Sejak akhir-akhir ni, aku minat pulak makan ubi keledek yang dibakar dalam air fryer. Bila bakar dalam air fryer, rasanya lebih lembut, lemak manis dan berkaramel. Aku guna tips yang aku jumpa kat IG untuk bakar ubi keledek ikut cara orang Korea:
![]() |
| Golden sweet potato kesukaan aku. Ni aku beli di Jaya Grocer. |
Langkah pertama: Cuci dan potong hujung ubi keledek. Lepas tu buat hirisan di sekeliling kulit ubi supaya senang nak kupas bila dah masak.
![]() |
| Langkah kedua: Masukkan dalam air fryer dan bakar pada suhu 190℃ selama 30 minit |
![]() |
| Langkah ketiga: Keluarkan dari air fryer dan rendamkan ubi keledek ke dalam mandian ais selama 2 minit |
Langkah ketiga ni nampak macam renyah tapi ada tujuannya. Pertama untuk mengecutkan kulit luar ubi. Kedua, memerangkap kelembapan dalam isi keledek. Ketiga, melonggarkan kulit daripada isi keledek, membolehkan gula semulajadi tertumpu, menggelegak dan menghasilkan karamel semasa dibakar pada proses terakhir.
Langkah keempat: Bakar lagi pada suhu 190℃ selama 25 minit.![]() |
| Ni la hasilnya. Nampak tak karamel yang terhasil pada ubi keledek yang di tengah-tengah tu? |
Kalau dibandingkan dengan ubi keledek rebus, ubi keledek yang dibakar menggunakan cara ni lebih manis sebab gula semulajadinya dah terkonsentrasi jadi tak perlu nak cicah dengan gula. Isinya pun lembut dan berlemak.
Kalau korang pun peminat ubi keledek, apa kata korang cuba bakar guna kaedah ni? Confirm tak menyesal!




33 Comments
Husband akak mmg bakar juga Sweet Potato tp rendam dlm ais tu tkla
ReplyDeleteTry la rendam dalam ais kak, lebih moist & lembut isinya hehe
DeleteKalau yang dalam pek tu memang manis.. Linda selalu kukus je... Takde cicah Pape pun, ngap je.. AF ada, tapi boleh bakar jelah kot.. nk rendam air sejuk..mcm tak je.. hahaha..
ReplyDeleteKukus pun sedap tapi tekstur lebih pejal dari yg buat ikut langkah ni. Tapi mungkin bergantung dgn jenis ubi keledek jugak kot. Setakat ni yg sedap lemak manis ni ialah japanese sweet potato.
DeleteDulu ada je aku jual ubi ready to eat kat beg kuning di Tik Tok. ha ha ha
ReplyDeleteKo kena beli la Shai sbb ubi keledek ni bagus utk kawal berat badan & org yg ada kencing manis
DeleteOoooo...ok..macam tu cara masak guna AF...ok boleh cuba...keledek bagus untuk diet kan...
ReplyDeleteAah SA. Keledek ni sihat sebab tinggi serat dan rendah GI. Boleh bantu kenyang lebih lama.
Deletesedapkan..saya pun baru juga tau cara ni,kalau dulu asyik rebus je lah keledek tu
ReplyDeleteBila rebus rasa manis tu tak ketara sangat. Kadang2 saya makan kena cicah gula baru sedap. Tapi guna cara ni, gula dia auto terkeluar jadi bila makan tu rasa manis berkaramel, sedap
DeleteOk nnt nak cr keledek nya dl 😜 dah jumpa br bole cuba hehe
ReplyDeleteBeli kat Jaya Grocer Kak Ret. Nanti cuba
Deletemasa kecik2 dulu selalu bakar ubi keledek atas dapur kayu je semasa musim bah. Sodap dimakan dgn air kopi panas...
ReplyDeleteSuami saya pun cerita dulu masa dia kecik2 mak mertua bakar atas dapur kayu jugak. Memang keluar la rasa karamel tu bila bakar atas api.
DeleteSedapnya keledek. Tapi kami klu beli selalunya khas utk my MIL mkn je sbb saya tak boleh mkn keledek sgt.
ReplyDeleteTq for sharing kaedah rendam ais tu. Sy pernah rebus keladi sarawak, tak semena2 jd super sedap akibat periuk kering & hampir terhangus sbb tertido. Haha.
Wow. Maknanya kena rebus sampai periuk kering ke la baru super sedap? 🤭 Penemuan terbaru namanya tu hihi
Deletesaya biasanya rebus ajer kalau beli keledek. so dpt new knowledge hari ni...cuma lama la prosesnya sbb masuk air fryer 2x tuuu
ReplyDeleteBefore ni i pun rebus aje tapi bila cuba teknik bakar dan rendam dalam air sejuk then bakar lagi, rasa prefer lagi teknik bakar ni sebab terkeluar segala karamel dalam ubi tu hihi
Deleteagak2 kalau buat mcm ni pd ubi menjadi juga tak?
ReplyDeleteTak pasti la pulak. Kena tengok kandungan gula dalam ubi kot 🤭
DeleteOk, nanti nak try 👍🏻
ReplyDeleteSila try sis 👍🏻
Deletemasa bakar tu takyah letak apa2 ea kak? bakar bogel gitu ja. kita suka keledek manis ni.
ReplyDeleteTakde letak apa2 pun. Memang bakar gitu je lepas cuci, potong hujung ubi & kelar kulit ubi tu sebab nak memudahkan kupas kulitnya lepas dibakar.
DeleteKalau uncle buat terus rentung
ReplyDeleteUncle dgn suami saya sama je, buat ler apa2 kat dapur tu mesti rentung hehe
Deletetak expect pulak part masuk dalam air ais tu. thanks for sharing. nanti boleh cuba buat camni
ReplyDeleteNak bagi lebih sedap, isi tak keras dan tarik keluar gula semulajadi dalam ubi tu supaya bila bakar kali kedua terbentuk la karamel macam dalam gambar tu hehe
DeleteCiknur sukaaaa tp blm penah cuba masak dgn airfryer gini
ReplyDeleteElokk jga kan cara ni
Tqq carnez
For idea ni
Dah pernah try teknik ni! Memang sedap manis karamel sweet potato tu..
ReplyDeleteBoleh try guna AF nanti. Berhabuk dah tu jarang guna.
ReplyDeleteBoleh cuba cara ni, lama air fryer tu berehat tak buat kerja. Bagi kerja sikit. Baru beli keledek ungu semalam. Tapi ais pulak tak ada. air biasa agaknya menjadi ke tidak ek.
ReplyDeleteHarus beli airfryer nih 😄😄. Sempat teringin nak beli, tp kadang galau, akan dipakai atau tak 🤣🤣. Tp rasa2nya memang perlu lah.
ReplyDeleteCuma kalau ubi macam ini saya tak terlalu suka. Makan bisa saja, tp kalau ada yg lain, akan pilih lain
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .