Nampaknya sekarang ni makin menjadi-jadi kes Influenza Like Illness (ILI) dan selsema. Ditambah lagi dengan cuaca tak menentu sekejap panas sekejap hujan memang senang sangat la penyakit nak menjangkit.

So aku dan suami pakat bawak anak-anak ke klinik untuk cucuk vaksin influenza petang tadi. Mula-mula kami singgah di Twin Towers Medical Centre sebab kebetulan balik dari majlis nikah kawan aku di Masjid KLCC. Tapi TTMC kehabisan stok vaksin pulak. Maka kiteorang pun singgah ke Klinik Kita di Sentul. Alhamdulillah, ada stok. Harga vaksin influenza di Klinik Kita ialah RM75. Dengan aku sekali ambik so total RM225 untuk tiga orang. Suami Terchenta taknak ambik. Hmm... kalau tak sebab company wajibkan ambik vaksin Covid, memang dia akan fikir panjang la nak cucuk vaksin. Macam tu la bila dah seriau dengan jarum ni!


Khadeeja kata tak sakit, macam kena cucuk dengan pensel mekanikal

Actually aku dah penah ambik vaksin influenza ni tahun 2019 dulu. Sepatutnya tetiap tahun kena cucuk, tapi time pandemik aku tak pergi. Pengalaman aku, alhamdulillah sejak ambik vaksin influenza, aku dah tak kerap kena selsema tak macam sebelum tu. 

Aku memang cepat je kena selsema. Masa kerja kat ofis dulu, kalau ada orang selsema dekat dengan aku, 90% of the time aku akan kena selsema jugak sehari lepas tu. Dah la aku kat bahagian HR memang hari-hari ada je staff datang nak jumpa. Sampaikan dalam handbag aku memang standby panadol Soluble, ubat selsema (pil halus tu) dengan lozenge sakit tekak (Strepsil la biasanya).

Tapi tahun 2019 masa tu ramai pulak staff yang kena influenza, jadi company buat vaccination drive bagi vaksin flu secara percuma. Lepas first time ambik, side effect vaksin tu agak teruk kat aku. Aku demam 2 hari (demam sampai tak boleh bangun). Tapi asbab ambik vaksin tu dengan izin Allah, aku dah jarang sangat kena selsema. Sekali je aku kena selsema dalam 2 tahun sejak ambik vaksin - tu pun simptom selsema yang sangat ringan. Takde dah kena usung kotak tisu ke sana sini. Ubat selsema pun sampai expired je dalam handbag.

Disebabkan pengalaman aku yang sangat positif sejak ambik vaksin, aku sangat galakkan korang yang jenis cepat kena selsema tu untuk berikhtiar dengan vaksin ni (kalau takde sejarah perubatan berkaitan vaksin sebelum ni). Mana tau korang pun serasi gak dengan vaksin influenza ni macam aku. 

Rata-rata yang ambik vaksin masa company buat vaccination drive tu mengaku keberkesanan vaksin tu, tapi ada jugak segelintir (sorang dua) yang rasa takde perbezaan pun dengan sebelum ambik vaksin (maksudnya dia masih lagi dijangkiti flu dan mengalami simptom flu macam sebelum vaksin). Mungkin antibodi dieorang kurang serasi dengan vaksin ni. Apapun kita kena ingat setiap yang berlaku tu dengan izin Allah SWT. Tapi tak salah kita berikhtiar untuk menjaga kesihatan kan?

Aku simpulkan kat sini:

1. Pentingnya mengambil vaksin influenza sebab virus influenza cepat tersebar melalui titisan cecair dalam udara terutama di tempat tertutup contohnya di bilik pejabat dan bilik-bilik darjah.

2. Pengambilan vaksin influenza mampu mencegah dari jangkitan influenza dan mengurangkan simptom-simptom influenza.

3. Di Malaysia, penularan wabak influenza tidak mempunyai musim kerana ia boleh berlaku sepanjang tahun.

4. Mengambil suntikan influenza bukan saja melindungi diri-sendiri, malah orang lain yang mempunyai daya tahan yang lemah dan tidak boleh mengambil vaksin (auto-immune disease).

5. Dapatkan nasihat doktor sebelum ambik suntikan sekiranya ada masalah kesihatan terutama alahan terhadap vaksin yang pernah diambil sebelumnya.

2 comments:

  1. Sis pun nak buat gak appoinent injek influenza ni Karni, dulu dah buat pastu tiba dapat vaksin.. so ni nak buat balik hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la Sislin, lepas tu boleh la ronda2 jauh sikit hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .