Lunch Dengan My Mom di Oriental Kopi @ Pejabat Pos Besar Lama, Dataran Merdeka

Salam Isnin kawan-kawan,

Bersambung dari entry jalan-jalan cari makan dengan mak, kali ni fokus dekat Oriental Kopi (OK) di Pejabat Pos Besar Lama KL depan Dataran Merdeka. Btw, OK sedang rancak jadi topik perbualan di Threads baru-baru ni sebab ada orang persoalkan kenapa buku menu dieorang tak guna bahasa kebangsaan, cuma BI & BC? Tapi bangga mengaku produk Malaysia. Erm. Aku rasa part ni memang khilaf pengurusan OK jugak (sebab kan bangga mengaku produk Malaysia, kena la jati diri Malaysia) tapi tak perlu la sampai jadi isu nak boikot bagai. Bagi komen elok-elok untuk penambahbaikan sudah la. Ada je restoran pemiliknya Melayu yang terkenal sampai kena beratur ambik nombor giliran tapi menu dieorang tak guna BM, sepenuhnya dalam BI je (taknak sebut nama takut menangguh di air yang keruh 😅). Takde pulak dibisingkan di Threads. OK, done into the scene.

Eh, kan melalut lagi 🫣. Ko memang suka melalut la Carneyz. Terimalah hakikat 🤭.

Anyway, aku bawak mak ke Oriental Kopi di sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad ni sebab tempat makan dekat tingkat atas tu estetik dan mak pun tak pernah lagi makan di sini.

Oriental Kopi di sini ada dua tingkat - ruang makan terletak di atas, dan kedai menjual produk OK di tingkat bawah. Bahagian kaki lima di tingkat bawah pun ada jugak meja makan tapi di luar restoran dan agak panas, tapi ada kipas besar. Cumanya tak perlu beratur tunggu lama sangat macam di ruang atas.


Dataran Merdeka
Mak posing depan mural Pejabat Pos Besar Lama KL dekat tingkat atas restoran Oriental Kopi ni

Dataran Merdeka
Ruang atas ni agak terhad dan tak banyak sangat meja makan, jadi kalau nak makan kat atas jugak kena sabar beratur sampai ada meja kosong. Kiteorang beratur dalam 15-20 minit jugak la sebab lunch hour

Mak pesan nasi ayam Hainan dan passionfruit sour plum. Aku pesan Oriental Signature nasi lemak dan teh ais cincau. Sementara tunggu nasi sampai, kiteorang makan roti bakar.

Yang bagusnya di OK ni, servis cepat je lepas kiteorang dapat tempat duduk. Rasanya tak sampai 10 minit dah sampai semua makanan yang kiteorang pesan, walaupun pelanggan tengah ramai masa ni. 


Oriental Kopi @ Pejabat Pos Besar Lama KL
Nasi ayam Hainan

Oriental Kopi @ Pejabat Pos Besar Lama KL
Oriental Signature nasi lemak

Oriental Kopi @ Pejabat Pos Besar Lama KL
Teh ais cincau

Oriental Kopi @ Pejabat Pos Besar Lama KL
Roti bakar

Oriental Kopi @ Pejabat Pos Besar Lama KL
Mak dan minuman passionfruit sour plum yang besar gedabak confirm lepas tu korang rasa nak ke tandas

Oriental Kopi @ Pejabat Pos Besar Lama KL
Teh ais cincau ni aku dah pernah cuba di OK Sunway Putra, dan aku repeat sebab suka.

Sebelum ni aku dah pernah review nasi ayam, roti bakar dan teh ais cincau di sini. Dari segi rasa, sama je dengan yang aku pernah makan dulu, so kudos tu the QC team sebab rasa makanan OK ni konsisten di kedua-dua cawangan OK yang aku pernah cuba ni. Rasa yang konsisten ni penting kepada pelanggan macam aku sebab ni menunjukkan jenama tu serius dengan kualiti makanan dieorang. 

Portion nasi lemak agak besar la bagi aku, gigih aku nak menghabiskan sebab dah kenyang. Aku suka telur matanya sebab kuning telur tu cair. Nasinya pulak wangi (guna beras wangi biasa, bukan beras basmathi) dengan aroma santan dan sedap secukup rasa. Ayam berempah tu rangup di luar dan juicy di dalam, cuma ada bahagian yang aku rasa kurang masak sebab dagingnya masih merah sikit. Ikan bilis tu pulak, aku prefer ikan bilis yang lebih halus - ikan bilis kasar macam ni selalu lekat di celah gigi aku. Untuk standard kopitiam, nasi lemaknya OK la. Setakat ni aku belum jumpa lagi hidangan di OK yang betul-betul memikat rasa dan membuatkan aku rasa nak repeat OK selalu. Makanannya setakat ni memang sedap, tapi biasa je la. Yang pastinya, teh ais cincau dia kaw, rasa manisnya just nice dan sedap. Mungkin aku kena cuba lebih banyak menu di OK baru betul-betul jumpa yang aku betul-betul suka.

Korang dah pernah makan di Oriental Kopi tak? Korang suka pesan hidangan dan minuman apa? Cer kongsi di ruang komen.

Post a Comment

24 Comments

  1. cantik mural yg mak ootd tu...wah besar btul air mak tu ye...pernah skali mkn sini...suka menu prawn mee ngan egg tartnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, terkejut kiteorg bila smp ke meja hihi. Ok lain kali boleh la cuba prawn mee dgn egg tart sini. Hari tu nak beli jugak tapi dah kenyang.

      Delete
  2. Geramnya tengok telur mata tu, gediks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye saya suka telur mata gini sis hihi. Kalau dpt telur mata yg dah keras kuning telurnya, rasa murung pulak 😅

      Delete
  3. Saya kira efek lensa kamera. Ternyata memang sebesar itu yaaaa es cendolnyaaa.
    Langsung kepingin juga saya mbaaak. Aduh, itu kalau beli di tukang es cendol depan rumah, sepertinya setara dengan empat porsi, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang besar porsi minuman di sini. Makanya selesai makan, terus cari kamar kecil dulu baru pulang hihi

      Delete
  4. Tak pernah cuba sebab jarang pergi kopitam atau kedai2 kopi ni. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, ada rezeki cubalah makanan di kopitiam.

      Delete
  5. Kalau portion besar, selalu mesti nak tapau juga. Tak lalu nak perabih tu Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggal nasi separuh, dengan ikan bilis sikit. Nak tapau pun mcm takkan makan di rumah je 😅

      Delete
  6. memang hangat jugak isu kat thread psl cafe ni tak guna menu BM hahah kiranya target customer nya bkn malay lah gitu kan...tapi nmpk ownernya dh rectify the situation, so hrp2 setel isu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Could be la kan MZ. Klu tgk kebanyakan outlet outlet OK dekat area yg ramai tourist (mat salleh / China tourists), e.g. sebelah bangunan Sultan Abdul Samad, KLIA2, big malls. Owner maybe assume local Malaysians semua faham English / dah familiar dgn menu kopitiam, hence buku menu ni sebenarnya utk foreign tourists. Or, it could be skrg dah dinormalisasikan buku menu cuma dlm English je. Sbb ada je outlet yg pemiliknya Melayu atau 100% bumiputra yg tak pakai BM pun dalam buku menu dieorg.

      Tapi kenapa org yg bangkitkan dan yg viralkan isu ni tak pukul rata semua outlet F&B yg tak guna BM? Was the issue raised to genuinely highlight the lack of use of our national language or the comment was made in bad faith? 🤷🏻‍♀️

      Delete
  7. OK ni jarang laa jumpa yg lengang
    asik penuhhh je

    kopitiam punya nasi lemak ni paling sy tak suka dia punya ikan bilis
    dah laa besar kadan2 tu masin yakmat
    betul tu
    so far lom ada yg boleh kalahkan nasi lemak jalanan yg mana sambalnya sedap pedas, ikan bilis rangup... nasi sy tak kisah sgt. 2 ni kalau sedap yg lain2 mesti akan sedap jg hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Anies. Nasi lemak klu sambalnya out, semua out.

      Delete
  8. Yaa makan di OK ni semuanya biasa jerr nyahhh cuma pelik orang beratur macam haperr.. cuma tak nafikan Sis suka egg tart dia, sedapppp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak faham. Ke sbb tekak kita tak minat kopitiam? hehe. Egg tart dia belum cuba lagi. Nanti la nak beli.

      Delete
  9. baca komen fajar, saya liat lagi menu yang dipesan.. perasaan tak ada es cendol... atau es cincau itu dia salah baca ;p .

    kalau gelas karni , besarnya masih normal... yang punya mak itu bikin kaget.. langsung dikasih bucket untuk es batu yaaa hahahahahaha.... tapi menarik lah..

    baru sekali saya makan di OK... waktu itu pesan bihun goreng dan chi cong fan... sedap, tapi porsi memang besaaar kan ;p... memang susah payah nak habiskan chi cong fan nya.. apalagi pakai kuah kari pula...

    tak tahulah akan kesana lagi atau tak.. nak coba tempat makan lain soalnya... tapi kalau raka nak balik, saya pasti akan pesan menu2 lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya rasa dia salah liat atau salah baca. Tak apalah, es cendol pun es cendol la hihi.

      Porsi di sini memang gede, sesuai harganya. Saya cuma akan datang lagi kalau tekak teringin nak makan menu kopitiam.

      Delete
  10. Replies
    1. Saya tak pernah lagi minum kopi di OK ni. Tapi teh ais dia kaw, saya suka 👍🏻

      Delete
  11. Viral juga pasal menu tu. Dah kat Malaysia kena la ada dwi bahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk je restoran kat Malaysia termasuk la restoran org Melayu yg tak guna dwi bahasa dalam menu dieorg / menu dlm BI je

      Delete
  12. tanjat tengok passionfruit sour plum tu, besar betul!
    saya suka makanan kat oriental kopi ni. pernah makan nasi lemak, mee kari, hor fun, egg tart. so far semuanya kena dengan tekak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang pun terkejut tengok dah macam satu jug air yg dihantar ke meja 🤣

      Bagi saya pulak, makanan sedap tapi biasa2 je. Takde yg betul2 menarik minat saya.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .