Weekend Family Time di CBTL

Salam Isnin kawan-kawan,

Alhamdulillah, hari ni anak-anak dah kembali ke sekolah selepas sehari ber-PDPR Jumaat lepas. Bila baca luahan ibubapa dekat Threads, macam-macam ragam ibubapa kena hadap anak-anak masa PDPR tu. Terus teringat pengalaman sendiri masa zaman PKP dulu hihi. Lupa nak mute mikrofon masa meeting, lepas tu terkeluar suara halilintar membelah bumi suruh anak-anak fokus dekat kelas online sebelum mommy bawak rotan! Bukan anak-anak aku aje yang kecut perut, yang join meeting online tu pun terdiam sekejap! 🤣 Kitonyo mak-mak millenial, takde masa nak ber gentle parenting 🤪. 

Apapun, syukur zaman tu dah berlalu. Harapnya jerebu ni tak berpanjangan dan semakin hilang la, demi kesihatan mental ibubapa 🤭.  

OK, marilah kembali ke topik entry hari ni.

Semalam kiteorang keluar membeli barang-barang rumah di AEON Alpha Angle. Sebelum masuk AEON, kiteorang singgah makan di CBTL. Kalau sebut CBTL, aku selalu sebut 'Coffee Bean' tapi bila tulis, aku tulis CBTL sebab senang guna short form aje orang dah faham.


CBTL
Anak-anak tanya, 'Mommy, kenapa kita kena asyik ambik gambar je?' Jawapan aku, 'Besok2 korang dah besar kalau komplen kenapa tak pernah bawak makan tempat best, mommy ada resit.' 😌

Masa kiteorang sampai, ramai jugak la orang dalam CBTL. Mungkin sebab kiteorang sampai pukul 3 petang, time tengah ada promo boleh redeem chocolate muffin guna 69 Bean Points je. Kiteorang pesan makanan dekat apps MyCBTL je sebab tengok ramai tengah beratur di kaunter. 

Ni makanan yang kiteorang pesan:


CBTL

Double chocolate (iced) dengan chocolate creme crown tu aku punya sebab teringin nak cuba lepas aku baca dekat blog MZ yang anak dia Zharfan suka air ni. Anak-anak suka vanilla cookies & cream ice blended. Suami Terchenta macam biasa nak minuman panas, dan kebetulan egg & salmon tu datang sekali dengan secawan teh Earl Grey jadi dia ambik air dalam set tu je. Macam biasa, Khayla nak creamy mac & cheese dan Khadeeja pulak nak chicken lasagna. Suami Terchenta tak lapar sangat jadi dia pesan baked chicken tenders dan chicken popcorn.


CBTL
Makanan lambat sikit sampai dan tak sampai sekaligus. Aku snap gambar mana yang sampai dulu je

CBTL
Egg & salmon ni agak besar portion nya, aku kongsi dengan Khadeeja sebab tak dapat nak habiskan seorang diri. Tu pun roti yang kat atas tu tak dapat nak habiskan.

CBTL
Creamy mac & cheese ni kecik je portion nya. Kalau dengan Khayla, tak cukup ni sebab anak sulung aku tu walaupun kurus tapi kuat makan. Ikut genetik bapak dia.

Alhamdulillah, dapat redeem RM8 voucher guna Bean Points sedia ada. Jadi aku terus guna masa bayar makanan tadi. Lepaslah buat cover caj SST 😄.

Lepas makan, kiteorang masuk AEON beli barang-barang dapur, lepas tu terus pulang ke rumah. Sejak jerebu ni, malas betul nak keluar jalan-jalan. Nasib baik kena top up barang rumah, kalau tak memang lepak di rumah je la sepanjang hujung minggu.

Korang pulak buat apa weekend lepas?

Post a Comment

16 Comments

  1. Weiii tergelak kita tau bila baca part yg jawapan awak utk soalan kenapa kena amek gmabar? 🤣🤣 betul la tu sebagai bukti yg korang dah pernah jejak kat satu² tmpt kan 😜🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye. Pastu dieorg buat muka dengar jawapan saya tu 🤣

      Delete
  2. Semalam cuba pujuk dan ajak En Sabar sarapan di CBTL lepas beli ikan tu, tapi kecundang jua.. akhirnya sarapan Nasi padang juga kita di waktu jam 9.20am.. arghhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, Jun pun mcm Abg Sabar tekak nasi padang 🤪 tapi kalah kena veto isteri terchenta dan anak2 hihi

      Delete
  3. mmg kalo setia ngan coffee bean dr dlu mmg akan sebut coffee bean..cbtl tu start bdk2 gengz skarang kt threads...sedap2 menu tu...chicken tender tu kalo order kt cashier if beli air dpt harga rm 9++ tk silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke. Tapi tu la semalam ramai pulak ke cbtl tu yg malas nak beratur kat cashier. Lain kali boleh try order kat cashier sbb anak2 suka sangat chicken tender semalam 😄

      Delete
  4. part soalan kenapa kena amik gmbr tu sama mcm soalan my razeen hahhah :) i singgah jugak CBTL semlm tp yg kat melawati mall--gigih semata2 nak redeem muffin tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. My daughters jenis tak suka bergambar, memang kena paksa klu nak ambik gambar 😜. Nasib dieorg la dapat mommy seorang blogger 🤭

      Delete
  5. Semalam singgah Kenangan Coffee je.Mencipta kenangan pertama di situ. ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak pernah lagi cuba Kenangan Coffee. Best tak?

      Delete
  6. Suami pun suka air panas juga. Kalau air sejuk kurang minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perempuan cepat panas kot. Aircond kemain kuat dalam kafe tu, tapi tetaplah pesan minuman sejuk 😆

      Delete
  7. Hahaha! Jawapan 'supaya ada resit' tu memang win! Nanti bila anak-anak besar boleh tunjuk bukti, 'haa ni mommy pernah bawa korang makan tempat best tau'. Memang cabaran kalau anak-anak jenis tak suka bergambar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, dieorg ni jenis tak suka bergambar SA. Saya pulak suka ambik gambar sbb nnt keluar la dekat Google Photos memory / throwback dekat Photos iPhone. Suka tengok keluar gambar2 dieorg masa kecik dulu, rindu zaman dieorg kecik dulu, bila suruh bergambar ready je senyum sambil tunjuk jari peace hihi. Skrg bila ajak bergambar buat muka pulak 😅

      Delete
  8. Auto gelak baca lupa mute microphone tuh 🤣🤣🤣🤣🤣. Terbayang muka yang mendengar langsung kaget kan 😂😂. Saya pernah lupa saat masih kerja di HSBC. Lupa mute, dan terkeluar pula Omelan untuk bos di kantor 🤣🤣🤣.

    Jawaban kenapa ambil gambar, itu pun best 🤭🤭. Biar ada bukti kan kita dah ajak mereka makan sana 😂

    Lamaaa sangat tak makan CBTL nih. Sukaaa , tapi tuhlaah lokasi dia di JKT jauh2. Jadi tak bisa sering2 . Dan lagi harga pun jauh lebih mahal daripada kopi lokal 😄🤭

    Samalaaah kita, tak kluar kalau tak penting sangat 😄😅. Kemarin tuh saja saya kluar, yang nak ke Inacraft pameran, makan sebentar trus balik rumah . Jadwal dah tak banyak, sampai Desember nanti baru puas2 lagi trip 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha iya kaget mereka kerana di kantor saya beda sekali perwatakannya, tak pernah mereka dengar saya menjerit umpama malaikat Israfil menjerit boleh bangkit orang mati dalam kubur gamaknya 🤣 Tapi kes kamu lagi sadis ya, terus apa reaksi boss kamu? 😅

      Ini anak2 Gen Z dan Gen Alpha, cepat lupa atau tak ambil endah bila kita bawa ke mana2. Nantinya ngomel tak pernah bawak ke tempat best, biar ada bukti nahhhh pernah dibawa kamu tu yang tak ingat 🤣🤣

      Skrg CBTL jadi tempat favourite ramai orang Malaysia mengopi sebagai alternatif Starbucks. Jujur saya lebih suka kopi di CBTL dari ZUS, tapi ZUS lebih affordable dan selalu bagi voucher. CBTL pulak kena kumpul Bean Points dulu baru boleh redeem voucher.

      Sekarang pun kesihatan kami berdua sudah mula terkesan akibat jerebu ni 🤧. Aih, semoga jerebu ni cepat2 hilang.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .