Double Cheese Please

Selesai menonton persembahan Khayla dan Adipatra dalam pertandingan bakat tradisi awal bulan lepas, kiteorang singgah makan malam awal di sebuah restoran burger dalam The Campus Ampang ni. Nama restoran ni senang je nak ingat - Double Cheese Please. Restorannya bersaiz cozy je, segan pulak nak ambik gambar dalam tu sebab masa tu ramai orang tengah menjamu selera.


smash burger
Dari nama restoran dah tau kan apa menu utama kat restoran ni? Tak lain tak bukan - burger.

Kat sini menu yang popular ialah smash burger (patty daging yang dileperkan) yang menggunakan Angus beef patties sebagai bahan utama.


Double Cheese Please
Aku dan Khadeeja pesan Old School Smash, Suami Terchenta pulak pesan The Mafia. Perbezaan yang ketara antara dua ni ialah satu guna sesame sauce dan satu lagi sesame & spicy sauce.


Harga burger kat sini agak kuban-kuban la, semestinya bukan burger untuk dimakan hari-hari macam burger Ramly tepi jalan. Mungkin sebab guna daging Angus yang premium tu kot. Tapi adakah rasanya premium macam harganya?


Double Cheese Please
Milkshake - strawberry & coklat. Dua-dua sedap!

Selepas menunggu 10-15 minit akhirnya burger pun sampai. Gini la rupanya dari bahagian sisi:


Double Cheese Please
Old School Smash - inti burger ada Angus beef patty, double cheese, sesame sauce, gherkins, tomato chili relish & lettuce.

Gigitan pertama - rasa bun nya lembut. Daging burger pulak juicy. Tapiiii... aku tak minat sesame dressing tu sebab aku makan burger ni dengan rasa hambar. Agak struggle nak menghabiskan burger ni sebab saiznya agak besar dan rasanya tak kena dengan tekak aku. Angus beef tu tak terserlah rasanya di lidah aku. Berbeza dengan pengalaman aku makan Bobby's Burger dekat TRX (pun guna Angus beef jugak). Sometimes less is more. Yang ni mungkin sebab terlalu banyak inti dalam burger yang menenggelamkan rasa the star ingredient - Angus beef. Bagi aku, cukup la sekali makan kat sini sebab dah tak terasa nak repeat lepas ni.

Tapi bak kata Shai - tak sedap kat tekak aku mungkin sedap kat tekak orang lain. Jadi kalau korang nak cuba, boleh la singgah di The Campus Ampang untuk cuba burger ni. Jangan lupa review nanti ye!

Double Cheese Please
Alamat: The Campus Ampang
Masa operasi: Isnin-Jumaat (12 tengahari - 9.30 malam); Sabtu & Ahad (10 pagi - 9.30 malam)

Post a Comment

20 Comments

  1. Kita x pernah jejak lagi area the campus ni.. masa mula² buka terbyg dia dalam campus utm tu 🤣🤣 tp dok pk celah mana la dia buka kedai ni hhaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bukan. The Campus Ampang ni dulu bangunan international school tapi dieorg dah pindah so tempat ni renovate jadi community space

      Delete
  2. Saya percaya dengan selera Karni. Jadi kalau rasa nya tak bikin nak repeat, okelah, saya skip 😄😄. Padahal awalnya dah teringiiiin nak coba. Fylly sukaaaa sangat burger.

    Malah jadi teringin nak coba Bobby's . Tp Bobby's nih di jakarta jauh, mall di Jaksel semua 🤣🤣. Nasib lah saya tinggal di Jaktim , mall bagus cuma AEON 😅🤣🤣🤣

    Oh ada 1 lagi burger Malaysia yang saya penasaran. Woodfire burger. Ini tak jadi2 coba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin burgernya kurang menepati selera saya kerana sos sesame yg digunakan tu bukan tipikal sos dalam burger jadi rasa janggal. Bobby's tu saya suka! Malah anak2 saya kasi 5 bintang terus, harus dicoba tu Fann. Enak banget 👍🏻

      Woodfire burger pun saya belum cuba lagi.

      Delete
  3. Alahai, tak tau pun kewujudan the Campus Ampang ni. Ketinggalan betoi la PH ni😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, saya pun tau sebab asyik lalu kat IG reel je sebelum ni 🤭 dah beberapa kali pergi untuk makan dan ada event jugak.

      Delete
  4. Syoknya tengok burger guna Angus beef, tapi sayang pulak bila rasa sos atau dressing dia terlebih dominan sampai tenggelam rasa daging tu sendiri. Betul kata orang, sometimes less is more! Paling tidak dapat mencuba, sekurang-kurangnya tahu selera sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah SA, rasa tak kena pulak sesame sauce makan dgn daging angus beef ni. Tapi tu lidah saya la. Orang lain tak tau 🤭 saya suka bila rasa daging burger tu menonjol. Kalau tak rasa macam apa gunanya guna daging premium, kan?

      Delete
  5. creative betul nama cafe ni!!! milkshake tu nampak sedap sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang nak ingat. Milkshake tu legit sedap! 👍🏻

      Delete
  6. bole tahan harga begernya..tp nmpk plain..oh peanut dressing tk pernh try....teliur tgk milkshake tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya typo pulak kat situ, sebenarnya sesame sauce. Maklumlah menaip malam2 hehe. Harga premium kak, agaknya sebab guna Angus beef. Milkshake tu sedap 👍🏻

      Delete
  7. Baru layan 2 malam burger jalanan. Alhamdulillah harga burger special ayam RM 6.50

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha aku rasa tekak aku ni pun lebih suka makan burger special daging ramly dari burger ni 😅

      Delete
  8. Campus ni Dania pernah pergi dengan kawan2. Amboi terlepas sampai ke sini. Ternampak anak Aaron Aziz pula kat sini. Time tu ternampak Dwi Ariana Binti Aaron.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, camane boleh terlepas tu sis Ezna? Dia tak bagitau mama dia awal2 ke? 😅 Saya ni kalau setakat artis mungkin kenal, tapi anak2 artis mintak maaf la, tak kenal pun kalau bertembung kat mana2 🤭 cuma terbaca anak2 dia pandai2 ye. Ni anak dia yg sambung belajar dekat UK lepas buat A-level tu kan?

      Delete
  9. Cie suka cheese lebih. Lagi banyak cheese lagi sedap burger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Cie, samalah kita suka cheese lebih 🤭 Sbb rasa cheese tu complement dengan rasa daging burger kan.

      Delete
  10. kiranya kalau minta cheese lbh pun diorg x kesah kan?🤣🤣gurau je...

    kalau isinya byk sy rasa berbaloi laa dgn harga. tambah pula daging premium kannn

    insya allah ada rezeki nk try jg laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak try tanya pulak 🤭 ke mmg dia dah siap2 letak double cheese dalam burger tu? Bagi saya rasanya mungkin ok klu dia tak letak sesame sauce tu sbb sesame tu kan ada rasa unik jadi bila bergabung cheese + daging + sesame sauce, mcm tak kena pulak. Mungkin orang lain suka, saya je yg tak.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .