The Perfect Cheesetart by Artirasa @ Grand Indonesia Mall

Salam Jumaat kawan-kawan,

Tahun ni kan, tahun yang dietku hancusss sebab banyak sangat travel 🤣. I'm not gonna lie... part yang paling best pasal travel ialah mencuba makanan baru. Dua kali aku pergi Indonesia, dua-dua trip ni aku melantak tak hengat dunia ok 🤪. 

Lepas makan di Remboelan, ingatkan kenyang la perut tu dah melantak macam-macam kan. Eh tidaakkkk... adik aku ajak hunting for cheesetart Artirasa dalam mall Grand Indonesia ni. Dan aku yang sejenis iman setipis kulit bawang ni pun ikut jugak beli seketul cheesetart:


Viral cheesetart
Kek keju dari Artirasa 😍


Viral cheesetart
Cara beli cheesetart - pilih cheesetart dekat skrin pesanan, buat bayaran dan ambil pesanan di kaunter

Viral cheesetart
Selain cheesetart, Artirasa ada menjual dessert lain macam mochi, cookies, coklat Dubai kunafa, kek keju dan kek lain

Nak pilih cheesetart ni pun rambang mata jugak dibuatnya sebab ada macam-macam perisa yang menarik - ada perisa Biscoff, matcha, coklat, berries, chocolate chips, Dubai kunafa, tiramisu, strawberry, Callebaut dreambite, ube, pistachio & coklat dan macam-macam lagilah!

Tapi perisa yang viral dan signature menu dieorang ialah the perfect cheesetart, jadi aku pun pilih yang ni:


Artirasa
The Perfect Cheesetart iaitu cheesetart berperisa keju asli

Adik aku ambik 2 jenis perisa - satu original (The Perfect Cheesetart) dan satu lagi coklat. Kakak aku pulak ambik Callebaut Dreambite. Adik aku beli 2 sebab nak bawak balik untuk suami dia (adik ipar tak dapat ikut bercuti ke Indonesia sebab ada biz trip ke Korea kalau tak silap).

Kiteorang pilih untuk takeaway sebab masih kenyang lagi. Dah puas jalan-jalan dalam Grand Indonesia mall, barulah kiteorang balik ke hotel sebab nak solat. Malam tu, baru aku cuba kek cheesetart ni, kongsi dengan anak-anak (Suami Terchenta makan sesuap je sebab masih kenyang). 

My verdict - cheesetart ni rasa sangat creamy, tak manis sangat, rasa masin keju tu just nice dan sedap dimakan selepas dihangatkan sekejap dalam microwave sebab kejunya cair dalam mulut. Overall aku suka. Selalunya kalau makan cheesecake aku cepat muak sebab rasa kejunya agak pekat. Tapi yang ni ok, tak rasa muak. Keju cair dalam mulut dan senang ditelan. 

Jadi para pencinta cheesecake yang nak bercuti ke Jakarta, korang pergi la try cheesetart by Artirasa ni. Memang sedap. Kalau ada peluang ke Jakarta lagi aku nak cuba yang Callebaut Dreambite dengan perisa tiramisu pulak. Eh, tapi tunggu aku diet dulu la! 🤣

Post a Comment

24 Comments

  1. fuhh menggoda iman sungguh ni! i suka jugak cheesetart tp biasanya i hanya boleh mkn one or 2 bites jer..memang akan share dgn my boys

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik beli seketul je, ni makan share dgn my family, mmg sedap tak muak pun.

      Delete
  2. Mmg sedap especially yg original... So cheezyyy... Kwn2 order perisa original, biscoff, berries and strawberry.. Dugaan tgh cut sugar tp kita rasa sesudu dua 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, terasa betul kejunya tu. Creamy, tak manis sangat, tak masin sangat. Sedang2 je.

      Delete
  3. makanan di Indonesia biasanya sedap n murah harganya. Enjoy your food....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bahaya betul untuk diet dan kesihatan 🤭

      Delete
  4. Samalah diet hancur sebab JJCM (padahal salah diri sendiri) Misi - 11kg GAGAL. ha ha ha

    ReplyDelete
  5. Nampak creamy dan cantik kejadiannya tu. Bab cheese ni peminatnya Dania.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni confirm Dania suka! Viral cheesetart ni dekat sana.

      Delete
  6. Kek keju yang tidak muak ini bahayanya makan banyak. Hehe. Aduh teringin untuk cuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kek keju paling tinggi kalori antara kek2 yg lain huhu

      Delete
  7. Sedapnya cheese cake macam terliur pulak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Cie, memang patut viral Artirasa ni dekat Jakarta.

      Delete
  8. dari gambar pun dah nampak cukup menggoda.. kalau sha ni memang tak akanlah beli 1 sebab hantu kek keju.. Tergoda betul tengok gambar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, peminat cheese cake confirm suka sbb cheesetart dia creamy tapi tak muak 👍🏻

      Delete
  9. Ohh ni macam Hokkaido baked cheese tart jugalah kan. Sedap kalau cheese cream cair² sikit tak padat sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err, tgh nak igt balik camane rasa Hokkaido baked cheese tart tu 😅

      Delete
  10. baca verdict awak tiba-tiba rasa teringin pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki Ammi rasa cheesetart dari Artirasa ni 🤲🏻

      Delete
  11. Iman setipis kulit bawang ya? 🤭 Sama lah kalau pergi tempat ada jual cheesetart viral ni memang tak boleh nampak. Bagus juga tak terlalu manis dan tak muak, senang nak belah kongsi dengan anak-anak. Selamat mengunyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, bahaya betul bila pergi bercuti2 ni lagi2 dgn geng2 foodie. Memang itinerary makaaannnnn je memanjang 🤭 bahaya utk org yg cepat tergoda mcm saya hihi

      Delete
  12. saya saja pun belum pernah coba ini lah karni hahahahahahaha.... tapi raka sudah.. ada di dekat blok m juga.. nantilah nak coba.. tapi mungkin harus sharing lah ini, bab dessert saya biasanya hanya coba icip2 saja hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus coba ni Fann, kalau kamu peminat cheese cake. Saya suka kerana teksturnya lembut, berkrim dan tak muak bila dimakan.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .