Makan Malam di Remboelan @ Grand Indonesia

Salam Khamis kawan-kawan,

Sehari sebelum balik ke KL, kakak aku ajak makan di Remboelan di Grand Indonesia. Kiteorang kena ambik nombor giliran sebab ramai orang Malaysia yang nak makan di restoran viral ni. Alhamdulillah masa menunggu tak lama sangat, dalam 20 minit je. Tapi yang tak syoknya dapat meja tepi tingkap sebelah tempat orang beratur menunggu giliran jadi hadap je la orang dok jenguk ke dalam tengok kiteorang masa makan 😅. 


Grand Indonesia
Yang belakang tu tingkap menghadap mall. Masa ni dah kurang orang beratur, kalau tak ada la nampak barisan orang tunggu meja kosong kat belakang tingkap tu 🤭

Disebabkan entry ni dah lama sangat tertangguh jadi aku pun dah lupa rasa makanan kat sini 😂. So tak boleh la nak describe rasanya macamana ye hihi. Ni pun aku pergi website Remboelan nak tengok balik nama menu yang kiteorang pesan tempoh hari sebab aku dah lupa hihi. Jadi aku senaraikan menu yang dipesan ikut kategori dalam buku menu Remboelan. Yang pasti makanan kat Remboelan ni memang sedap-sedap semuanya. 

Untuk appetizer, kakak aku pesan pergedel jagung sambal roa, antara menu yang viral dan popular di kalangan pelancong Malaysia. Dia macam cucur jagung la tapi versi rangup. Makan panas-panas memang sedap.


RemboelanPerkedel Jagung Sambal Roa Gorontalo

Anak-anak pulak pesan aneka sate iaitu sate ayam dan sate daging.


Remboelan
Sate campur. Kuah sate sedap dan agak lain dari kuah kacang di Malaysia

Aku repeat menu nasi bakar tongkol asap cabe hijau tu sebab masa pergi dengan geng gegurls dulu aku suka sangat rasa smoky nasi yang dibungkus dalam daun pisang ni.


Remboelan
Nasi Bakar Tongkol Asap Cabe Hijau

Untuk sup pulak, rasanya kakak aku pesan tongseng sapi tapi aku tak pasti. Aku agak-agak je sebab mirip dengan sup dalam gambar buku menu 🤭.


Remboelan
Tongseng Sapi Telaga Sarangan (Javanese style beef and vegetables in coconut milk stew, served with sambal kecap)

Dari menu seafood pulak, kiteorang ambik gurame pedas sambal kemangi mangga muda ni. Gurame ni kalau aku Google ialah ikan kaloi. Ikannya digoreng sampai rangup. Sedap dengan sambal mangga muda tu.


Remboelan
Gurame Pedas Sambel Kemangi Mangga Muda Pangandaran (deep fried gurame fish fillet topped with combination of fresh sambal, shredded young mango, cucumber and Indonesian basil) 

Untuk menu daging pulak, adik aku pesan iga bumbu kemiri (aku rasalah). Iga atau bahagian rusuk lembu ni dibakar dan disalut dengan sos buah keras. Kiteorang ambik yang tak pedas. Sosnya sedap rasa manis dan daging pulak lembut. Yang ni memang sedap.


Remboelan
Iga Bumbu Kemiri Remboelan (grilled beef short ribs served with special Remboelan's candlenut sauce)

Pastinya menu sayur wajib ada jugak kalau dalam keluarga aku ni. Mak pilih sayur bunga betik dengan petai ni, sedap yakmat! 👍🏻 Bunga betik ditumis dengan daun betik, bunga kantan dan petai. Gabungan yang mantap, wajib repeat kalau ke sini lagi.


Remboelan
Tumis Bunga Papaya Vegetarian (stir fried papaya flowers and papaya leaf with kecombrang flower and stink bean)

Bahagian camilan pulak, kiteorang pesan pisang bakar Remboelan (another famous dish) dan aneka bubur Remboelan. Pisang bakar kat sana memang favourite aku la. Aneka bubur Remboelan terdiri dari lapisan setiap bubur dalam menu dieorang - ada bubur sumsum, bubur ketan hitam, bubur pacar Cina dan bubur candil.


Remboelan
Kiri: Pisang Bakar Remboelan
Kanan: Aneka bubur Remboelan

Untuk dessert, kiteorang cuba dua jenis es - es pisang ijo Makassar dan es puding mangga Probolinggo. Sikit lagi aku nak tulis Probowo 😂! Dua-dua pun sedap. Es pisang ijo tu ada rasa kelat-kelat sikit. Bila dah pesan aneka bubbur Remboelan, rasa muak pulak makan es pisang ijo ni. Es puding tu pulak lebih menyegarkan cuma mangganya tak la semanis mangga dekat Thailand. Tapi OK la, bagi balance sikit rasa manis dari dessert dan camilan yang lain.


Remboelan
Gambar besar: Es Pisang Ijo Makassar
Gambar kecil: Es Puding Mangga Probolinggo

Last sekali, minuman aku pilih es jeruk kelapa kot. Sebab takde dalam menu jadi aku tak ingat pulak nama minuman ni tapi memang ada es jeruk la dalam tu.


Remboelan
Tak ingat nama minuman ni - rasanya es jeruk campur kelapa

Alhamdulillah petang tu kakak aku yang belanja kiteorang semua makan di Remboelan. Semoga murah rezeki kakak 🤲🏻.

Post a Comment

19 Comments

  1. Ekceli mmg sedap² makanan kat situ... tapi masa kitrg pergi, amek plak lauk pauk , portion dia banyak gila sampai ada yg kitrg x habis sbb dah full sngt.. sayng mmg sayang tp tu la.. pricey sket tp mmg berbaloi .. datang situ jena pastikan perut korang kosong 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Portion mmg just nice la utk kiteorg bertujuh. Dessert tu je mcm tercungap jugak nak habiskan sbb tetiba cam tamak pulak nak cuba macam2 🤣

      Delete
  2. Es pisang ijo tu, luar pisang disalut tepung ya?

    Datang makan ramai-ramai gini seronok boleh order try pelbagai jenis makanan. Rasa itu sikit, ini sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, tak ingat pulak Kak Ujie, sbb dah lama sgt 😅 cuma igt rasa pisang tu kelat2 sikit, mcm belum masak betul.

      Delete
    2. betuuuul kak ujie... es pisang ijo, dibalut dengan tepung beras dan tepung terigu. dikasih pewarna hijau bair cantiiik kan :D.. es pisang ijo ini memang biasanya tak terlalu matang pisangnya karni... jadi agak masam sikit.. sebab saus dia dah manis kan... so, biar balance.. cuma karena karni dah banyak makan aneka bubur, jadi memang lah macam muak sikit saat makan pisnag ijo.

      Delete
  3. Meriah lauk pauk dan minuman serta pemanis mulut. Lagi best bila ada yang belanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tu la bertambah nikmat bila org lain yg bayarkan hihi

      Delete
  4. banyak2 menu kat situ, Tumis Bunga Papaya tu je akak tak penah cuba. sedap ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka sbb campur bunga kantan dgn petai 👍🏻

      Delete
  5. Replies
    1. Dessert kat sini sedap2 MZ 👍🏻 nanti cubalah kat sana 😉

      Delete
  6. rupanya romboelan ni ada beberapa outlet...kami pegi dkt grand indonesia juga...lokasi meja sama juga tepi tu tp ke blkng skit tkde plak org jenguk2 tgh mkn hehe...dessert pisang ijo tu rmi suggest soh order tp kami tk try sbb ada tmpt dessert lain yg dituju lps tu...menu iga bumbu tu sama yg order aritu dgn es kelapa jeruk tu..lpstu ada die bg free 2 gelas air jamu utk dicuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, kiteorg tak dapat pulak air jamu free tu hihi. Mungkin sebab tengah peak hours kot.

      Delete
  7. Ohh patutlah ramai recreate dessert Indonesia dan jual di Malaysia especially pisang ijo tu, adik Rin yg rajin beli makanan viral huhu. Bubur campur tu pernah nampak juga orang kita jual.

    ReplyDelete
  8. Kat Malaysia ada Rembayung, kat Indon ada Ramboelan.

    ReplyDelete
  9. rembulan ini memang jadi tempat fav saya kalau ajak tamu luar negara hahahahahah... kalau nak makan sendiri dengan keluarga, malas.. sebab pricey hihihihihihi... tapi ajak tamu, bolehlaaah...

    kalau kesini memang jangan pas makan siang atau jam makan malam.. pasti ramai.. kecuali kita ke mall of indonesia macam hari tuh, sebab mall itu memang tak seramai GI.

    sambal roa tuh saya sukaaaa... waktu june kemarin saya ada kasih karni sambal roa bukan yaaa? tapi itu dari menado, bukan gorontalo. susah cari yang roa gorontalo ini..

    iya itu tongseng... biasanya kalau di solo, tongseng dari kambing... tapi yg di rembulan ini dari sapi ternyata

    banyak yg saya belum coba menu di sana... nantilah kalau ajak tamu lagi hahahaha

    iiishhhhh jangan salah tulis lah karni... marah nanti orang probolinggo disamakan dengan Wowwow hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Komen yg terakhir itu bikin saya ngakak! 🤣🤣 tapi udah mirip benar sebutan dua suku kata pertama tu 😂

      Sambal roa yg Fanny kasi tu suami saya suka makan dgn nasi goreng. Saya coba, tapi ternyata pedasnya tak boleh diterima lidah saya yang manja ni 😂

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .