Beli Makeup Jenama Time Phoria di Watsons

Throwback kisah bulan September. Aku singgah ke Watsons nak beli cushion foundation baru sebab cushion foundation jenama Skintific yang aku pakai dan beli di Watsons jugak dah habis. 

Asalnya aku nak beli refill Skintific jugak (dah check kat apps takde promo), tapi takde stok pulak yang aku nak tu. Hmm. Lepas tu ada seorang sales assistant ni ajak aku test makeup jenama Time Phoria. Adik ni pandai sangat buat sales last-last aku terbeli dua benda yang lain jugak - lipstick dan skin tint stick 🤭. 


Cushion foundation, lipstick dan skin tint stick. Dapat free gift tempat gantung lipstick boleh sangkut dekat handbag.

 
Lepas unboxing.

Skin tint ni sebenarnya foundation stick tapi versi ringan je. Sesuai pakai kalau malas nak pakai bedak muka atau setakat nak pergi kedai runcit atau pergi makan kat luar sekejap

Lepas balik rumah, barulah aku Google jenama Time Phoria ni. Sama jugak macam jenama Skintific, Time Phoria ialah jenama kosmetik berasal dari China. Dipasarkan sebagai kosmetik 'vegan' dan 'cruelty-free', dan berkonsepkan futuristik dengan packaging berwarna logam metallic.

The good thing pasal barangan kosmetik dari negara Asia ialah produk dieorang lebih sesuai untuk kulit orang Asia compare dengan jenama kosmetik dari Eropah atau US. 

Dekat gambar ni aku guna lipstick Time Phoria masa keluar makan dengan Khadeeja di MyTown. Lipstick dia actually glossy tapi bila dah makan dan minum hilanglah kilat tu. Aku pakai cushion foundation Time Phoria jugak masa ni, herlok je tutup pori bagi nampak la peloles sikit hihi. Abaikan dahi yang berminyak tu, paham2 je la bila ambik gambar guna ipong memang tak menipu takde nya nak bagi filter peloles macam kamera smartphone yang lain 🤭.


Setakat keluar makan jadi tepek la bedak muka dengan gincu kat bibir dah siap!

So far, aku berpuas hati pakai makeup dari jenama Time Phoria ni terutama lipstick dia sebab zero-transfer (tak meninggalkan kesan di gelas / botol air bila aku minum). Cuma nak tanggalkan je renyah sikit sebab kena guna makeup remover wipe tissues beli kat Mr DIY baru hilang. Aku guna micellar water bubuh atas cotton pad pun belum tentu tanggal sepenuhnya.

Post a Comment

23 Comments

  1. time p jakarta aritu makeup ni murah dr kt msia..geng akak borong cushion ..akak tk bli pn sbb tk pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kat sana, saya tak kenal lagi brand ni dan mmg tak mencari barangan kosmetik pun. Kalau tau saya pun borong jugak hehe

      Delete
  2. Macam berkenan pulak skin tint tu 🤭 sesuai la kot sbb malas nak bersiap kalau takat nak pi kedai or ambik anak sekolah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sis. Calit kat muka, lepas tu blend dengan jari je. Dah siap 🤭

      Delete
  3. Cantik packaging dia. Rin skg pakai powder g2g, sebelum ni wardah. Senang nak cari shade produk asian ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. G2G tak pernah try lagi tapi tau produk Indonesia made in China jugak.

      Delete
  4. Senang ya ada skin tint yang hanya pakai ringan-ringan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, calit je kat muka pastu blend guna jari. Jimat sikit cushion foundation, tu pakai bila nak keluar lama2, jumpa kawan2 atau nak melawa hehe

      Delete
  5. Replies
    1. Aah, lipstick dia rasa ringan, tak melekit (bila dah kering) dan zero-transfer tu paling best 👍🏻

      Delete
  6. tak reti betul make-up ni, pakai yg two way cake foundation tu pun, rasa nak crying.
    bila ada event, menggagau nak study.
    seb baik awak show off hanging lipstick tu, curious sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak reti sgt pasal makeup ni, pakai yg biasa pakai je i.e. cushion foundation, lipstick, blusher, eyeliner. Tapi klu keluar sekejap je, mmg pakai bedak dan gincu je la.

      Delete
  7. Cie salah beli code skin tint tu kat Shopee jadi tak ngam dengan kulit. Lipstick best pakai yang timephoria ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani beli makeup online Cie. Mmg kena test dulu kat kulit klu sesuai baru beli.

      Delete
  8. mcm2 brand sekrg ni...yg penting, serasi dgn kulit muka kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MZ. I prefer Asian brands sbb kena dgn kulit Asian mcm i ni hehe

      Delete
  9. Bila dapat jurujual yang ramah dan bagus, dari tak nak beli pun boleh terbeli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik tu pandai mengayat, tu yg asalnya nak beli satu barang tapi keluar kedai dgn 3 barang hehe

      Delete
  10. Betul tu, kalau jumpa jurujual yang ramah dan pandai 'mengayat', dari tak nak beli pun boleh jadi melekat kat tangan! Paling best dapat free gift tempat gantung lipstick comel tu. Tapi skin tint stick tu nampak praktikal betul, senang nak calit kalau nak keluar singkat-singkat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, bila dia terangkan cara pakai skin tint tu terus saya tertarik tu yang terbeli jugak tu SA padahal asalnya nak beli cushion foundation tu je hehe

      Delete
  11. saya baru coba yang eye shadow dia tapi dalam bentuk stick... sukaaaa, sebab tinggal oles saja di kelopak mata. selesai. tapiiiiii ada kekurangannya untuk eye shadow stick nya... lembuuuut sangat, sehingga cepat patah.. itu saja kekurangan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terus ke website time phoria ni nak tengok eye shadow bentuk stick tu. Menarik ya.

      Delete
    2. Memang easy nak pakai. Tapi tuhlaah Krn cepat patah, harus hati2 sangat. Jadi saya pakai dengan jari akhirnya. Sempat patah kan, sayang pula nak buang, tetap saya masukkan ke dalam tabung dia. Tapi jadi tak bisa diputar 🤣.untuk masih bisa dipakai dengan jari atau brush kecil. So masih saya pakai sampai sekarang.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .