Ubi Keledek Air Fryer

Sejak akhir-akhir ni, aku minat pulak makan ubi keledek yang dibakar dalam air fryer. Bila bakar dalam air fryer, rasanya lebih lembut, lemak manis dan berkaramel. Aku guna tips yang aku jumpa kat IG untuk bakar ubi keledek ikut cara orang Korea:


Golden sweet potato
Golden sweet potato kesukaan aku. Ni aku beli di Jaya Grocer.


Langkah pertama: Cuci dan potong hujung ubi keledek. Lepas tu buat hirisan di sekeliling kulit ubi supaya senang nak kupas bila dah masak.


air fryer
Langkah kedua: Masukkan dalam air fryer dan bakar pada suhu 190℃ selama 30 minit


sweet potato
Langkah ketiga: Keluarkan dari air fryer dan rendamkan ubi keledek ke dalam mandian ais selama 2 minit

Langkah ketiga ni nampak macam renyah tapi ada tujuannya. Pertama untuk mengecutkan kulit luar ubi. Kedua, memerangkap kelembapan dalam isi keledek. Ketiga, melonggarkan kulit daripada isi keledek, membolehkan gula semulajadi tertumpu, menggelegak dan menghasilkan karamel semasa dibakar pada proses terakhir.

Langkah keempat: Bakar lagi pada suhu 190℃ selama 25 minit.


korean sweet potato
Ni la hasilnya. Nampak tak karamel yang terhasil pada ubi keledek yang di tengah-tengah tu? 

Kalau dibandingkan dengan ubi keledek rebus, ubi keledek yang dibakar menggunakan cara ni lebih manis sebab gula semulajadinya dah terkonsentrasi jadi tak perlu nak cicah dengan gula. Isinya pun lembut dan berlemak.

Kalau korang pun peminat ubi keledek, apa kata korang cuba bakar guna kaedah ni? Confirm tak menyesal!

Post a Comment

33 Comments

  1. Husband akak mmg bakar juga Sweet Potato tp rendam dlm ais tu tkla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la rendam dalam ais kak, lebih moist & lembut isinya hehe

      Delete
  2. Kalau yang dalam pek tu memang manis.. Linda selalu kukus je... Takde cicah Pape pun, ngap je.. AF ada, tapi boleh bakar jelah kot.. nk rendam air sejuk..mcm tak je.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kukus pun sedap tapi tekstur lebih pejal dari yg buat ikut langkah ni. Tapi mungkin bergantung dgn jenis ubi keledek jugak kot. Setakat ni yg sedap lemak manis ni ialah japanese sweet potato.

      Delete
  3. Dulu ada je aku jual ubi ready to eat kat beg kuning di Tik Tok. ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko kena beli la Shai sbb ubi keledek ni bagus utk kawal berat badan & org yg ada kencing manis

      Delete
  4. Ooooo...ok..macam tu cara masak guna AF...ok boleh cuba...keledek bagus untuk diet kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah SA. Keledek ni sihat sebab tinggi serat dan rendah GI. Boleh bantu kenyang lebih lama.

      Delete
  5. sedapkan..saya pun baru juga tau cara ni,kalau dulu asyik rebus je lah keledek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila rebus rasa manis tu tak ketara sangat. Kadang2 saya makan kena cicah gula baru sedap. Tapi guna cara ni, gula dia auto terkeluar jadi bila makan tu rasa manis berkaramel, sedap

      Delete
  6. Ok nnt nak cr keledek nya dl 😜 dah jumpa br bole cuba hehe

    ReplyDelete
  7. masa kecik2 dulu selalu bakar ubi keledek atas dapur kayu je semasa musim bah. Sodap dimakan dgn air kopi panas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya pun cerita dulu masa dia kecik2 mak mertua bakar atas dapur kayu jugak. Memang keluar la rasa karamel tu bila bakar atas api.

      Delete
  8. Sedapnya keledek. Tapi kami klu beli selalunya khas utk my MIL mkn je sbb saya tak boleh mkn keledek sgt.

    Tq for sharing kaedah rendam ais tu. Sy pernah rebus keladi sarawak, tak semena2 jd super sedap akibat periuk kering & hampir terhangus sbb tertido. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow. Maknanya kena rebus sampai periuk kering ke la baru super sedap? 🤭 Penemuan terbaru namanya tu hihi

      Delete
  9. saya biasanya rebus ajer kalau beli keledek. so dpt new knowledge hari ni...cuma lama la prosesnya sbb masuk air fryer 2x tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Before ni i pun rebus aje tapi bila cuba teknik bakar dan rendam dalam air sejuk then bakar lagi, rasa prefer lagi teknik bakar ni sebab terkeluar segala karamel dalam ubi tu hihi

      Delete
  10. agak2 kalau buat mcm ni pd ubi menjadi juga tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la pulak. Kena tengok kandungan gula dalam ubi kot 🤭

      Delete
  11. masa bakar tu takyah letak apa2 ea kak? bakar bogel gitu ja. kita suka keledek manis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde letak apa2 pun. Memang bakar gitu je lepas cuci, potong hujung ubi & kelar kulit ubi tu sebab nak memudahkan kupas kulitnya lepas dibakar.

      Delete
  12. Replies
    1. Uncle dgn suami saya sama je, buat ler apa2 kat dapur tu mesti rentung hehe

      Delete
  13. tak expect pulak part masuk dalam air ais tu. thanks for sharing. nanti boleh cuba buat camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bagi lebih sedap, isi tak keras dan tarik keluar gula semulajadi dalam ubi tu supaya bila bakar kali kedua terbentuk la karamel macam dalam gambar tu hehe

      Delete
  14. Ciknur sukaaaa tp blm penah cuba masak dgn airfryer gini
    Elokk jga kan cara ni
    Tqq carnez
    For idea ni

    ReplyDelete
  15. Dah pernah try teknik ni! Memang sedap manis karamel sweet potato tu..

    ReplyDelete
  16. Boleh try guna AF nanti. Berhabuk dah tu jarang guna.

    ReplyDelete
  17. Boleh cuba cara ni, lama air fryer tu berehat tak buat kerja. Bagi kerja sikit. Baru beli keledek ungu semalam. Tapi ais pulak tak ada. air biasa agaknya menjadi ke tidak ek.

    ReplyDelete
  18. Harus beli airfryer nih 😄😄. Sempat teringin nak beli, tp kadang galau, akan dipakai atau tak 🤣🤣. Tp rasa2nya memang perlu lah.

    Cuma kalau ubi macam ini saya tak terlalu suka. Makan bisa saja, tp kalau ada yg lain, akan pilih lain

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .