Makan Malam di Chili's KLCC

Throwback kisah bulan Ogos yang lepas.

Selesai menonton movie Spiderman, kiteorang singgah makan malam awal di Chili's dulu sebelum balik.


Chili's KLCC
Kena menunggu sekejap sebab restoran agak penuh, tapi mujur la ada bangku disediakan. Sementara tunggu ada meja kosong, kiteorang wefie dulu.

Kiteorang ni nak kata lapar sangat tak la jugak sebab dah mengunyah popcorn dalam cinema tadi, jadi order menu for sharing je la.


Chili's KLCC
Wefie lagi sementara tunggu makanan sampai

Ni menu yang kiteorang pesan:


Chili's KLCC
Vanilla milkshake untuk anak-anak. Aku minum air kosong dan Suami Terchenta pesan iced lemon tea (lupa ambik gambar)

Chili's KLCC
Triple Dipper - kiteorang pilih buffalo wings (boneless), fried mozzarella dan big mouth bites (beef). Dihidangkan dengan sos house-made ranch

Buffalo wings ialah favourite Suami Terchenta. Aku pernah cuba buat kat rumah guna perencah buffalo wings jumpa kat AEON tapi tak sama rasanya mungkin sebab kena guna hot sauce sebenar. Paling hampir rasanya dengan buffalo wings kat restoran ialah kepak goreng kunyit lepas tu lumur dengan sos Tabasco 😅.


Chili's KLCC
Santa Fe Quesadillas dengan corn salsa. Quesadillas ialah my favourite Mexican food 😋

Untuk dessert pulak, anak-anak request nak molten chocolate cake. Tengah-tengah kek ni ada coklat cair. Dah namanya molten cake, kena makan dengan berhati-hati sebab panas macam molten lava!


Molten Chocolate Cake dengan aiskrim vanilla di atas

Sebenarnya tak dapat habiskan pun sebab portion makanan kat sini memang besar. Jadi mintak dieorang bungkus yang lebih. Esoknya panaskan untuk sarapan pagi. Alhamdulillah.

Post a Comment

17 Comments

  1. Kalau banyak biasanya mesti bungkus jga ciknur pun
    Blh mkn lg kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Cik Nur, besar portion kat sini. Bungkus bawak balik. Esok panaskan makan waktu sarapan.

      Delete
  2. yelah sebab makan waktu belum berapa nak lapar kan.. kalau time lapar memang selesai rasanya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb dah kenyang mengunyah popcorn jugak Ammi. Tapi klu tak singgah makan balik rumah lapar pulak.

      Delete
  3. Lamanya tak makan kat Chili's rasanya masa anak sulung kecik je. Belas tahun dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg yg dekat2 ni pun jarang2 makan kat Chili's. Anak2 picky eaters sikit.

      Delete
  4. Molten Chocolate Cake tu fav... Triple dipper dh lain skarang...Lamanya tk singgah chili's

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn anak2 dieorg suka molten chocolate lava cake tu. Triple dipper tu boleh pilih nak apa kak. Kiteorg pilih fried mozzarella, buffalo wings dgn big mouth bites.

      Delete
  5. Replies
    1. Kiteorg pun dah lama tak ke Chili's sebelum tu, rasanya last tahun 2024.

      Delete
  6. Replies
    1. Sedap molten cake ni cuma manis leting jadi saya makan sesuap je buat raso2.

      Delete
  7. looks nice~
    lepas makan jenjalan KLCC, wah gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tak sempat jalan2 Cha, lepas makan terus balik sebab nak Asar kat rumah.

      Delete
  8. Ya Allah kapan terakhir saya makan di chili's yaaa 🤭😅😅. Lamaaaaa sangat. Duluuuu zaman dating dengan Raka, sering makan di chili's memang besar portion.

    Trus banyak tutup cabang mereka di JKT, sekarang nih sisa 2 saja. Jadi rindu pula nak makan lagi 😄. Paling favorit nachos dia lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya nacho's dia sedap kan? Sayang anak2 tak lapar sangat kalau tak mesti mereka request nacho's 😅

      Delete
  9. Sis tak pernah makan kat Chilli's lagi....tapi nampak Triple Dipper tu macam nak try cuba je.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .