Salam Selasa uolls,
Salah satu periuk non-stick yang aku beli 3 tahun lepas dah calar-balar, jadi dah tiba masanya aku ganti dengan periuk baru takut jadi masalah kesihatan pulak kalau terus pakai.
Mula-mula aku berkenan dengan periuk stainless steel tapi kalau tak reti guna dan jaga, makanan akan melekat dekat permukaan periuk masa memasak dan periuk jadi pudar dan tak berkilat. Aku pulak sejenis suka periuk yang estetik sebab lebih bersemangat nak memasak 🤭. Terapi mata gitu.
Masa sale 10.10 yang lepas, Suami Terchenta offer belikan periuk baru. Alhamdulillah, akhirnya new kitchen toy dari jenama Ecowin ni dah selamat sampai 🤩.
Jom unboxing my new kitchen toy ni:
![]() |
| Kotak periuk sampai dengan selamat dan tak kemek |
![]() |
| Periuk ni ada penutup sekali |
![]() |
| Dapat free gift senduk, pemegang periuk silikon dan 2 keping span basuh pinggan |
![]() |
| Tadah! Corak kerang dekat bahagian luar periuk ni dengan pemegang warna emas ni sangat cantik di mata aku 😍 |
![]() |
| Harapnya warna periuk ni kekal dan tak bertukar kehitaman selepas digunakan dalam jangka masa lama |
Selain estetik, periuk baru ni lebih dalam (deep) jadi sesuai untuk goreng nasi / mee sebab makanan tak tumpah keluar dari periuk.
The downside pulak, periuk ni manja sikit tak boleh sental kuat-kuat dan tak dishwasher-friendly. Periuknya cepat panas jadi kena guna api yang perlahan atau sederhana, tak boleh la buat aksi memasak sampai api masuk dalam periuk 😅. Satu lagi, tak boleh masak ketam atau kerang takut calar pulak coating non-stick tu.
Semoga periuk ni kekal cantik dan dapat berkhidmat dengan lama sekurang-kurangnya 3 tahun 😁. Mana la tau lepas ni aku rajin buat post masakan sebab dah tak malu dengan rupa periuk yang kehitaman 😜.





32 Comments
Aduh, lawanya! Tapi periuk manja-manja ni risau, PH ni lasak haha... Masak pun macam nak bergaduh ahaha
ReplyDeleteAhahaha! Tergelak baca part masak macam nak bergaduh tu 🤣
Deletememang lawa lah designnya! i like!! happy cooking carneyz!
ReplyDeleteThanks MZ. I pun suka, malam tadi dah merasmikan periuk ni buat butter chicken dgn lauk sayur brokoli sesambil feeling macam KA tgh demo memasak 😆
DeleteCantik periuk baru.. Tp bab penjagaan tu kena hati2 juga...kn calar2 tu ...Selamat memasak pelbagai menu
ReplyDeleteIye kak. Periuk non-stick mmg manjah sikit. Periuk lama pun jenis non-stick jugak tapi bukan jenis ceramic coating, so lama2 pakai dah kehitaman kat dalam periuk. Tapi saya lenjan jugak buat masak mcm2 lauk termasuk ketam & kerang, tu yg calar-balar dibuatnya 🤭
DeleteLawa gini, kalau jenis bertangkai kanan kiri tu boleh terus letak hidang atas meja 😁
ReplyDeleteAah kan Kak Ujie. Tunggu periuk lain pulak calar-balar kihkih!
DeleteSemangat carnez nk masak2 lepas ni ye. Lawaaa jga ni
ReplyDeleteKadang tu la salah satu sb malas nk ambik gambar masakan ytk share hihii
Malam semalam dah semangat rasmikan periuk baru ni CIk Nur. Fefeeling 'What's up, gais?" masa masak2 tu hehe
DeleteLawa pree gift yang biru tu. Tahniah berjaya beli sesuatu masa 10.10. Nanti 11.11 beli apa pulak ?
ReplyDeleteBelum ada plan lagi Shai. Biasanya tak plan pun, klu ada benda yg kena ganti baru mungkin ada la beli time sale 11.11 nanti 😁
Deletemakin rajin memasak dan makin sedap laa masakan lepas niiiiii
ReplyDelete;-)
Tang sedap tu, klu tanya anak2 & hubby dieorg jawab sedap je (ikhlas ke tak, Wallahualam 😂). Yang pasti rasa lebih bersemangat bila memasak sambil berangan2 jadi KA hehehe
Deletekalo dh hitam gantung kat dinding dapur org kampung panggil kura2 atas lemari., hehe
ReplyDeleteMasalahnya Wak, yang hitam tu bukan luar bontot kuali tu, tapi kat dalam kuali huhu
DeleteOrang kata alah membeli menang memakai kan, Sis paking suka kuali Le Crouset Sis tu stainless steel, memang best masak, juga periuknya.. tp tu laa, kena hati-hati gak, berat semua, kalau pecah nangis aku hahahaha.. tapi kalau bt basahan, pakai semua yang beli kat TikTok hehehehe
ReplyDeleteYang ni harganya ok la, dlm RM60+ je. Setakat ni best masak sbb kualinya dalam. LC tu saya suka tengok je, nak beli mcm belum terbuka hati lagi mengenangkan periuknya yg berat tu 😅 yang kosong pun dah berat, klu ada lauk dalam tu mau kena tunggu jun balik baru dpt angkat letak atas meja 🤭
DeleteHehe kena basuh lemah-lembut.
ReplyDeleteSiap demo lagi kat anak2, cara2 nak basuh dengan lemah-lembut 🤣
Deletelawaaa, but true... nak ada semangat memasak peralatan dapur kena ada citarasa sendiri. sy sukaaa~
ReplyDeleteMasalah periuk lawa ni tak boleh lenjan sangat masa pakai. Tapi bila tengok periuk lawa atas dapur, rasa seronok memasak hihi
Deleteaiiiih cantiiik modelnyaaaa.... ^o^ . saya nih karena tak suka masak, jadi tak terlalu mencari yang estetik.. yang penting tahan lama saja... sebab malas nak beli sering2 hahahaha..
ReplyDeletejadi ingat pan di rumah sepertinya dah waktunya tukar.. dah lebih dari 6 tahun ;p . teringin cari yang keciiil, untuk masak telur mata sapi :D .
6 tahun pakai tu lama Fann. Kalau dah calar-balar memang dah masa kena tukar. Setakat ni belum terbuka hati nak beli periuk stainless steel, kerana walaupun tahan lasak, nak jaga juga tak kurang susahnya klu mau periuk tu sentiasa berkilat 😅
DeleteSA kan..sebenarnya ada beli satu set periuk Masaki..gara2 teracun ngan Kak Mulan dan Cie..tapi x ingat mana SA letak periuk tu...jangan dah buang plak..sebab Dania kalau mengemas faham2 je la..x tanya dulu...semua dia buang..tau2 dah takde...by the way periuk tu lawaaaaaaa
ReplyDeleteUish... camane boleh terbuang satu set periuk Masaki tu? Entah2 Dania ada simpan kat mana2 baik SA tanya kat mana 🤭
DeleteLawa periuknya.. tapi, bila dah baca cara² menggunakan.. sama geng Ngan PH.. tak sesuai dengan Linda . Hahahaha
ReplyDeleteHaha tu la 😜 Skrg rasa nak kena beli satu lagi kuali utk masak ala2 tukang masak kat restoran Cina yg api masuk dalam kuali bagai tu hihi
DeleteMacam nak terjebak juga ni.
ReplyDeleteTunggu sale 11.11 Cie hehe. Cie yg rajin masak mcm2 lauk setiap hari mesti lagi bersemangat bila ada periuk lawa kat dapur *done meracun* 😜
Deletewah lawaa! kena masak makanan aesthetic jela, sebab warna putih dan takleh kasau2 xD
ReplyDeleteSelain dari ketam dan kerang, yang lain boleh je masak guna periuk ni. Tapi mmg manjah kena cuci pakai tangan je. Kalau periuk sebelum ni boleh masuk dalam dishwasher 😅
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .