Salam Jumaat kawan-kawan,
Tahun ni kan, tahun yang dietku hancusss sebab banyak sangat travel 🤣. I'm not gonna lie... part yang paling best pasal travel ialah mencuba makanan baru. Dua kali aku pergi Indonesia, dua-dua trip ni aku melantak tak hengat dunia ok 🤪.
Lepas makan di Remboelan, ingatkan kenyang la perut tu dah melantak macam-macam kan. Eh tidaakkkk... adik aku ajak hunting for cheesetart Artirasa dalam mall Grand Indonesia ni. Dan aku yang sejenis iman setipis kulit bawang ni pun ikut jugak beli seketul cheesetart:
![]() |
| Kek keju dari Artirasa 😍 |
![]() |
| Cara beli cheesetart - pilih cheesetart dekat skrin pesanan, buat bayaran dan ambil pesanan di kaunter |
![]() |
| Selain cheesetart, Artirasa ada menjual dessert lain macam mochi, cookies, coklat Dubai kunafa, kek keju dan kek lain |
Nak pilih cheesetart ni pun rambang mata jugak dibuatnya sebab ada macam-macam perisa yang menarik - ada perisa Biscoff, matcha, coklat, berries, chocolate chips, Dubai kunafa, tiramisu, strawberry, Callebaut dreambite, ube, pistachio & coklat dan macam-macam lagilah!
Tapi perisa yang viral dan signature menu dieorang ialah the perfect cheesetart, jadi aku pun pilih yang ni:
![]() |
| The Perfect Cheesetart iaitu cheesetart berperisa keju asli |
Adik aku ambik 2 jenis perisa - satu original (The Perfect Cheesetart) dan satu lagi coklat. Kakak aku pulak ambik Callebaut Dreambite. Adik aku beli 2 sebab nak bawak balik untuk suami dia (adik ipar tak dapat ikut bercuti ke Indonesia sebab ada biz trip ke Korea kalau tak silap).
Kiteorang pilih untuk takeaway sebab masih kenyang lagi. Dah puas jalan-jalan dalam Grand Indonesia mall, barulah kiteorang balik ke hotel sebab nak solat. Malam tu, baru aku cuba kek cheesetart ni, kongsi dengan anak-anak (Suami Terchenta makan sesuap je sebab masih kenyang).
My verdict - cheesetart ni rasa sangat creamy, tak manis sangat, rasa masin keju tu just nice dan sedap dimakan selepas dihangatkan sekejap dalam microwave sebab kejunya cair dalam mulut. Overall aku suka. Selalunya kalau makan cheesecake aku cepat muak sebab rasa kejunya agak pekat. Tapi yang ni ok, tak rasa muak. Keju cair dalam mulut dan senang ditelan.
Jadi para pencinta cheesecake yang nak bercuti ke Jakarta, korang pergi la try cheesetart by Artirasa ni. Memang sedap. Kalau ada peluang ke Jakarta lagi aku nak cuba yang Callebaut Dreambite dengan perisa tiramisu pulak. Eh, tapi tunggu aku diet dulu la! 🤣




24 Comments
fuhh menggoda iman sungguh ni! i suka jugak cheesetart tp biasanya i hanya boleh mkn one or 2 bites jer..memang akan share dgn my boys
ReplyDeleteNasib baik beli seketul je, ni makan share dgn my family, mmg sedap tak muak pun.
DeleteMmg sedap especially yg original... So cheezyyy... Kwn2 order perisa original, biscoff, berries and strawberry.. Dugaan tgh cut sugar tp kita rasa sesudu dua 😁
ReplyDeleteKan, terasa betul kejunya tu. Creamy, tak manis sangat, tak masin sangat. Sedang2 je.
Deletemakanan di Indonesia biasanya sedap n murah harganya. Enjoy your food....
ReplyDeleteYe, bahaya betul untuk diet dan kesihatan 🤭
DeleteSamalah diet hancur sebab JJCM (padahal salah diri sendiri) Misi - 11kg GAGAL. ha ha ha
ReplyDeleteHahahaha! Cuba lagi tahun depan 🤪
DeleteNampak creamy dan cantik kejadiannya tu. Bab cheese ni peminatnya Dania.
ReplyDeleteNi confirm Dania suka! Viral cheesetart ni dekat sana.
DeleteKek keju yang tidak muak ini bahayanya makan banyak. Hehe. Aduh teringin untuk cuba!
ReplyDeleteBetul, kek keju paling tinggi kalori antara kek2 yg lain huhu
DeleteSedapnya cheese cake macam terliur pulak tengok.
ReplyDeleteSedap Cie, memang patut viral Artirasa ni dekat Jakarta.
Deletedari gambar pun dah nampak cukup menggoda.. kalau sha ni memang tak akanlah beli 1 sebab hantu kek keju.. Tergoda betul tengok gambar tu..
ReplyDeleteTu la, peminat cheese cake confirm suka sbb cheesetart dia creamy tapi tak muak 👍🏻
DeleteOhh ni macam Hokkaido baked cheese tart jugalah kan. Sedap kalau cheese cream cair² sikit tak padat sangat..
ReplyDeleteErr, tgh nak igt balik camane rasa Hokkaido baked cheese tart tu 😅
Deletebaca verdict awak tiba-tiba rasa teringin pulak..
ReplyDeleteSemoga ada rezeki Ammi rasa cheesetart dari Artirasa ni 🤲🏻
DeleteIman setipis kulit bawang ya? 🤭 Sama lah kalau pergi tempat ada jual cheesetart viral ni memang tak boleh nampak. Bagus juga tak terlalu manis dan tak muak, senang nak belah kongsi dengan anak-anak. Selamat mengunyah
ReplyDeleteItulah, bahaya betul bila pergi bercuti2 ni lagi2 dgn geng2 foodie. Memang itinerary makaaannnnn je memanjang 🤭 bahaya utk org yg cepat tergoda mcm saya hihi
Deletesaya saja pun belum pernah coba ini lah karni hahahahahahaha.... tapi raka sudah.. ada di dekat blok m juga.. nantilah nak coba.. tapi mungkin harus sharing lah ini, bab dessert saya biasanya hanya coba icip2 saja hahahahah
ReplyDeleteHarus coba ni Fann, kalau kamu peminat cheese cake. Saya suka kerana teksturnya lembut, berkrim dan tak muak bila dimakan.
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .