Salam Khamis semua,
Throwback kisah bulan lepas masa aku pergi ke MidValley untuk survey vacuum cleaner di outlet Dreame MidValley.
Lepas aku keluar dari showroom Dreame, aku pun ambik kesempatan jalan-jalan cuci mata di MidValley sebab dah lama tak pergi ke sini. Masa lalu di North Court, aku ternampak ada pameran Mid Autumn Festival.
Mid Autumn Festival atau Perayaan Kuih Bulan ialah sebuah perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina pada 15 haribulan bulan ke-8 mengikut kalendar lunar Cina. Tahun ni masyarakat Cina di Malaysia menyambut perayaan kuih bulan pada 25 September 2026.
Biasanya, masyarakat Cina menyambut perayaan ni dengan berkumpul bersama keluarga untuk makan malam, bertukar-tukar kuih bulan, bermain tanglung berwarna-warni, malah ada jugak komuniti yang mengadakan perarakan tanglung dan aktiviti kebudayaan.
![]() |
| Dekorasi pameran Mid Autumn Festival di MidValley |
Aku pun turun sebab nak tengok kuih bulan yang dijual di sini. Kebanyakan pempamer di sini ialah dari hotel-hotel terkemuka dan jugak kedai kek dan roti. Masa aku bekerja dalam bidang Corp Comm dulu, kadang-kadang ada klien yang hantar kuih bulan dekat boss aku yang berbangsa Cina dan dia selalu kongsi kuih bulan yang halal dengan kiteorang. Kebanyakan hotel terkemuka menjual kuih bulan yang ada sijil halal.
![]() |
| Concorde Hotel - packaging kuih bulan lawa ni menggunakan hiasan bunga hidup yang dah dikeringkan. Menariknya, hiasan bunga ni boleh dijadikan display jugak |
Masa kecik dulu, mak aku akan kumpul duit dan beli sebiji kuih bulan dari Amway. Lepas tu dia akan potong kecik-kecil supaya kiteorang adik-beradik semua dapat merasa kuih bulan ni. Dari situlah aku kenal dengan kuih bulan. Aku paling suka kuih bulan inti kuning telur masin dan lotus seed. Sekarang dah ada macam-macam perisa - durian, pistachio, macam-macam adalah. Tapi somehow, my favourite masih lagi kuih bulan yang tradisional.
Sebelum balik, aku singgah dekat Maybank redemption counter sebab nak tebus hadiah lepas beli barang di MidValley.
![]() |
| Dapat free gift mangkuk kecik. Yang penting kotak lawa dan ada logo bank rimau tu ðŸ¤. Biar stress Suami Terchenta nengok mangkuk ni hihi 😆 |







26 Comments
Tk pernh mkn kuih bulan.. Oh kulitnya mcm mochi sedap tu.. Best dpt free gift tu..kotak pn cantik
ReplyDeleteKuih bulan ada 2 jenis - yang tradisional punya dibakar. Yang moden punya dipanggil snow skin tu kulitnya mcm mochi. Inti sama je. Dua2 sedap bagi saya
DeleteLawa-lawa packaging semua... bestnya dapat free gift
ReplyDeletePackaging lawa2 sbb tradisi dieorg nak bagi gift kat org sambil bertukar2 kuih bulan. Tak tau nak buat apa dgn mangkuk kecik tu jadi masih dalam kotak lagi hehe.
DeleteAda beli kuih bulan tidak? Macam-macam perasa daripada pempamer berbeza.
ReplyDeleteTakde. Harganya keras2 hehe.
Deletei tak reti mkn la kuih bulan..zmn bujang masa i keje UOB, selalu dpt kuih bln ni tapi i tak mkn so i bg kat my jiran (chinese)
ReplyDeleteKalau nak describe rasa kuih bulan ni pun tak reti jugak. MZ patut try satu. Klu suka kuning telur masin, cuba yang tu. Sedap, rasa manis tu lebih berlemak bila ada rasa masin dari kuning telur masin tu jugak.
Deletesuka tgk bentuknya, lelawa.
ReplyDeletesy suka inti kacang merah. mmg jika ada yg beri, akan potong kekecik, syg nak makan.
Betul, dulu2 setiap keluarga ada acuan kuih bulan dgn nama keluarga dieorg atas tu. Jadi bila dieorg kasi kat orang, org tau kuih bulan tu dari siapa.
DeleteKuih bulan ni favourite sy jugak. Tapi tahun ni, tak sempat tengok festival kuih bulan di mall, tapi dapat jugaklah beberapa biji dari client Pak Inche. Masa kecik² dulu kami tak didedahkan dengan kuih bulan ni, ada jer hal negatif zaman dulu² kan. Sekarang mudah dah nak dapat kuih bulan halal, bolehlah makan puas².
ReplyDeleteSedap kan, tapi nak makan sebiji terus cepat muak. Kalau beli atau dapat hadiah kuih bulan, saya akan potong kecik2 makan sikit2 lepas tu simpan. Haah skrg senang nak dapat kuih bulan halal. Yang hotel besar2 buat semua ada sijil halal
DeleteDulu ada juga rakan blogger Melayu kita berjualan kuih bulan.Tak tahu sekarang masih lagi atau tidak.
ReplyDeleteOh siapa ye. Tak igt pulak aku.
Deletekarniiiii, samaaaalah, saya pun dulu tahu moon cake ini yang punya amway... jadi karena dulu pas kuliah di penang saya stay di rumah chinese family, anak bungsu keluarga ini selalu beli kue bulan halal untuk saya yang dari amway.. jadi saya bisa makan... dari situ sukaaa sangat... di jkt jarang ada yang halal... makanya kalau nak makan ini agak susah, harus menunggu saat saya ke malaysia lah :D . paling suka yang ada yolk nya
ReplyDeleteZaman saya kecil dulu tak banyak pilihan kuih bulan yg halal. Klu di tempat saya, emak saya cuma yakin kuih bulan dari Amway sebab ada sijil halal. Saya pun suka yg salted egg yolk. Enak kan?
DeleteWow! menarik sekali kan..gambar2 sangat cantik..
ReplyDeleteEh sempat lagi Cikgu BW masa bercuti2 ye. Selamat bercuti ke Morocco. Skrg sejuk tak kat sana?
DeleteSA baru ni ada makan kuih bulan..kat level kayangan ni la...sedap..x manis sangat...
ReplyDeleteWah, kuih bulan level kayangan. Sedapnya 😄
DeleteSedapnya kuih bulan..tak pernah lagi cuba beli kat Amway tu.. padahal ada je ahli.. hihihi
ReplyDeleteDulu2 susah nak cari kuih bulan halal, Amway je yg senang nak dapat hehe. Skrg kebanyakan kedai roti dan pasaraya dah ada jual kuih bulan halal.
DeleteCie paling suka kuih bulan. Packaging pun cantik2.
ReplyDeleteItulah, sedap kuih bulan ni, makan dgn kopi o atau teh o panas 😋
Deletealmost setiap minggu sepanjang november tu keje kitorang mengunyah mooncake je. colleagues chinese bawak banyak gila, macam2 perisa ada
ReplyDeletekalau mall besar mmg diorang raikan mid autumn ni
ReplyDeletesana sini jual kuih bulan
penah jg rasa juga kuih bulan yg halal
manis leting hehehe
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .