Ubi Keledek Air Fryer

Sejak akhir-akhir ni, aku minat pulak makan ubi keledek yang dibakar dalam air fryer. Bila bakar dalam air fryer, rasanya lebih lembut, lemak manis dan berkaramel. Aku guna tips yang aku jumpa kat IG untuk bakar ubi keledek ikut cara orang Korea:


Golden sweet potato
Golden sweet potato kesukaan aku. Ni aku beli di Jaya Grocer.


Langkah pertama: Cuci dan potong hujung ubi keledek. Lepas tu buat hirisan di sekeliling kulit ubi supaya senang nak kupas bila dah masak.


air fryer
Langkah kedua: Masukkan dalam air fryer dan bakar pada suhu 190℃ selama 30 minit


sweet potato
Langkah ketiga: Keluarkan dari air fryer dan rendamkan ubi keledek ke dalam mandian ais selama 2 minit

Langkah ketiga ni nampak macam renyah tapi ada tujuannya. Pertama untuk mengecutkan kulit luar ubi. Kedua, memerangkap kelembapan dalam isi keledek. Ketiga, melonggarkan kulit daripada isi keledek, membolehkan gula semulajadi tertumpu, menggelegak dan menghasilkan karamel semasa dibakar pada proses terakhir.

Langkah keempat: Bakar lagi pada suhu 190℃ selama 25 minit.


korean sweet potato
Ni la hasilnya. Nampak tak karamel yang terhasil pada ubi keledek yang di tengah-tengah tu? 

Kalau dibandingkan dengan ubi keledek rebus, ubi keledek yang dibakar menggunakan cara ni lebih manis sebab gula semulajadinya dah terkonsentrasi jadi tak perlu nak cicah dengan gula. Isinya pun lembut dan berlemak.

Kalau korang pun peminat ubi keledek, apa kata korang cuba bakar guna kaedah ni? Confirm tak menyesal!

Post a Comment

4 Comments

  1. Husband akak mmg bakar juga Sweet Potato tp rendam dlm ais tu tkla

    ReplyDelete
  2. Kalau yang dalam pek tu memang manis.. Linda selalu kukus je... Takde cicah Pape pun, ngap je.. AF ada, tapi boleh bakar jelah kot.. nk rendam air sejuk..mcm tak je.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Dulu ada je aku jual ubi ready to eat kat beg kuning di Tik Tok. ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Ooooo...ok..macam tu cara masak guna AF...ok boleh cuba...keledek bagus untuk diet kan...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .