mangkuk besar satu, selebihnya masukkan dalam mangkuk ramekin kecik-kecik ni

Nak lagi sedap, makan dengan aiskrim vanilla. Tapi kita makan versi sihat sikit, makan camtu je hehe. Sihat la sangat, padahal letak gula dan tepung 😜.


Makan panas-panas sambil blogwalking.

Untuk resipi, boleh tengok kat sini.


Nota kaki: Hari ni tak sempat nak blogwalking sangat sebab petang nanti aku panggil physiotherapist ke rumah. Lately ni aku sakit leher sampai ke belakang kepala rasa tegang je. Alang-alang dah buat appointment ni, nak mintak dia tengokkan jugak lutut aku yang dah lama sakit sejak awal tahun ni. Physiotherapist aku ni Indian lady, aku guna perkhidmatan dia dari tahun 2021 lagi. Masa tu aku kena sciatica. Lepas 2-3 kali sesi dengan dia, alhamdulillah hilang sakit tu. Sejak tu setiap kali ada je isu sakit otot atau belakang, aku akan panggil dia datang ke rumah untuk buat rawatan.

Post a Comment

28 Comments

  1. semoga sihat2 selalu..
    tak pernah cuba pula apple crumble ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda. Alhamdulillah lega rasanya lepas buat rawatan fisio semalam. Leher dah kurang tegang, cuma lutut dan betis tu kena buat sesi kedua lepas 2 minggu sebab katanya otot tegang sangat. Bila dia urut belakang betis tu auto menjerit dibuatnya 😅 Lutut dah kurang inflammation tapi kena selalu tuam dengan ice pack.

      Delete
  2. Menarik ni, kalau dah siap tu taklah membazir epalnya kan. Kena ada effort sikit nak buat apple crumble ni.
    Semoga Allah permudah urusan harini dan semakin membaik. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kalau tak memang tak laku la epal tu sampai dah kecut kulitnya 😜

      Alhamdulillah lega rasanya lepas buat rawatan fisio semalam.

      Delete
  3. Rajinnya. Cie kalau epal memang makan gitu jela takde kerajinan nak buat benda lain 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa Cie, kalau tak kecut epal tu sebab dieorg tak makan. Kalau potong letak atas meja pun tak habis dimakan baik buat jadi apple crumble 😁

      Delete
  4. Moga leher baik seperti sediakala. Nampak apple crumble ni teringin pula nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lega sangat lepas buat fisio semalam. Dah boleh pusing-pusing kepala takde rasa sakit leher lepas dia buat ultrasound dan urut2 bahagian yg sakit tu.

      Delete
  5. wah sedapnyaaaa

    kakLM dah tukar link blog ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dah tukar ke? Saya masih komen kat blog lama la maksudnya? 😅

      Delete
  6. Mudah ni.. sedap pun sedap

    Bestnya ada therapist yg serasi dgn sis. Semoga baik² ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, dapat la menghabiskan epal yg tak laku tu sis hehe.

      Alhamdulillah, dia certified physiotherapist, sebab tu confident dengan kepakaran dia. Dia pegang je point yg sakit kat badan dah tau apa masalahnya 😅

      Delete
  7. Moga sihat selalu.. tak pernah lagi epal buat masak-masak, buat air pernah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapannya sis. Epal klu tak habis memang saya suka buat apple pie atau apple crumble 😄 klu jus biasanya saya guna epal hijau.

      Delete
  8. Nak beli stock apple hijau la. Kata nak diet. ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak lalu nak telan epal hijau sebab masam hihi. Epal merah pun elok je utk snacking masa diet 😉

      Delete
  9. Kat KT ni nak cari buah oversea yang betul2 segar macam susah sikit..atau kita jer yang tak tau port sepatutnya..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. kena tanya orang KT kot kat mana nak cari buah import segar.

      Delete
  10. Tak pernah buat apple crumble. Menarik!

    Senang ada terapis yang kita kenal dan serasi. Siap boleh datang rumah.
    Moga Allah kurniakan kesembuhan buat Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apple crumble ni cara paling cepat nak habiskan epal tak laku kat rumah ni kak Ujie hehe.

      Mula2 kenal dia dari aplikasi Sentuh sebab masa tu sakit belakang mencucuk2 sampai nak bangun pun payah, apa lagi nak keluar rumah cari pusat fisio 😅 Tau je la kena sciatica tu macam ada pisau cucuk kat belakang badan, kena telan painkillers baru lega tapi sekejap je la hilang lepas tu datang balik sakit tu.

      Dia datang, check tempat yg sakit tu dan bagitau puncanya (saraf tersepit sampai inflammation), lepas tu dia buat treatment. 2-3 sesi je terus elok dah takde sciatica sampai sekarang alhamdulillah.

      Delete
  11. leher tu jangan lupa buat light stretching....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik Uncle, fisio ada ajar jugak buat stretching macamana hari tu ☺️

      Delete
  12. Carneyz cakap senang erk...kena cuba la buat sebab suami SA suka Apple Crumble

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang giler SA. Tak payah guna mixer, gaul pun pakai tangan je 😃

      Delete
  13. Saya malah lebih suka apel NZ drpd Washington punya. Apalagi apel rockit NZ. Sedaap. Crunchy dan manis sangat.

    Belum pernah coba buat apple crumble sendiri. Macam tertarik jadinya 😄. Bisa kalau teringin, ajak Raka ke Bogor. Di sana ada kedai khusus menu2 apple. .

    Harap2 sekarang dah membaik sakitnya Karni. Dah nak pergi akhir bulan, jaga kesehatan 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Fann, saya juga suka epal NZ lebih crunchy. Tapi anak2 udah terbiasa epal Washington jadi mereka kurang minat walaupun epalnya udah terhidang atas meja 😅

      Apple crumble ini cara mudah nak menghabiskan stok epal di rumah. Tak perlu guna mixer, cukup gaul pakai tangan aja 😄

      Delete
  14. Rajin and kreatif dalam masakan. Kalau Ai tak terfikir dah nak jadikan epal kepada menu lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat epal pie malas pulak buat doh pastri untuk kulit pie 😅 lepas tu kena masak atas api pulak malas la... nak senang buat apple crumble ni tinggal masuk dalam oven je hihi.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .