Sengugut
Photo credit: Pinterest

Aku terbaca artikel menarik tentang satu syarikat perabot di Sabah yang memperkenalkan cuti datang bulan (menstrual leave) untuk kakitangan wanita. Kakitangan wanita boleh memohon 1 hari cuti setiap bulan tanpa perlu mengemukakan slip doktor / sijil sakit dari klinik. Boleh baca artikel kat sini.

Wah, bagus la makin banyak faedah untuk kakitangan wanita sekarang. Sebagai seorang perempuan, aku mestilah sokong pemberian cuti datang bulan ni sebab aku sendiri mengalami sakit datang bulan (cramp, lenguh pinggang, etc.) hampir setiap bulan. Bila datang sakit, aku akan telan panadol dan hanya mampu berbaring je sepanjang hari. 

Negara lain yang dah memperkenalkan cuti datang bulan ni ialah Sepanyol, Jepun, Korea Selatan dan negara jiran kita, Indonesia. Kementerian Sumber Manusia pun dah mula mengkaji pelaksanaan cuti ni dan menggalakkan syarikat-syarikat GLC untuk mempraktikkan cuti ni di syarikat masing-masing. Nampaknya tak lama lagi bertambah la faedah cuti untuk kakitangan wanita di Malaysia. Aku tumpang gembira sebab so far belum lagi bercadang nak masuk kerja semula (niatnya nak bersara je terus InshaAllah).

Tapi aku harap cuti ni tak disalahgunakan dan dianggap sebagai cuti tambahan padahal sebenarnya sihat je atau tak mengalami sebarang sakit masa datang bulan. Para ibu yang ambik suntikan mencegah period pun jangan la mengaku sakit period ye. Makcik-makcik yang dah menopause pun kena jujur jugak. Jangan sebab nak ambik cuti sehari, rezeki jadi tak berkat. Kena faham intent atau tujuan cuti ni diperkenalkan.

6 comments:

  1. Paduhal.. br tauk ada cuti tok nektok... jgn ktk mun government apply tok ramilah org akn menyalahguna cuti tok... hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Kementerian Sumber Manusia gik mengkaji giney mok apply kali… takut disalahguna. Tapi mun berik sehari jak dalam sebulan ok kot.

      Delete
  2. Wah.. makin banyak penghargaan untuk kaum wanita.. Cuma tu lah, risau pada manusia-manusia yang suka ambil kesempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Orang tak faham konsep cuti ni mmg akan ambik kesempatan je.

      Delete
  3. wah kalau dapat, seronok nya sbb kita pun sama akan cramp perut dan muntah2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak muntah2 tapi mual tu ada gak. Yang pasti akan sakit kepala, sakit perut, sakit pinggang.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .