5S Home Office

Salam Jumaat kawan-kawan,

Home office di rumah ni dah macam sarang tikus aku tengok. Tempat mencampak segala barang yang tak tau nak letak kat mana huhu... Maklumlah rumah kecik takde bilik stor. Itulah home office, itulah bilik stor. 

Tapi kalau dibiarkan lama-lama, sakit mata pulak. Terpaksa la aku seru jugak semangat membuat 5S di ruang ni.

Dulu masa zaman bekerja, department aku memang ada satu hari dalam sebulan yang semua orang kena kerah buat aktiviti 5S di tempat masing-masing: Sort (Seiri / Sisih), Set in Order (Seiton / Susun), Sweep (Seiso / Sapu), Standardize (Seiketsu / Seragam) dan Sustain (Shitsuke / Sentiasa Amal). Lepas tu hujung tahun department HSE akan buat pertandingan ofis siapa yang paling kemas. Ofis kiteorang memang sentiasa tak menang haha. Bukan sebab kiteorang malas nak kemas, tapi dah namanya department HR, dokumen sulit memang bertimbun-timbun dan makin bertambah setiap tahun. Nak lupuskan tak boleh, sebab legal documents kan, nak tak nak terpaksa la redha je sentiasa antara yang tercorot haha.

Untuk aktiviti 5S ni, aku ambik masa 2 jam jugak la nak mengemas. Paling lama buat step yang pertama tu, seiri / sisih. Kena asingkan mana yang nak recycle, mana yang kena buang dan mana yang nak kena donate / bagi kat orang. Buku-buku agama budak-budak ni (buku kerja / buku latihan) kena masukkan dalam plastik untuk dihantar ke tempat pelupusan buku-buku agama. Ada 2 biji kotak aku asingkan pakaian lama - satu kotak pakaian yang masih elok dan satu kotak lagi pakaian yang dah koyak-rabak / lusuh. Beg-beg lama dan beg-beg yang tak digunakan lagi aku akan hantar sekali ke program sumbangan dan pengumpulan barang terpakai dekat Taman Pelangi hujung bulan ni.

Kerusi urut lama yang dah mengelupas bahagian leather tu rasanya dah tiba masanya untuk dihantar ke tong sampah besar di bawah walaupun masih elok lagi. Rumah kiteorang ni tak cukup ruang nak menyimpan harta-karun yang tak dipakai, jadi terpaksa la bye-bye aje.

Selepas 2 jam mengemas, vacuum dan susun balik barang-barang yang tak diasingkan, ni la hasilnya:


5S home office
Hujung bulan ni, 2 buah kotak dekat sudut dinding tu pun dah bye-bye jugak untuk dikitar semula. Tinggal barang-barang dalam troli, beg mesin jahit, luggage, yoga mat dan dumb bell

Nak mengemasnya tak lama manapun, nak mula mengemas tu yang susah hihi. Next part iaitu meja ofis pulak aku sambung bila dah rajin balik 😜. Penuh dengan surat-surat dan kertas-kertas bil, resit dan segala macam lagi. Yang tak rajinnya buat bendalah tu ialah aku kena shred satu persatu surat-surat tu sebab ada maklumat peribadi. 

Ni ok lagi. Beberapa tahun lepas aku rajin tengok rancangan Marie Kondo, pempengaruh dari Jepun yang kerjanya mengajar orang cara-cara menjadi organised dan dia akan pergi ke rumah orang untuk tolong dieorang mengemas. 

Method dia mengemas mula-mula sekali kena kumpul semua barang dan longgok dekat satu tempat. Lepas tu dia akan tanya, "Does this spark joy to you?" Kalau jawapannya ya serta-merta, simpan. Kalau ragu-ragu, letak tepi tapi memang hujung-hujung ke tong sampah jugak. 

Aku pun buat la benda yang sama dia ajar masa kemas bilik anak-anak. Masa tu dieorang kecik lagi. Lepas aku kumpul segala mainan dieorang, ya Allah... baru aku sedar yang aku ni suka belikan dieorang mainan 🤣. Pastu menyesal sebab bilik dieorang masa tu lantai pun tak nampak, penuh dengan permainan.

Aku rasa 2 hari jugak la baru aku setel kemas sebab asal nak mula je, aku depressed tengok longgokan barang-barang tu jadi aku akan keluar bilik dan take a break. 

Tapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Selepas berhempas-pulas mengemas (dan deal dengan anak-anak tantrum sebab toys yang dah rosak dan tak main lagi kena buang!) akhirnya kemas jugak bilik anak-anak. Ni la hasilnya:


5S bilik anak-anak
Korang bayangkan bakul-bakul tu semua untuk letak toys je. Lepas aku kemas, akhirnya baru nampak lantai bilik 🤭

Selain bilik home office, aku nak kena kemas jugak almari pakaian. Yang tu pun satu cabaran jugak. Doakan aku gais hihi.

Post a Comment

22 Comments

  1. Cie pun selalu gini dalam setahun tu memang kena buat kalau tak memang semakin menjadi sarang la. Bila buang lapang sikit ruang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, biasanya hujung / awal tahun masa yg paling sesuai utk mengemas / mengaudit barang2 di rumah ni supaya tak menjadi tukun je hihi

      Delete
  2. Bila mengemas ni, bukan ruang saja lapang. Fikiran kita pun terasa lapang kan, hilang rasa serabut tengok barang banyak/bersepah. PH ada baca, ianya bukan setakat space clearing & organizing but freeing our mind too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sis, mmg lapang fikiran tengok bilik home office ni dah kemas. Meja kerja pun dah kemas sekali shred segala surat2 lama hihi

      Delete
  3. Good Luck. Aku kena tunggu ada kerajinan yang lebih baru nak mula mengemas dan membuang apa yang patut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha samalah kita. Aku pun tunggu semangat rajin tu dulu baru buat. Tu pun sbb dah sakit mata tgk barang sampai takde tempat nak letak melimpah-ruah ke lantai 🫣

      Delete
  4. Bab mainan memang pening kepala, husband saya pula collector hotwheels urmmm haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada rak / kabinet khas utk simpan koleksi hotwheels dia kot haha

      Delete
  5. pagi semalam i sempat mengemas dokumen dlm my drawer.......buang apa2 dokumen yg unwanted/no use

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti rasa lapang fikiran lepas kemas dan buang apa2 yg tak pakai lagi kan?

      Delete
  6. bab ngemas ni mmg nk start tu payah..tp bila dh start mcm2 nk buang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kita serupa kak 😜 sekali datang mood mengemas, abis semua nak dibuang! 🤪

      Delete
  7. Weiii kita pun buntu mana nak start... kdg bende tu bersepah bkn kt satu tmpt je.. adeh setiap ruang ada je barang.. sekecil² kete maina hingga la ke besar² bag sekolah hahaa adoii ni baru kemas sket² dh rasa semput😭😭 mcm nak buang je semua viar kosong terus rimah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kena ada checklist Kak Ret. Minggu ni bilik A, minggu depan bilik B, minggu satu lagi kemas lemari pulak. Klu rasa semput, boleh upah orang datang kemas hihi

      Delete
  8. Semangaaàat Karni. Tapi lepas dah rapi semua, memang macam puaaaaas sangat kan. Betul lah kata orang, beres2 rumah nih bisa bikin pikiran rileks sebenarnya 😄.

    Sayapun lebih suka rumah yang tidak banyak barang tak berguna. Jadi kalau saya lihat ada barang yang tak pernah dipakai lagi, memang akan saya buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaa, rasa lapang fikiran dan puas hati liat semuanya udah tersusun rapi 👍🏻 Minggu depan kerana ada program sumbangan baju2 terpakai makanya saya akan fokus mengemas almari pulak supaya baju2 yang udah lama tak pakai boleh didermakan dan bakal ada ruang dalam almari saya. Maklumlah lepas balik dari Jakarta baju2 saya udah bertambahhhh 🤭

      Delete
  9. kalau kita ni jenis suka menyimpan barang2 kenangan, memang sayang je nak buang barang2. kena cekalkan hati je xD tapi once bilik dah clear tu terus rasa lega kepala kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, lepas dah berpindah-randah 4x dalam tempoh 10 tahun, saya belajar utk let go brg2 yg tak digunakan sbb saya fikir nnt klu kena pindah lagi, tak banyak kerja nak bungkus bawak pindah 😆

      Delete
  10. Dulu lepas kawin hubby introduced la 5S ni. So now if dia lupa, kita pun sound lah kias2 hehe. Memang ada je barang yang sangat sayang. Now memang kena kurangkan selagi boleh. Tenang mata dan jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Mulan, lagi kurang barang lagi tenang rasa fikiran dan kurang sakit mata memandang hehe

      Delete
  11. wahhhh ini memang betul2 kemas ni
    tertanya2 ni
    siapa punya mini singki IKEA tu?
    hehehe
    kayla dgn khadeeja main masak2 lg ke?
    ke kyra dgn louise yg main? hahahaha

    ReplyDelete
  12. Sis tiap kali sebelum puasa, sewa roro dan kemas segala benda untuk di sorting dan buang.. redha aja kalau nak buang tu.. kalau sayang memang makin bertimbun hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .