Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) Dengan Mak

Salam Selasa kawan-kawan,

Bulan lepas masa mak aku di KL, aku boleh katakan setiap hari kiteorang keluar jalan-jalan cari makan di sekitar KL. Beberapa tahun lepas, my mom kena kanser NPC (nasopharyngeal carcinoma) yang menyebabkan deria rasa dia hilang selepas menjalani beberapa sesi kimoterapi dan radioterapi. Post-treatment, agak lama dia tak dapat nak enjoy makanan macam sebelum kena kanser. Tapi pelan-pelan, deria rasa dia bertambah baik dan kelenjar air liur dia pun dah mula menghasilkan air liur semula (walaupun tak macam normal dulu). Dia pun dah boleh buat gigi palsu baru, jadi boleh mengunyah makanan macam biasa. Cuma dia tak boleh makan pedas sebab tekak dia akan rasa pedih. Sebab tu aku bawak dia makan puas-puas, kita tak tau bila nikmat makan tu akan ditarik balik 🥹. Selagi mak boleh enjoy makan, aku bawak je mak keluar makan kat mana yang dia teringin nak cuba.

Ni antara tempat-tempat makan yang aku bawak dia bulan lepas:

1. Paku & Pontianak


Paku & Pontianak
Restoran makanan kampung / Melayu kesukaan aku dan Suami Terchenta

Hands down, our favourite restaurant bila nak makan makanan kampung. Kiteorang selalunya pesan set talam Qaseh (siakap bakar, daging salai masak lemak cili api, kacang buncis tumis, ikan masin gelama, telur dadar, ulam-ulaman dengan sambal belacan dan nasi putih). My mom pun suka makanan kat sini dan suasana dalam restoran ni. Aku pernah review makanan di restoran sebelum ni, korang boleh baca kat sini.

2. Food Court SOGO KL


Food court SOGO KL
Mak teringin makan cendol dan yong tau fu di food court SOGO

Ni pulak masa aku bawak mak shopping beg sandang di SOGO. Lepas beli beg, mak kata teringin nak makan yong tau fu. Jadi bawak la dia makan di food court SOGO. Aku masih kenyang sebab breakfast lambat, jadi aku cuma pesan tau fu fa dekat I Love Yoo!. End up mak tak dapat habiskan cendol tu jadi terpaksa la tolong dia habiskan 😜.

3. Cafe Chef Wan @ KL East Mall


Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Mak tengah menikmati mee rebus Che Ani

Esoknya mak kata nak jalan-jalan di KL East Mall. Jadi bawak la mak ke sini. Since kiteorang belum lunch lagi, aku tanya mak nak makan kat mana? Mak ternampak Cafe Chef Wan, terus cakap nak makan kat sini la. OK jom. Mak tak dapat decide nak makan laksa Johor atau mee rebus Cik Ani. Jadi aku pun pesan laksa Johor untuk aku, dan mee rebus Cik Ani untuk mak. Nanti boleh la tukar kalau dia tak berkenan mee rebus tu. Mak suka sangat decor dalam restoran ni, jadi sementara makanan sampai mak mintak aku ambikkan gambar dia di beberapa sudut dalam restoran tu hihi. Kita layankan aje la... Bila mee rebus sampai, terbeliak mata mak tengok mangkuk tu lagi besar dari muka dia! 🤣 Tapi nasib baik la mee rebus tu kena dengan tekak dia jadi dapat jugak la dia habiskan (tinggal kuah je).

4. Oriental Kopi @ Dataran Merdeka (Pejabat Pos Besar Lama)


Oriental Kopi @ Dataran Merdeka (Pejabat Pos Besar Lama)
Korang tengok la besar giler gelas minuman dia 😅

Asalnya nak bawak mak jalan-jalan di Bangunan Sultan Abdul Samad. Tapi rupa-rupanya sekarang kalau nak tengok galeri dan pameran dekat bahagian atas, dah kena bayar tiket masuk. Sudahnya, kiteorang pergi makan je la. Mak kata dia nak makan kat Ruai House of Sarawak tapi aku cakap jangan ngengada la mak, balik Sarawak nanti boleh makan makanan Sarawak puas-puas 😆. Baik pergi makan dekat Oriental Kopi sebab kat Sarawak belum ada lagi cawangan OK. Mak pesan nasi ayam Hainan dan passionfruit sour plum. Aku pesan Oriental Signature nasi lemak dan teh cincau ais. Sementara tunggu nasi sampai, kiteorang makan roti bakar. Review makanan kat sini nanti la aku buat entry berasingan 🤭.

5. Kopi 'O' Kampong


Festival Budaya Malaysia
JJCM versi sarapan pagi pulak

Yang ni aku dah cerita dekat entry lepas. Nanti korang baca la sendiri dekat sini ye.

6. Padi Malaya @ Lalaport


Padi Malaya @ Lalaport
Kali pertama kiteorang makan di sini

Masa ni kiteorang hantar anak-anak ke Lalaport sebab dieorang nak tengok 'Chiikawa The Movie: The Secret of the Mermaid Island'. Aku dan mak tak ikut dieorang tengok movie, kiteorang jalan-jalan dalam Lalaport je sementara tunggu movie habis. Sampai kat sini, plan asalnya nak bawak mak makan di Chef Kecik tapi penuh dan kena ambik nombor giliran pulak. Sudahnya kiteorang tukar plan, makan tengahari di Padi Malaya pulak.


Padi Malaya @ Lalaport
Wefie sementara tunggu makanan sampai

Makanan kat sini surprisingly not bad la. Harga lebih kurang je dengan harga makanan di Chef Kecik. Kiranya boleh la repeat lagi tempat ni. Tapi yang ni pun aku akan buat entry berasingan.

Ni belum termasuk kakak aku pulak bawak mak dan aku pergi dinner 🤭. Kiranya bulan lepas penuh dengan agenda makan je hihi. Mak pun nampak seronok dan enjoy aktiviti JJCM ni. Alhamdulillah atas nikmat-Nya.  Semoga ada rezeki nak bawak mak JJCM lagi bulan depan lepas dia balik dari umrah dengan kakak 🤲🏻.

Nampaknya punah la harapan aku nak kurus tahun ni 😜. Next year cuba lagi ye Carneyz! 🤪 

Post a Comment

24 Comments

  1. Ini baru betul2 episod Jalan - Jalan Cari Makan. Terbaik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kita bawak mak makan sambil healing hehe

      Delete
  2. Seronok mak jjcm.. Mcm2 tmpt mkn best2 tu.. Nasibaik xmkn menu Sarawak kt Ruai tu ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dia kak, kat Sarawak takde / jarang jumpa makanan macam ni. Itulah saya cakap kat dia buat apa nak makan makanan Sarawak sbb dia tinggal kat sana tapi bercuti ke sini, baiklah cuba makanan kat sini hihi. Lain la kiteorang yg duduk kat sini 🤭

      Delete
  3. Alhamdulilah rezeki awak sekeluarga dpt bw mak makan²... yong tau fu kat sogo tu mmg fav tp mcm dah mahal la skrg foods kat foodcourt tu.. 1 lg kitrg suka sizzling katbsana tp mcm dah laam sgt x jejak sogo ni 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak pun cakap dia suka YTF kat SOGO dari dulu lagi. Kebetulan dah kat SOGO singgah la makan kat food court atas tu.

      Delete
  4. melakar kenangan indah dgn ratu hati kita memang akan jd precious moments utk dikenang. semua tmpt mkn yg u bwk ur mom ni best2 belaka!! i miss my mom...cuma lately my mom dh tak larat kalau nak gi jjcm gini..last dia dtg KL last few yrs, i sempat bwk gi hitea kat grand hyatt tu jerlah..sweet memories sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun pernah bawa my mom hi-tea dekat Grand Hyatt to celebrate her birthday in 2023. Masa tu my mom baru 2 years post-treatment, nampak struggle sikit dia nak makan tapi she enjoyed it sbb view kat Thirty8 tu lawa kan!

      Delete
  5. Chikawa ni kot Dania ajak ummi tengok tapi ummi kata alamak tak minat. Hehe. Seronoknya Karni dapat menggembirakan mak. Happy nampak mak Karni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, samalah kita sis Ezna. Saya pun suruh dieorg berdua je tengok movie tu 🤭 baik teman mak jalan2 cuci mata dekat Lalaport hihi

      Delete
  6. Bestnya JJCM dgn mak. Mak sis nampak sihat alhamdulillah, wpun cancer survivor. Semoga terus sihat ye Acik 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sis. Kagum dengan mak sebab mak kuat semangat masa dan lepas buat rawatan kanser 💪🏻. Saya pun belum tentu ada kekuatan macam mak saya ni 👏🏻

      Delete
  7. Masyallahhh.. hebat your mom. just take a good care of her. org kuat dia ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Yan, mak memang kuat orangnya. Saya pun tak rasa dapat jadi sekuat dia 😅 Insha Allah, selagi boleh happy kan my mom, selagi tu saya cuba.

      Delete
  8. Jalan-jalan cari beg... eh, makan... hehehhee

    ReplyDelete
  9. Rezeki dapat bawa mak JJCM, semoga sihat2 selalu ye aunty..

    ReplyDelete
  10. Sebak pula baca kisah mak Carneyz ni. Syukur alhamdulillah deria rasa mak dah makin pulih dan sihat. Memang betul, selagi ada rezeki dan nikmat sihat ni, manjakanlah mak selagi boleh, SA dah xde peluang dah, layan PZ je sekarang. Semua tempat makan yang dibawa tu nampak sedap-sedap belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan SA, kita layan je kehendak dieorg selagi dieorg masih ada dan kita mampu nak layan. Suka baca entry SA bawak PZ jalan2, mesti happy dia kan. Ada gak saya ajak mak duduk dgn kiteorg tapi dia yg taknak, agaknya sbb rumah kiteorg ni takde tanah nak bela pokok2 kesayangan dia 😅

      Delete
  11. WAah saya masukkan lah Paku Pontianak nih dalam list kuliner 😍😍. Kalau menu kampung, memang tak boleh skip 😄.

    Cafe chef wan nih memang selalu pakai piring yang besar2 yaaa 🤭. Tapi porsi sebenernya pas saja. Hanya karena pakai piring besar, jadi terlihat banyaaak 😂.

    Hahahaha betuuul tuh. Mak bisa puas makan kuliner Sarawak pas balik. 😄. Saya pun tipe yang tak nak makan kuliner Indonesia kalau sedang di overseas. Lebih memilih kuliner yang khas di tempat itu lah.

    Sayapun dah berpikir, di Malaysia nanti saya wajiiib bawa baju olahraga. Mengingat setengah bulan di sana akan kuliner sedap2, tak mungkin tak olahraga. Bisa mengembang bak adonan roti nanti 🤭🤭😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Tapi kamu tu byk berjalan kan, pasti burn kalori byk lepas makan 🤭

      Paku & Pontianak mmg saya recommend dekat semua orang kerana makanannya enak, paling saya suka daging masak lemak cili api sama ikan siakap bakar tu. Satu hal lagi kerana lauk-pauk set nya complement each other jadi lebih berselera bila makan 😄

      Delete
  12. aritu singgah sogo sy order ayam gepuk kat foodcourt tu
    ok next time boleh try yong tau foo pulaa...
    kenyang mak cik dtg kl mkn mcm2
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala anies. Mak pun happy je bawak JJCM hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .