Jalan-Jalan di Festival Budaya Malaysia 2026

Masa my mom ada kat sini, aku sempat la bawak mak ke Taman Tasik Titiwangsa dengan niat nak brisk walk sesama. Tapi bila sampai ke sana, rupa-rupanya ada event Festival Budaya Malaysia. Tapi masa tu banyak gerai baru nak set up jadi kiteorang pun ambik kesempatan brisk walk sambil meninjau jualan dan aktiviti yang bakal berlangsung hujung minggu tu.


Festival Budaya Malaysia 2026
Posing dengan mak di sudut bergambar ni

Mostly ada gerai jualan makanan sepanjang laluan kiteorang. Ada jugak persembahan alat muzik dan tarian tradisional (aku assume la, sebab kiteorang terserempak dengan beberapa orang yang berpakaian tradisional masyarakat Kadazan). Ada lalu tepi pentas persembahan fesyen, tapi hari kiteorang pergi tu belum mula lagi kot persembahan fesyen tu (kiteorang pergi hari Jumaat, kemuncak event ni ialah hari Sabtu dan Ahad esoknya).


Festival Budaya Malaysia 2026
Ada permainan tradisional, persembahan alat muzik tradisional, jualan baju tradisional dan macam-macam lagi 

Tapi yang paling menarik perhatian kiteorang di festival ni ialah Pesta Seri Rasa:


Festival Budaya Malaysia 2026
Gerbang masuk ke Pasar Seri Rasa

Festival Budaya Malaysia 2026
Cantik hiasan sudut Pesta Seri Rasa ni, macam melangkah masuk ke pasar dulu kala

Festival Budaya Malaysia 2026
Gerai makanan memenuhi kiri dan kanan laluan ni

Ternampak gerai kopi yang menarik, apa lagi my mom yang pantang tengok kopi terus ajak singgah mengopi hihi. Kiteorang pesan kopi (my mom pesan kopi O dan aku pulak kopi susu) dan ubi rebus dengan sambal ikan bilis dan kelapa parut, since kiteorang tak breakfast lagi. Ada kerusi dan meja camping disediakan untuk kiteorang mengopi. Fefeeling macam tengah healing dalam hutan bila dikelilingi pokok-pokok tinggi! 😅


Festival Budaya Malaysia 2026
Mengopi bawah pokok dengan mak hehe

Festival Budaya Malaysia 2026
Macam pergi camping pulak 😜

Festival Budaya Malaysia 2026
Pesan kopi siap dapat biskut cracker untuk cicah dengna kopi

Dah setel mengopi, my mom nak jalan-jalan tengok gerai makanan di Pesta Seri Rasa ni. Eh eh, ada gerai makanan Sarawak jugak. Kemain syok mak sebab dapat jumpa 'orang kampung' hehe. Banyak pulak tu dia beli dari gerai-gerai makanan Sarawak, yang aku tau confirm dia takkan habis makan 🫣. Nak dilarang, tak boleh. Alasan mak nak support bisnes dieorang. 


Pesta Seri Rasa
Kiri: Mak tengah pilih kuih penyaram sambil bersembang dengan penjual dari Kapit kalau tak silap aku.
Kanan: Mak sibuk interview adik yang jual umai ni hehe. End up mak beli sebekas umai udang yang sampai sekarang masih ada dalam peti sejuk aku 😮‍💨

Seronok my mom dapat pergi ke Festival Budaya Malaysia ni, tapi sayangnya tak sempat nak bawak dia pergi sekali lagi weekend tu sebab dia dah balik ke Sarawak masa tu. Ni antara gambar-gambar kenangan mak di Festival Budaya Malaysia 2026. Harapnya ada rezeki mak datang ke FBM 2027 pulak.


Festival Budaya Malaysia 2026
Kenangan mak di Festival Budaya Malaysia 2026

Post a Comment

18 Comments

  1. bestnya u dpt spend time dgn ur mom. part healing bwh pokok sambil mkn2 tu heaven sungguh!! i terliur la ubi tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, seronok sbb cuaca pun tak panas sangat, sesuai utk ber healing bawah pokok sambil minum kopi hihi

      Delete
  2. Mak-mak kita ni kalau membeli, kita pun kalah ahak! Seronok tengok mak sis ceria je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis, Nak dilarang tak boleh sbb mak hehe. Biar je la dia asalkan happy. Mungkin dia niat nak bersedekah tolong peniaga2 kat FBM

      Delete
  3. Saya salah seorang yang telah hadir ke Festival Budaya Malaysia di Tasik Titiwangsa tahun 2026.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah baca kat blog ko. Ramai tak org pergi weekend tu? Tgk kereta berbaris nak masuk dari bulatan Pahang tu

      Delete
  4. Seronoknya dapat menggembirakan mak. Saya suka la pokok yang tinggi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sis, jarang2 dpt peluang ni sbb mak duduk jauh kat Sarawak. Pandai org bukak warung kopi ni pilih lokasi kan, rasa mcm healing dlm hutan dikelilingi pokok-pokok tinggi 😄

      Delete
  5. Niat asal nak brisk walk dengan mak, sekali dapat intai Festival Budaya Malaysia pula. 😄 Best juga jalan-jalan sambil tengok gerai tengah set up, macam dapat sneak peek sebelum acara betul-betul bermula!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah SR, rasanya lagi meriah kalau pergi hujung minggu tapi sayangnya mak nak balik dah weekend tu

      Delete
  6. Tinggi jugak level skill mak shoot gambar dengan kamera terbalik tu.... bukan beshe2 ni

    ReplyDelete
  7. Lamanya tak makan ubi kayu rebus tu. Terliur la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah lama jugak tak makan ubi rebus. Tapi ubinya tu dah sejuk. Kalau makan panas2 baru sedap

      Delete
  8. untung arrr jumpa org sekampung
    agaknya kalau ramai org sarawak buka gerai kat situ lg byk laa mak cik membeli yaa😁😁
    x pe xpe sekali sekala kannn
    support bisnes diorg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik dieorg jual benda lebih kurang sama je, jadi takde alasan mak nak menyinggah beli dekat setiap gerai tu

      Delete
  9. Issssh selaluuuu saja saya tak rezeki bisa lihat begini. Tiap kesana pasti tak ada event 😄😄. Padahal menariiik kalau bisa datang ke acara budaya. Sudah pasti stand makanan akan jadi yang utama di eksplor 😄😄🤭.

    Baguus pula tempatnya, dikelilingi pohon2 tinggi. Memang macam piknik jadinya 🤭

    ReplyDelete
  10. Bestnya tengok suasananya! Konsep gerai kopi bawah pokok tinggi tu memang betul-betul vibe healing dalam hutan. Dapat pula cicah biskut cracker dengan kopi O panas bersama mak, kenangan paling berharga ni. Rugi pula tak sempat pergi waktu kemuncak, tapi dapat sneak peek pun dah seronok kan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .